Saturday, January 31, 2009
susah senang dirasa~
perkara pertama nya, pasal jadual yang clash2. (lec thermo clash ngan tutor prob stat). alhamdulillah, Allah melembutkan hati kedua-dua lecturer subjek ini. (^_^) jasa mereka berdua xkn kulupa sampai akhir hayat.insyaAllah aku berharap dapat membalas jasa-jasa mereka yang selalu memudahkan perjalanan ilmuku ini. :)
perkara kedua yang menggumbirakan hatiku ialah acik (my only lil sis~) mendapat tawaran sekolah berasrama. yang lebih menggumbirakan hati ini, dia dapat sekolah yang dekat dengan rumah. itu harapanku, sebab aku tak nak dia jadi macam aku yang homesick selama 2 tahun berturut-turut di sekolah asrama. huhu. (bila teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, macam-macam perasaan timbul~ gembira, sedih semua bercampur baur.) aku berharap acik masuk asrama, aku xtau la nape. hurm~~ [sester,sakit aku bermula di situ. tapi, d ctu la aku mula belajar mengenal erti susah.]
....flashback...
(sekadar berkongsi pengalaman)
ulcerative colitis,
nama ini lah menghantui hidupku sejak 2004. namun, nama ini jugalah telah mematangkan diriku. dulu, sewaktu awal-awal aku dapat nama ini, aku selalu mengeluh, hampir-hampir putus asa untuk hidup. berkat kesabaran abah dan emak sebagai tunjang dalam hidupku, aku mula membina semangat terus melawan tanpa putus asa walaupun ada ketika aku tersungkur. nama ini telah membuatku berhati-hati dalam hidup sebagai hambaNya. aku takut untuk berhibur lebih-lebih seperti orang lain, kerna bagi aku, apabila aku mempunyai nama ini bila-bila masa sahaja Dia akan ambil nyawaku. aku tahu, mempunyai nama ini tidaklah seteruk mereka yang mempunyai nama yang xboley diubati. namun, ujian ini sudah cukup besar untukku lalui hidup ini. dan sekarang, titik hitam dalam hidupku mulai pudar. alhamdulillah, segala puji bagi Allah. nama ini telah mulai kabur daripada hidupku. aku terus berharap agar nama ini terus lesap daripada hidupku walaupun pakar mengatakan mana mungkin nama ini hilang daripada hidupku,tetapi aku yakin pada ketentuanNya. semua sudah diatur cantik olehNya. insyaAllah aku akan terus redha dengan ketentuanNya. :) aku juga berjanji akan terus menjaga kesihatan aku sehingga nama ini hilang dari hidupku. kerna Allah x akan tolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha.
(kalau salah tolong betulkan~)
inilah kehidupan, ada kala kita susah, adakala kita senang. kita sebagai hambaNya seharusnya sabar menempuhi semua ujianNya. susah senang semua datang dariNya. :) (semoga diri ini bergerak seperti apa yang ditaip~ amin~)
Tuesday, January 27, 2009
rindu ibuku~
2 in 1
solat sunat gerhana matahari ni dua raka'at dengan dua kali al- fatihah dan dua kali rukuk bagi setiap satu raka'at.aku rasa sungguh seronok belajar benda baru. (",)
aku juga telah mendapat info, pasal surah As-Shams di mana dlm surah ni la, paling banyak Allah bersumpah atas makhluknya. dan di bawah ini aku sertakan sekali makna surah As-Shams.
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
- demi bulan apabila mengiringinya
- demi siang apabila menampakkannya
- demi malam apabila menutupinya (gelap gulita)
- demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan)
- demi bumi serta penghamparannya
- demi jiwa serta penyempurnaan(ciptaan)nya
- maka Dia mengilham kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya
- sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)
- dan sungguh rugi orang yang mengotorinya
- (kaum) Samud telah mendustakan (rasulNya) kerana melampaui batas (zalim)
- ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka
- lalu rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka, "(biarkanlah) unta betina dari Allah ini dengan minumannya."
- namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, kerana itu Tuhan membinasakan mereka kerana dosanya, lalu diratakanNya(dengan tanah)
- dan Dia tidak takut terhadap akibatnya.
banyak benda yg kita dapat dengan tadabbur al-quran. cuma tinggal antara nak atau xnak je untuk amalkannya.
kami sampai di ulu chepor lebih kurang pukul 10 pagi. waktu kami sampai kat sana, hujan turun renyai-renyai. ingatkan tak jadi, tapi, diorang masih bersemangat untuk meneruskan rancangan itu. selepas mencari tempat yang sesuai untuk mandi, abby mengetuai kami dalam membaca doa sebelum turun ke air. air kat situ sangatlah sejuk. hoho. baru je beberapa minit mandi, kakp cakap muka aku da pucat. sampai bibir biru. lepas tu, barulah aku bertenggek di atas batu besar sambil makan-makan.
zini paling pandai berenang, abby dan syaz tak berhenti-henti belajar berenang. sungguh bersemangat waja. hehe. soleh pulak belajar nak terapung. aku pun belajar gak, tapi tak terapung pn, takut tenggelam. ;) air semakin lama semakin dalam. agak seram masa mandi kat sana, mana taknya, tempat kami ada lelaki-lelaki yang tak dikenali. semua akan senyap bila, ada lelaki yang melalui tempat kami. seram~ tapi, nasib baek lah, ada pasukan RELA yang jaga. tabik utk pak cik-pak cik RELA. :)
dalam pukul 1 lebih kami semua naik ke atas tebing. selepas selesai tukar pakaian, kami berhenti solat zohor di masjid yang beberapa minit je dari tempat kami mandi. ilah dan aku rancang untuk makan di ipoh, memandangkan kami tak tahu restoran best kt perak ni. aku ikut ilah dari belakang, masa on the way ke ipoh, aku singgah sebentar di perodua, untuk bertanyakan pasal seat belt kat belakang (keretaku takde seat belt lagi kt belakang). abang kat perodua tu cakap, aku kena buat appointment untuk pasang seat belt tu. dia ade cakap, appointment tu da full sampai 2010. hoho. sungguh mengujakan. haha. kalo cmni, baek beli kereta baru. ngeh3
bila dah selesai kerja kat perodua tu, aku mula mencari tempat makan yang ilah cadang. skali, kami sesat. adoyai,dekat sejam jugak kami cari tempat tu. last-last aku serender, aku tukar plan ke makan di jusco. masa nak cari jusco sesat jugak (lalu jalan yang tak penah aku lalu, memang la sesat. huhu) bila da tanya-tanya orang, jumpa jugak. tapi ada masalah lagi, jalan jam banget. kebetulan esoknya chinese new year. semua keluar nak beli keperluan untuk raya. haih~ tukar rancangan lagi. kali ni, aku terus ke giant. alhamdulillah, perjalanan di sini dipermudahkanNya. mana taknya, soleh da merungut-rungut lapar. kesian kawan-kawan aku. bila da selesai makan dan solat asar, kami bershopping sekejap. (perempuan, biasa la~ :) ) dalam pukul 6 lebih, kami bertolak pulang. aku tak bawak kad matrik, nasib baek la xkena tahan dengan pak guard, huhu. alhamdulillah~ (",)
gembira sungguh rasa hatiku. dapat berkelah tanpa ada sebarang masalah. alhamdulillah syukur~ insyaAllah kenangan ini akan aku semat dalam lipatan kehidupanku.
Sunday, January 25, 2009
tersepit~
itu je yg mampu aku lafazkan.
memikirkan masalah yg mencurah-curah menghujani benakku membuat otak berpusing hampir 720 darjah. astaghfirullahal'azim.
ujian.
teringt pada satu masalah yang aku hadapi masa add/drop subject. in utp, we have to add and drop subject via online. (mind the grammar. ^^) nak dijadikan kesah, aku terlupa la password utk login. jenuh pikir apa la passwordnye, sbb sllunye password aku xbanyak. ade fixed. xpnah tukar2. tapi, kali ini, terlupa.da la first time, melalui proses add/ drop ni. memang sume nampak leceh.
yang menyesakkan lagi fikiran aku, sume housemate aku sudah berjaya dropkan subjek yang mahu didropkan.(housemate ku sume satu kos. :) ) selalunya, kitorg akan beramai-ramai duduk berbincang dalam sume hal termasuklah masalah2 kecik2. hehe. (apa yang penting, kerjasama) tinggal aku sorang je lagi yang belum dropkan subjek itu. huhu.
tetapi, dalam otak sesak tu, hati aku terdetik. 'ini ujian Allah. sbb setiap sem, sllunya senang perjalanan ilmuku ini. aku kena sabar' lepas beberapa saat terdengar ayat tu, hati aku kembali tenang. inilah hikmahnya bila kita redha dgn ujian nya. baru d cni aku nampak, hikmah bersangka baik terhadap Allah. syukur~
untuk masalah kali ini dan seterusnya, aku mestilah sentiasa bersangka baik padaNya. istiqamah lah wahai diri.
Wednesday, January 21, 2009
rojak~
tajuk ceramah ini telah menggamit aku untuk mengetahui apa isi nya ceramah ini. ternyata, aku sgt puas hati. isi ceramah ini banyak merangkumi skop cinta remaja. selama ini aku tertanya-tanya, cinta selepas kahwin ini mcm mana, ade ke pada zaman sekarang ini. melalui ceramah ini, ternyata dr hishamuddin (penceramah) telah berjaya membuka pintu hati aku untuk percaya pada adanya cinta selepas kahwin.
cinta adalah fitrah manusia. anugerah Allah kepada hambaNya. selaras dengan fitrah ini, manusia perlu berkahwin. semua rancangan Allah sudah cantik, tinggal kita sebagai hambaNya mahu mengikut atau menentang.
alangkah bahagianya hati ini, jika perkahwinan aku terjadi seperti dr hishamuddin itu.
sumber : berita harian online
Israel tembak budak di kepala
Peluru melekat di otak dipercayai kesan tembakan jarak dekat: Doktor
KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.
Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.
walaupun sudah terang lagi bersuluh kekejaman nya itu, tapi masih lagi ada ruang di hati si laknatullah ini memberi alasan
Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia.
semakin menjadi-jadi kekejaman nya. astaghfirullahal'azim!
--tertunggu-tunggu dengan tindakannya--
Obama, 47, anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.
tunggu dan lihat tindakan presiden baru ini. hulu sudah diacukan.. hanya Allah yang tahu apa yang difikirnya. aku berharap semoga ade cahaya di hujung terowong.
ya Allah,berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga agamaMu. amin~~
Tuesday, January 20, 2009
budak kelantan~

cerita di atas aku br je tgk td. aku rasa cm berada d rumah masa tgk cte nih. mmg klate pure lah sume~ cerita ni byk memaparkan hal2 negatif, namun d sebalik kenegatifan tuh ade terselit mesej d ctu.
mesej yg paling menyentuh hati aku dlm cte ini ialah :-
teringt lirik lagu 'puteriku sayang'
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
jadi, kwn2 ku yg perempuan, jagalah mahkota mu itu~ :)
(nasihat utk diri sendiri jgk~)
Monday, January 19, 2009
new semester~
7.15am
bilek sy.
ari ni akn bermula lah episod baru dlm hidupku sbg pelajar 2nd year 2nd semester. klas aku ari ni start kul 9 jap ag.sem ni aku amek 6 subjek, antaranya ialah :-
MAB2063 - MECHATRONICS I
MAB2093 - HEAT TRANSFER
MAB2083 - MECHANICS OF MACHINES
MAB2103 - MECHANICAL ENGINEERING DRAWINGS II
EAB2123 - PROBABILITY AND STATISTICS
semoga sem kali ni aku dpt capai target.amin~
Sunday, January 18, 2009
letihnya saya~
family ku balik lebih kurang dlm kul 6. (smoga perjalanan mereka slmt.) kali ni first time aku mengemas bilek sorang diri. kalo x, dolu2, mak n acik tlg kemaskan. mmg letih yg amat kemas bilek sorang2. huhu.
hmm, rumetku belum pulang lg. esk kot die pulang. esk giliran rumetku pulak bersin smbil kemas bilek. heheh~(kitorg dua2 xtahan dgn debu2 n habuk2.)
jadual utk sem ni belum siap susun ag. utk sem kali ni, aku amek 6 subjek. 5 drpd nya ade lab. mana xbiol masa nk susun ini jadual.huhuh. harap2 dpermudahkanNya masa nk pilih lab tu. amin~
ingin membebel pnjg, tp xde idea la plak~ haiya.
btw, jumpa lg, insyaAllah~ :)
Friday, January 16, 2009
peace gathering~
Peace Gathering Against Israeli Attack
Date : 16 January 2009
Tentative:
2.00 pm - Gather in front of Masjid Annur
2.15 pm - Speech by speakers
2.30 pm - The crowd march to Chancellor Complex
2.45 pm - Arrived at Chancellor Complex
- Speech by speakers
3.15 pm - Mock cheque to press representative
3.30 pm - Adjourn
* for female muslim, they are encouraged to perform Zuhr prayer at old mosque
** for non muslim, please gather at Chancellor Complex by 2.30 pm
Dresscode
White attire
Safety
The organizing committee already established Safety Squad to control the crowd. The Safety Squad will wear red attire together with red head band.
Please make sure there are no political party flag, attire, cap, or anything that can relate to those political party. PETRONAS is really strict with that.
kalo la aku da ade kt utp, boley gak merasa gathering ini. esk br bertolak balik.doakan keselamatan perjalananku.2nd year 2nd semester is coming~~
Wednesday, January 14, 2009
study smart!
setiap kali result kua, aku akn muhasabah balik apa yg aku buat masa dlm sem tu. result sem lpas, agk tidak mencapai target.kalo nk ikutkn, blaja d universiti aku rasa amat susah utk mencapai target. sampai satu tahap, aku mula putus asa. selalu nya, setiap kali lpas dpt result, aku akn ade azam baru utk memperbaharui lg aku pnye stdy. kali ni, aku mula lupakan azam. aku mula rasa pudar dlm berazam dan berharap, krn bgku, aku bukan x usaha, malah aku bkerja keras utk mencapai result yg dtargetkan.tetapi,xdpt jgk spt yg dtargetkn.d saat aku mula bputus harapan, aku telah nmpk sinarnya.
Allah Maha Penyayang,
aku telah diberi ilham drpd Nya melalui mak dan abah. aku bersykur sgt2 kpdNya. rupa-rupanya emak dan abah pn fikir jgk nape result aku selalu menghampakan aku, sdgkn dgr aku blaja sungguh ssh. (aku ingtkn aku sorang je yg ssh hati, tetapi mak abah aku pn turut sama ssh hati.) sume yg blaku ade hikmahnya. aku pcaya dgn ungkapan ini. selama ini, aku hanya sorang berfikir d mana silapnya, skrg br lah tahu ape silapnya aku apabila aku mula berbincang dgn abah dan mak. ini ade kaitan dgn ungkapan di ats skali. study smart not stdy hard.
insyaAllah apa yg dpesan oleh mak abah akn aku semat erat2 dlm hatiku.
mlm ni, aku kembali bersemangat dan berani utk berharap lg. terima kasih ya Allah~ betapa aku sungguh bersyukur dkurniakan ibu bapa spt mak dan abah aku. :) alhamdulillah.
insyaAllah aku akn menebus balik kesalahan aku yg lalu.
tolonglah aku dan rakan2ku ya Allah.
Tuesday, January 13, 2009
alert!
usaha yg dilakukan bagi menunjukkan protes ke ats israel di sekitar Malaysia :- (sumber: berita harian)

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar bendera dan patung Presiden Amerika Syarikat dan Israel ketika majlis pelancaran Tabung Derma Palestin, di Kota Bharu,

RAPIDPENANG mengecat bas dengan memaparkan mesej kesengsaraan dan maklumat kutipan derma 'Tabung NSTP Untuk Gaza' di Georgetown.

JEMAAH menunaikan solat Hajat memohon kedamaian di Gaza, Palestin, di Masjid Bandaraya Kuching, Sarawak

PENUNJUK perasaan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
pada pendapat aku,dalam keghairahan kita memboikot, kita juga harus ingt, kita seharusnya menguatkan lgi pertahanan negara, perkuatkan ilmu dan teknologi. umat islam seharusnya alert atau sedar, kita tidak boley terus hanyut. ilmu perlu dipenuhi di dada. kita seharusnya blaja menjadi umat yg terkuat. kita kena pandai menarik rambut dr tepung, rambut xputus, tepung xberselerak. memboikot seiring dgn usaha kita memperkuat teknologi kita dgn tidak bergantung dgn kuasa2 besar. pelajar laksanakan amanah sbg pelajar, orang ramai laksanakan amanah masing2, artis menunjukkan contoh yg baek(artis sllu menjadi public figure.) dan kerajaan laksanakan amanah masing2. pasti tak akan timbul isu yang remeh temeh.berusaha mengingatkan diri sendiri.
Wednesday, January 7, 2009
wakil Islam!

sayu hati aku mengenangkan nasib anak ini terpaksa bermandi hujan dengan bedilan peluru dan bom. kita d malaysia even hujan air pn masih banyak lg yg bsungut. d mana letaknya hati si rejim zionis laknatullah itu?!
"Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.
Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.
Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia." - from HarakahDaily.Net
adakah kte boley duduk senang membaca semua ini? sedar x semua, d Palestin ada nya Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah). aku baru tersedar perkara ini. betapa kurangnya sifat ambil tahu aku. :(
petikan d bwh ini d ambil dari sis hasanah.semua PERLU baca!(petikan dari kata2 Hamas sewaktu dtg ke Malaysia dlu)
note kaler.
"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."
"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???"
"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"
"Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."
dan ayat d bawah inilah yg betul2 membuat aku terasa terkedu~
kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."
credit to blog sis hasanah! sama2 mengingati~
Tuesday, January 6, 2009
qunut nazilah!
kita yg hanya jadi penonton, juga harus menjadi pelakon sama2 merasai keperitan hidup mereka d bumi Gaza. tersinggah d blog rakanku. diajarnya tentang Qunut nazilah. diharapkan sume umat Islam membaca Qunut nazilah ini selepas solat.sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam yang dilanda peperangan, yang ditindas makhluk2 laknatullah.
اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!
copy paste doa tu dr cni http://sakinahummah.blogspot.com/ sama2 lah mengamalkannya. :)
Saturday, January 3, 2009
palestin!
Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza
GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas.
Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.
"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.
Hamas menganjurkan supaya bantahan diadakan selepas jet tempur Israel menggugurkan bom satu tan ke kediaman Nizar Rayan yang membunuh pemimpin kanan pergerakan itu termasuk empat isteri serta 10 anaknya.
Daripada bilangan yang maut, sekurang-kurangnya 25 peratus adalah orang awam Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Nizar adalah tokoh paling kanan pergerakan itu yang terkorban sejak pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi pada 2004 menyebabkan Hamas memberi amaran ia akan menyambung operasi bunuh diri terhadap Israel bagi kali pertama sejak Januari 2005 bagi membalas dendam kematian Nizar.
"Selepas kejadian terbaru itu, semua pilihan kini dibuka bagi menentang serangan berkenaan, termasuk tindakan mati syahid terhadap sasaran Zionis di tempat lain," ikrar pegawai Hamas, Ismail Radwan.
Ketika kereta kebal Israel dan tenteranya dikumpulkan di sekitar Gaza bagi mengancam tindakan darat dan tanpa sebarang harapan bagi gencatan senjata, pihak tentera memberi kebenaran kepada rakyat asing keluar daripada kawasan peperangan itu
israel kembali mengganas. d mana kte skrg? huhu






