Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Friday, January 16, 2009

peace gathering~

tertarik dgn email yg dhantar oleh member, d cni aku ingin bkongsi isinya..


To : All UTP's community

Peace Gathering Against Israeli Attack

Date : 16 January 2009


Tentative:

2.00 pm - Gather in front of Masjid Annur

2.15 pm - Speech by speakers

2.30 pm - The crowd march to Chancellor Complex

2.45 pm - Arrived at Chancellor Complex
- Speech by speakers

3.15 pm - Mock cheque to press representative

3.30 pm - Adjourn

* for female muslim, they are encouraged to perform Zuhr prayer at old mosque
** for non muslim, please gather at Chancellor Complex by 2.30 pm

Dresscode
White attire

Safety
The organizing committee already established Safety Squad to control the crowd. The Safety Squad will wear red attire together with red head band.
Please make sure there are no political party flag, attire, cap, or anything that can relate to those political party. PETRONAS is really strict with that.


kalo la aku da ade kt utp, boley gak merasa gathering ini. esk br bertolak balik.doakan keselamatan perjalananku.2nd year 2nd semester is coming~~

Tuesday, January 13, 2009

alert!

sudah masuk hari ke 17 pencerobohan israel ke ats tanah palestin. smakin giat serangan si laknatullah ke ats penduduk d gaza. semakin giat juga penduduk dunia mengecam tindakan si laknatullah ini.

usaha yg dilakukan bagi menunjukkan protes ke ats israel di sekitar Malaysia :- (sumber: berita harian)




MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar bendera dan patung Presiden Amerika Syarikat dan Israel ketika majlis pelancaran Tabung Derma Palestin, di Kota Bharu,




RAPIDPENANG mengecat bas dengan memaparkan mesej kesengsaraan dan maklumat kutipan derma 'Tabung NSTP Untuk Gaza' di Georgetown.




JEMAAH menunaikan solat Hajat memohon kedamaian di Gaza, Palestin, di Masjid Bandaraya Kuching, Sarawak





PENUNJUK perasaan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur

pada pendapat aku,dalam keghairahan kita memboikot, kita juga harus ingt, kita seharusnya menguatkan lgi pertahanan negara, perkuatkan ilmu dan teknologi. umat islam seharusnya alert atau sedar, kita tidak boley terus hanyut. ilmu perlu dipenuhi di dada. kita seharusnya blaja menjadi umat yg terkuat. kita kena pandai menarik rambut dr tepung, rambut xputus, tepung xberselerak. memboikot seiring dgn usaha kita memperkuat teknologi kita dgn tidak bergantung dgn kuasa2 besar. pelajar laksanakan amanah sbg pelajar, orang ramai laksanakan amanah masing2, artis menunjukkan contoh yg baek(artis sllu menjadi public figure.) dan kerajaan laksanakan amanah masing2. pasti tak akan timbul isu yang remeh temeh.

berusaha mengingatkan diri sendiri.

Wednesday, January 7, 2009

wakil Islam!


sayu hati aku mengenangkan nasib anak ini terpaksa bermandi hujan dengan bedilan peluru dan bom. kita d malaysia even hujan air pn masih banyak lg yg bsungut. d mana letaknya hati si rejim zionis laknatullah itu?!

"Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia." - from HarakahDaily.Net

adakah kte boley duduk senang membaca semua ini? sedar x semua, d Palestin ada nya Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah). aku baru tersedar perkara ini. betapa kurangnya sifat ambil tahu aku. :(

petikan d bwh ini d ambil dari sis hasanah.semua PERLU baca!(petikan dari kata2 Hamas sewaktu dtg ke Malaysia dlu)

"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."

note kaler.


"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."



"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???"



"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"



"Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."




dan ayat d bawah inilah yg betul2 membuat aku terasa terkedu~


"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."

ayuh sahabat2 ku, yg membaca ini entry ini, jgn terus membisu dan membuta. celiklah dan dengarlah!

credit to blog sis hasanah! sama2 mengingati~

Tuesday, January 6, 2009

qunut nazilah!

sejak dua menjak nih, dunia gempar dgn lagak egois si rejim zionis laknatullah ke ats bumi Gaza. si laknatullah ini semakin ganas membedil masjid2 dan hospital. kononnya, masjid menjadi tempat ia digunakan sebagai tempat simpanan senjata Hamas. sungguh terang lagi bersuluh, utk menentang hamas djadikan alasan utk membedil seluruh bumi Gaza. sungguh aku terasa seperti umat manusia khususnya Islam dperbodohkan oleh satu kuasa yg gila. astaghfirullah~

kita yg hanya jadi penonton, juga harus menjadi pelakon sama2 merasai keperitan hidup mereka d bumi Gaza. tersinggah d blog rakanku. diajarnya tentang Qunut nazilah. diharapkan sume umat Islam membaca Qunut nazilah ini selepas solat.sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam yang dilanda peperangan, yang ditindas makhluk2 laknatullah.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم

اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ

يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!


copy paste doa tu dr cni http://sakinahummah.blogspot.com/ sama2 lah mengamalkannya. :)

Saturday, January 3, 2009

palestin!

td aku bc berita harian online. and aku nk bkongsi ngn korang ape yg aku bc.

Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza

GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.

Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas.

Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.

"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.

Hamas menganjurkan supaya bantahan diadakan selepas jet tempur Israel menggugurkan bom satu tan ke kediaman Nizar Rayan yang membunuh pemimpin kanan pergerakan itu termasuk empat isteri serta 10 anaknya.

Daripada bilangan yang maut, sekurang-kurangnya 25 peratus adalah orang awam Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Nizar adalah tokoh paling kanan pergerakan itu yang terkorban sejak pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi pada 2004 menyebabkan Hamas memberi amaran ia akan menyambung operasi bunuh diri terhadap Israel bagi kali pertama sejak Januari 2005 bagi membalas dendam kematian Nizar.

"Selepas kejadian terbaru itu, semua pilihan kini dibuka bagi menentang serangan berkenaan, termasuk tindakan mati syahid terhadap sasaran Zionis di tempat lain," ikrar pegawai Hamas, Ismail Radwan.

Bantahan anti Israel turut disaksikan di Jakarta dengan berpuluh ribu rakyat Indonesia berdemonstrasi di Jakarta. Beribu-ribu lagi mengadakan tunjuk perasaan di Afghanistan dan lebih 4,000 penduduk Muslim Sydney turut mengadakan tunjuk perasaan manakala beratus-ratus Muslim membakar bendera Israel di kawasan Kashmir ditadbir India.

Ketika kereta kebal Israel dan tenteranya dikumpulkan di sekitar Gaza bagi mengancam tindakan darat dan tanpa sebarang harapan bagi gencatan senjata, pihak tentera memberi kebenaran kepada rakyat asing keluar daripada kawasan peperangan itu

israel kembali mengganas. d mana kte skrg? huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...