ari ini banyak perkara baek yang berlaku. wee~ alhamdulillah.
perkara pertama nya, pasal jadual yang clash2. (lec thermo clash ngan tutor prob stat). alhamdulillah, Allah melembutkan hati kedua-dua lecturer subjek ini. (^_^) jasa mereka berdua xkn kulupa sampai akhir hayat.insyaAllah aku berharap dapat membalas jasa-jasa mereka yang selalu memudahkan perjalanan ilmuku ini. :)
perkara kedua yang menggumbirakan hatiku ialah acik (my only lil sis~) mendapat tawaran sekolah berasrama. yang lebih menggumbirakan hati ini, dia dapat sekolah yang dekat dengan rumah. itu harapanku, sebab aku tak nak dia jadi macam aku yang homesick selama 2 tahun berturut-turut di sekolah asrama. huhu. (bila teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, macam-macam perasaan timbul~ gembira, sedih semua bercampur baur.) aku berharap acik masuk asrama, aku xtau la nape. hurm~~ [sester,sakit aku bermula di situ. tapi, d ctu la aku mula belajar mengenal erti susah.]
....flashback...
(sekadar berkongsi pengalaman)
ulcerative colitis,
nama ini lah menghantui hidupku sejak 2004. namun, nama ini jugalah telah mematangkan diriku. dulu, sewaktu awal-awal aku dapat nama ini, aku selalu mengeluh, hampir-hampir putus asa untuk hidup. berkat kesabaran abah dan emak sebagai tunjang dalam hidupku, aku mula membina semangat terus melawan tanpa putus asa walaupun ada ketika aku tersungkur. nama ini telah membuatku berhati-hati dalam hidup sebagai hambaNya. aku takut untuk berhibur lebih-lebih seperti orang lain, kerna bagi aku, apabila aku mempunyai nama ini bila-bila masa sahaja Dia akan ambil nyawaku. aku tahu, mempunyai nama ini tidaklah seteruk mereka yang mempunyai nama yang xboley diubati. namun, ujian ini sudah cukup besar untukku lalui hidup ini. dan sekarang, titik hitam dalam hidupku mulai pudar. alhamdulillah, segala puji bagi Allah. nama ini telah mulai kabur daripada hidupku. aku terus berharap agar nama ini terus lesap daripada hidupku walaupun pakar mengatakan mana mungkin nama ini hilang daripada hidupku,tetapi aku yakin pada ketentuanNya. semua sudah diatur cantik olehNya. insyaAllah aku akan terus redha dengan ketentuanNya. :) aku juga berjanji akan terus menjaga kesihatan aku sehingga nama ini hilang dari hidupku. kerna Allah x akan tolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha.
(kalau salah tolong betulkan~)
inilah kehidupan, ada kala kita susah, adakala kita senang. kita sebagai hambaNya seharusnya sabar menempuhi semua ujianNya. susah senang semua datang dariNya. :) (semoga diri ini bergerak seperti apa yang ditaip~ amin~)
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^