Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Tuesday, January 27, 2009

2 in 1

~~gerhana matahari~~

semalam 26 januari 2009 bersamaan 29 muharam 1430 telah berlaku gerhana matahari kalo xsilap pada pukul 5.20pm. pertama kali jgk aku solat sunat gerhana matahari. masa kt skolah dlu ade solat sunat gerhana bulan rasanya pd bulan Ramadhan, tp, aku xsempat nak join.

solat sunat gerhana matahari ni dua raka'at dengan dua kali al- fatihah dan dua kali rukuk bagi setiap satu raka'at.aku rasa sungguh seronok belajar benda baru. (",)

aku juga telah mendapat info, pasal surah As-Shams di mana dlm surah ni la, paling banyak Allah bersumpah atas makhluknya. dan di bawah ini aku sertakan sekali makna surah As-Shams.

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
  2. demi bulan apabila mengiringinya
  3. demi siang apabila menampakkannya
  4. demi malam apabila menutupinya (gelap gulita)
  5. demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan)
  6. demi bumi serta penghamparannya
  7. demi jiwa serta penyempurnaan(ciptaan)nya
  8. maka Dia mengilham kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya
  9. sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)
  10. dan sungguh rugi orang yang mengotorinya
  11. (kaum) Samud telah mendustakan (rasulNya) kerana melampaui batas (zalim)
  12. ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka
  13. lalu rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka, "(biarkanlah) unta betina dari Allah ini dengan minumannya."
  14. namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, kerana itu Tuhan membinasakan mereka kerana dosanya, lalu diratakanNya(dengan tanah)
  15. dan Dia tidak takut terhadap akibatnya.
7 kali Allah bersumpah atas nama makhlukNya
banyak benda yg kita dapat dengan tadabbur al-quran. cuma tinggal antara nak atau xnak je untuk amalkannya.

*****************************

~~alkisahnya di ulu chepor~~


pada ari ahad bersamaan 25 januari 2009, kami telah bersepakat untuk berkelah. bincang punya bincang zini pn mencadangkan ulu chepor. pd pagi hari tu, semua macam tak bersemangat. tapi digagahkan diri demi menjaga hati abby yang awal-awal lagi dah siap. dalam lebih kurang kul 9 pagi, kami bertolak ke ulu chepor. 2 buah kereta, ilah(tuan punya kereta), bib, farah, kakp dan aimi satu kereta. manakala aku, soleh, abby, zini dan syaz satu kereta.
kami sampai di ulu chepor lebih kurang pukul 10 pagi. waktu kami sampai kat sana, hujan turun renyai-renyai. ingatkan tak jadi, tapi, diorang masih bersemangat untuk meneruskan rancangan itu. selepas mencari tempat yang sesuai untuk mandi, abby mengetuai kami dalam membaca doa sebelum turun ke air. air kat situ sangatlah sejuk. hoho. baru je beberapa minit mandi, kakp cakap muka aku da pucat. sampai bibir biru. lepas tu, barulah aku bertenggek di atas batu besar sambil makan-makan.

semua asyik memandang ke arah sana

sume sebut o0o~


zini paling pandai berenang, abby dan syaz tak berhenti-henti belajar berenang. sungguh bersemangat waja. hehe. soleh pulak belajar nak terapung. aku pun belajar gak, tapi tak terapung pn, takut tenggelam. ;) air semakin lama semakin dalam. agak seram masa mandi kat sana, mana taknya, tempat kami ada lelaki-lelaki yang tak dikenali. semua akan senyap bila, ada lelaki yang melalui tempat kami. seram~ tapi, nasib baek lah, ada pasukan RELA yang jaga. tabik utk pak cik-pak cik RELA. :)


sume gumbira!
(gmba syaz ngan abby xde sangat, sbb diorg asyik dengan latihan berenang)

dalam pukul 1 lebih kami semua naik ke atas tebing. selepas selesai tukar pakaian, kami berhenti solat zohor di masjid yang beberapa minit je dari tempat kami mandi. ilah dan aku rancang untuk makan di ipoh, memandangkan kami tak tahu restoran best kt perak ni. aku ikut ilah dari belakang, masa on the way ke ipoh, aku singgah sebentar di perodua, untuk bertanyakan pasal seat belt kat belakang (keretaku takde seat belt lagi kt belakang). abang kat perodua tu cakap, aku kena buat appointment untuk pasang seat belt tu. dia ade cakap, appointment tu da full sampai 2010. hoho. sungguh mengujakan. haha. kalo cmni, baek beli kereta baru. ngeh3

bila dah selesai kerja kat perodua tu, aku mula mencari tempat makan yang ilah cadang. skali, kami sesat. adoyai,dekat sejam jugak kami cari tempat tu. last-last aku serender, aku tukar plan ke makan di jusco. masa nak cari jusco sesat jugak (lalu jalan yang tak penah aku lalu, memang la sesat. huhu) bila da tanya-tanya orang, jumpa jugak. tapi ada masalah lagi, jalan jam banget. kebetulan esoknya chinese new year. semua keluar nak beli keperluan untuk raya. haih~ tukar rancangan lagi. kali ni, aku terus ke giant. alhamdulillah, perjalanan di sini dipermudahkanNya. mana taknya, soleh da merungut-rungut lapar. kesian kawan-kawan aku. bila da selesai makan dan solat asar, kami bershopping sekejap. (perempuan, biasa la~ :) ) dalam pukul 6 lebih, kami bertolak pulang. aku tak bawak kad matrik, nasib baek la xkena tahan dengan pak guard, huhu. alhamdulillah~ (",)

gembira sungguh rasa hatiku. dapat berkelah tanpa ada sebarang masalah. alhamdulillah syukur~ insyaAllah kenangan ini akan aku semat dalam lipatan kehidupanku.

2 buah fikiran:

diana said... [Reply to comment]

sememangnye kami mmg bersemgt waja blaja berenang dgn kak ni,tp masih xreti2 lg.hehe

gue dgn abby nnt nak date kat swimming pool.mai la join:P

anNaqia said... [Reply to comment]

haha.
okie2.
jgn putus asa!
;)

boley je join. join tgk je la. enggak ada keberanian di situ.
:)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...