Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Treasure hunt

Assalamualaikum kawan-kawan,

Pernah dengar perkataan treasure hunt kan? Buat pengetahuan semua, saye first time join treasure hunt. Punyelah buta kayu pasal treasure hunt ni. Member siap suruh study, manalah tau nak study ape pasal treasure hunt ni kan. Hentam je masuk, tapi aim tetap nombor satu. haha.

Treasure hunt yang saye join ini from KLCC to Melaka. Kami start hunting dari bandar baru bangi, seremban dan akhir sekali melaka. Punyelah semangat cari jawapan, sampai berpinar-pinar mate I. fuh~

Hentam sana sini. Pasrah sudah dengan jawapan diberi.

Tiba masa pengumuman pemenang, nak tau kami dapat nombor brape?

Nombor lapan woo. Nombor ong maa. Bangge. :)

Sampaikan sekarang, tengok signboard pun asyik duk fikir macam masuk hunt. haha.

Da nak tidur dah, sebelum tu, nak tunjuk hamper skek. :D


Regards,
Annaqia

Thursday, September 27, 2012

Harga, menghargai.


  Assalamualaikum.
   Sudah lama tak mencoret kat sini.
  Bulan Ogos last update.
  Kehidupan seperti biasa.
  Mari hargai setiap detik kehidupan kita. ;)

Kehidupan training sepanjang minggu 















Regards,
Annaqia.

Wednesday, August 29, 2012

Sijil

Perihal sijil.

Alhamdulillah.

Sijil ini sudah ada.
Konvokasi


Sijil yang bawah ni pun sudah ada.


Sijil je br ada.
Calonnye belum kunjung tiba.
Mari bertenang.
haha.

p/s: Janganlah lagha. huu.

Regards,
Naqiah

Thursday, June 14, 2012

What do I capture #1

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Assalamualaikum friends. How's your day? Semoga semua berada dalam lindungan Allah swt. :)

Since, I couldn't spend much time to blog, so I came up with a new segment in my blog, 'What do I capture'. (ala-ala rancangan tibi gitu). More or less like picture story telling. :P

Let's gone!

Mitsubishi electric car
Comel kan kawan-kawan?


Beautiful lady
I'm not familiar with the musical instrument. Any idea friends?


Bvlgari
In the classical Latin alphabet, V is equal to English U. So, pronounce it Bulgari. (Source: Ms. Wiki)



World Gas Conference
Heavy traffic.


The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam. :P
'I love chicken rice.' It reminds me of my abah. :)


p/s : Workload semakin bertambah. 

Saturday, June 9, 2012

Little girl and calculator

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

As usual, before going back home, I will perform my Asar prayer at the surau near to my office. Whilst preparing myself to take ablution, I noticed one little cute girl wearing tudung. At that time, I saw her playing with her sling bag, waiting quietly for her mother. Little girl whose wearing tudung is very cute!

Source : Mr Google

After taking ablution, I saw her holding a mobile phone. It was small, thin and looks like a smart phone. I really wanted to see the gadget. After some investigation made, the smart-phone-like gadget was actually a calculator! Well, sometimes curiosity is not killing the cat.

Children's imagination is so beautiful. The calculator can substitute the gadget. But, at the same time, I pity her. Children shouldn't be influenced by the technology. They should enjoy their wonderland before getting into the real land. She is supposed to play with a doll, instead of a calculator.

Canggih manggih kanak-kanak sekarang.

Maybe we, as the soon-to-be parents, should know and learn how to educate the children. The technology evolving too fast. Hence, the children's mind also need to be developed accordingly. Don't educate children by bribing the gadget to them. It won't help them, well maybe certain thing can help. But, bersederhanalah said the Prophet s.a.w.

p/s : Twin tower, a place with variety of people. *bemused*

Tuesday, April 10, 2012

Segmen Pka Rahim : Feberet Color :)

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Cik Pecinta Pink telah mengetag saya dalam satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Pka Rahim, jadi mari bersegmen. Kebetulan hari ini saya kekeringan idea untuk menulis di blog kesayangan ni.

Tekan banner ini untuk ke blog Pka Rahim

Jadi merujuk kepada tajuk di atas segmen ini mengkehendaki saya untuk bercerita tentang warna kegemaran. Alkisahnya begini ya pembaca-pembaca.

Semasa masih hingusan dahulu, hamba amatlah meminati warna kuning. Segala-galanya mestilah kuning, kalo tak, mandi tak basah, tidur pun tak lena. Begitu mendalam perasaan cintaku kepada warna kuning. Namun, hari berganti hari, saat berganti minit, muda berganti tua, perasaan pada warna kuning sedikit terjejas dek kehadiran warna pink atau dalam Bahasa Melayu nya warna merah jambu. Mungkin perubahan hormon, menyebabkan diri ini meminati warna merah jambu. Tapi, tuan pembaca jangan salah sangka, hamba masih lagi meminati warna kuning, bak kata pepatah serampang dua mata lah keadaan ku ini. (peribahasa itu boleh diganti dengan sambil menyelam minum air) Begitulah kisah warna kegemaranku.

Haha, dah lama tidak bercanda sebegini. Cukup sampai di sini sesi mengarut saya. Terima kasih Cik Pencinta Pink kerana telah mengetag saya.

Jadi, di kesempatan ini saya mahu mengetag Cik Aisya yang comel lah.

p/s : Kesimpulan kisah di atas, my favourite colors are yellow and pink. Teehee. :P
p/s/s : Sekali sekala bercanda bahasa istana seronok jugak rasanya.

Friday, October 28, 2011

UTP : My convocation

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Delayed entry.

Bachelor of Engineering (Hons) Mechanical Engineering

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
11th Convocation Ceremony
16th October 2011


Thank you Allah for the chance.
Thank you mak abah for the endless support.
Thank you abe, acik, adik for the love.
Thank you lecturers for the ilmu.
Thank you friends for the beautiful moments we shared.
Alhamdulillah.

Thursday, October 6, 2011

UTP : happy ending

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

The very final result of my degree.

Alhamdulillah.
All praises is due to Allah.
It was a great ending.

and,

Good foods as the reward.


Chunky loaded pizza
(something wrong with this picture, but nevermind, the main character is still there)

Meatball bolognaise spagetthi

Cheese baked rice

Creamy carbonara spaghetti

Alhamdulillah.
Tq mak & abah.

Dream comes true. :)

Saturday, October 1, 2011

Supper.

Assalamu'alaikum!^^

Bereksperimentasi new template di blogspot ini. Menarik.

I'm always satisfied with the best. Eceh~

Mana tak bestnya, hidangan supper setiap hari.

Dua sudu besar susu anlene.
Baik untuk kesihatan tulang.
Anlene sesuai diminum bagi yang berumur dari 19 tahun sehingga 50 tahun.

Dua sudu besar milo.
Minum milo anda jadi sihat dan kuat.
Sesuai diminum oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

Dua sudu besar oat.
Baik untuk kesihatan jantung.
Sesuai diminum erm tak sure la plak.

Agak-agak kalo supper macam ni hari-hari boleh gemuk tak?
Ehe~

Sunday, September 4, 2011

my eid 1432H

Assalamu'alaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri rakan-rakan pembaca semua.
Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap saye yang disengajakan dan tidak disengajakan.
Walaupun da masuk hari ke enam syawal, better late than never la omputih cakap.

Syawal kali ni agak menarik walaupun aktiviti bergerak hanya selama lima hari. Almaklumlah, raya dalam musim peperiksaan.

Meh layan gambar-gambar kat bawah ni.


Tahun ni, penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia sudah bertukar orang.




Tahun ni, rumah nenek kesayangan berwajah baru.



Tahun ni, dapat anak sepupu sulong merangkap cicit sulong merangkap generasi keempat keluarga Maharaja Shih Huang Ti aka my abah. :P

Last sekali,


Tahun ni, masih dapat duit raya. Alhamdulillah, rezeki pelajar melimpah ruah.


Sekian berita dari tronoh dibawakan untuk semua pembaca tidak kira tua atau muda.
Selamat berpuasa enam kawan-kawan semua.



Tuesday, August 16, 2011

sanah helwah ummi!

Assalamu'alaikum!

Ya kembali bersua, di laman sesawang Live and Learn yang sudah bersawang ni ye. Moga-moga sume sihat dan bersemangat menjalani ibadah puasa yang dikhaskan untuk kita hanya sebulan sahaja.

Today is my mum birthday!
Puan Zanoriah's birthday.

Be the happiest of all
You're more beautiful than roses
The heartbeats sing
And dance near the chandeliers
This is the best birthday

My soul says
And my heart says
May you happy forever, darling!

Happy birthday my dear mum.
Semoga mak panjang umur,
murah rezeki,
sihat tubuh badan,
diberkati Allah dunia akhirat.

Doakan moga angah jadi anak solehah. :)


Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem 1432H

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

1 Ramadhan 1432H

Selamat Meraikan Ramadhan Kareem!

Mari manfaatkan Ramadhan kali ini dengan bijak.
Buang yang keruh,
Ambil yang jernih.
Cuci yang kotor.
Mari berusaha untuk berubah jadi lebih soleh dan solehah.
^___^

banyak SANGAT perangai buruk dihimpun dalam kehidupan.
Moga Allah beri hidayah dan kekuatan untuk berubah.
Ameen.


Tuesday, July 12, 2011

dua puluh dua.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



110711
tarikh yang paling ditunggu-tunggu.
nothing special happened.
(owh, ade, mak blanja kepsi tapi tak sempat nak beli hadiah. hehe)
but alhamdulillah,
sudah 22 tahun diberi peluang untuk hidup di bumi yang free ini.

ucapan di FB daripada kawan-kawan yang bertalu-talu.
ucapan di SMS pun ada sekali.
excited satu hari duk membalas orang wish.
perasaan tu sekali je setahun.

alhamdulillah.
tq mak melahirkan angah.
tq abah menemani mak semasa mak mengandungkan angah 9 bulan
tq mak abah membesarkan angah.
tq mak abah menyekolahkan angah.
tq mak abah selalu dengar angah mengeluh.
tq ALLAH for my mother and my father.

tq sahabat.
tq kawan.
tq member.
tq kenalan.
atas doa dan wish yang diberikan.
moga Allah membalas doa-doa kalian.
jazakallah!
(saye sungguh happy terima wish daripada korang)

harapan untuk 22 tahun ke atas.
harap kecondongan hati lebih ke arah kebaikan.
harap ALLAH pegang hati sampai nafas terakhir.
harap usus besar dapat sihat sepenuhnya.
harap dapat menghabiskan pelajaran dengan jayanya.
harap dapat merasai kemanisan konvokesyen.
harap dapat suami yang beriman dan hensem dalam masa terdekat.wahah~ :)
harap dapat anak kembar.
banyak sangat harapan.
tolong amin kan eh, kawan-kawan yang bace. hik~



Friday, July 8, 2011

homie.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



Home sweet home.
plus
Report sweet report.
^___^



Friday, July 1, 2011

becoming kmbian.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Mum, look at our acik. :)


All the best my little sister.
Be strong kayh!
May Allah ease your way, no matter where you are.
Love you always.

O Allah, please protect her.
I know, You will always be with her, when she is in need.
Ease her journey of life.
Ameen.



Saturday, June 11, 2011

kaki bangku

Assalamu'alaikum.


Note the bulan sabit, bintang, keris dan tombak.

Baru lepas tengok bola di televisyen. Piala FA Kelantan lawan Terengganu. Terengganu menang dengan kelebihan satu gol (wah, dah macam ayat pengulas bola) Erm, aku ni takdelah reti sangat tengok bola, kaki bangkulah senang cite. Tengok melalui mata logik je selalunya. Owh, dan saye tak suke dengar pengulas bola sepak malaysia mengulas pasal perlawanan yang berlangsung.

Aku tertanya-tanya lah, memang selalunya, referee selalu lambat tunjukkan ke masa tambahan bila dah masa bermain tamat?

Oh ye, pasal Daudsu masukkan bola ke gol sendiri tu, aku rasa, kalo dia tak tandukkan pun, korang tak rase ke, bola tu tetap masuk? Mungkin Daudsu kena lebih praktis tandukkan bola ni.

Ape-ape pun tahniahla Terengganu, penantian 11 tahun, akhirnya berjaya gak. Itulah rezeki orang kata. Kelantan cuba lagi di lain hari deh. Sep kito kemmah~

The Red Warriors (TRW) tetap di hatilah bebeh.


Ambo klate sejati, kalo boleh nak tok laki ore klate. kalo boleh nak duk klate jah sapa tuo. haha. :) perkenankanlah ya Allah.


Monday, June 6, 2011

frustration

Assalamu'alaikum! :)

Frustration = Kekecewaan.

Semua orang pernah merasai perasaan kecewa kan? Yang berbezanya situasi yang menyebabkan kita kecewa dan macam mane kite nak handle rasa kecewa tu. Macam-macam perkara yang menyebabkan kita rasa kecewa. Apa yang diharapkan tak dapat, apa yang diimpikan tak dapat, apa yang diidam-idamkan tak dapat.Mesti kite soal balik, kenapa tak dapat? Apa yang silap? Kenapa? Why?

Marilah kita belajar menghandle rasa kecewa itu dengan positifnya, yang mungkin kadang-kadang aku sendiri pun tertewas dengan perasaan sendiri. Itulah manusia kan? Lemah tanpa pertolonganNya.

Mari bedah dari akar umbi. Duduk sejenak. Instead of fikirkan keburukan di sebalik kekecewaan tersebut, tapi fikirkan apa yang Allah nak tunjuk di sebalik kita rasa kecewa tu. Kalo kite fikirkan keburukan je, yang menderita, hati kita yang kecewa ini jugak kan? Itulah dipanggil muhasabah. Scan segenap ruang kehidupan kita, yang mungkin ada kekurangan di sana-sini, yang mungkin juge menjadi asbab kepada kekecewaan tersebut. Perbaiki kekurangan tersebut. Upgrade setiap ruang kehidupan kepada satu level yang lebih baik.

Kekecewaan yang dirasakan itu adalah satu nikmat juga pada kita sebagai hambaNya. Kalo tidak diberi peringatan, kadang-kadang lalai jugak kan kita? Dah merasa kecewa tu, barulah kita tersedar, kat mane kita kurang kan? Daripada situ, kita belajar menerima ketentuanNya. Kerna Dia yang lebih tahu.

Setiap perkara yang Allah letakkan dalam kehidupan ini, semuanya dalam lingkungan pengetahuanNya. Semuanya Dia tahu. Semuanya di dalam perancanganNya. Jika kita sedar tentang perkara-perkara ni, kekecewaan yang dirasakan tu, insyaAllah sedikit sebanyak terubat. Semua benda yang kita buat dalam bumi Allah ni, semua tidak lepas daripada pengetahuanNya dan perhitunganNya.

Akhir sekali, dalam hidup ni, ada Allah bagi, ada Allah tarik. Apa yang Allah bagi tak semestinya buruk untuk kita, apa yang Allah tarik daripada kita, tak semestinya baik untuk kita. Kerna itulah kehidupan.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"
Al-An'am : 32.

Sama-samalah kita memperbaiki diri kita.


Sunday, June 5, 2011

addiction : drama

Assalamu'alaikum!

Apa kabo semua? Harap-harap sihatlah ye. :)
Sejak dua menjak ni, mek kekeringan idea. Time ada idea, malas. Time rajin, takde plak idea nya. Hari ni, mek ada dua-dua. Idea dan kerajinan untuk mencatat sket di laman Live and Learn ni.

Mari bercerita pasal addiction, atau dalam bahasa melayunya, kegilaan atau ketagihan.

Sekarang ni, sebut je Nora Elena, mesti semua tau kan, drama yang sedang hot di tv3. Adaptasi longgar daripada novel 'Kasih yang Suci' karangan Meen Zulaikha. Sebut adaptasi longgar, memanglah agak lain sikit pengolahan cerita kat drama berbanding dalam novel. Yang pastinya kat novel lagi best pengolahannya, yang kat drama, best tengok pelakon-pelakonnya. Yang perempuan cantik aje, yang lelaki ensem aje. :) (Dapat yang inside nye ensem pun dah cukup bersyukur~ ngeh.)

Drama Nora Elena ni, macam ada tempias sikit-sikit dalam kisah hidupku. Ececeh, tiba-tiba jiwang plak. Dengan Seth Tan menunggu Nora Elena selama 10 tahun. Dengan Nora Elena suke bunga. Dengan kejadian pelangi. Heh~

Kalo sebelum Nora Elena, aku ketagihan drama Korea. Mak aih, tak dapek nak stop kalo dah start nontonnye. Tengok satu episod, menggamit hati untuk tengok yang episod seterusnya.

Inilah aktiviti semasa weekend. Sungguh lagha ye kawan-kawan. Hm, esok pasti lebih baik. Dah tengok semua drama yang nak ditengoknye. Janji esok, start berperangai sebagai pelajar balik. Janji.


Nora Elena


Playful kiss



Tuesday, May 24, 2011

go, live your dream!

Assalamu'alaikum! :)


Pada 23rd May 2011 bersamaan dengan semalam, maka bermulalah era semester ketiga (akhir) tahun akhir di Uni nan indah ini.

Subjek yang dipelopori semester ini ialah :

  • Hybrid vehicles
  • Final Year Project II

Dua buku baru, satu pencil case kecik baru, sempena sem baru. :)

O Allah, please ease our way.

Go, live your dream. (Quote from Tangled). Banyak dream sempena semester ketiga (akhir) tahun akhir ni. Moga Allah permudahkan. Amin~


Sunday, May 22, 2011

cuti semester

Assalamu'alaikum! :)

Whoa~ Dah lame meyh tak menulis kat Live and Learn ni. Bizi sangat. Lepas post last tu, bizi bersetadi week, lepaih tu berexam week plak, lepaih tu, bercuti semester a week plak. :)

Meh, review meh.

Exam empat papers telah setel dengan jayanya. Alhamdulillah. Tawakal time la plak. Hm, harap yang baik-baik aje lah.

Cuti semester a week plak. Balik rumah punye cerita, pastinya seronoklah. Walaupun hanya seminggu. Syukurlah, daripada takde langsung kan?

Benda best yang berlaku sepanjang cuti adalah seperti berikut, (heh~) :





Gambar 1 : Restoran Hover, Gambar 2 : Nasi Hover (note the paku thingy)

Haa, inilah perkara best yang menggamit hati semasa cuti semester baru-baru ini. Nasi yang tidak diikat dengan getah, cukup sekadar menggunakan satu paku. Nasi ni, time kecik-kecik dulu pernah makan sekali, lepas tu, dah tak makan-makan dah. Hari tu, jadi yang second time. Yang paling aku suke, sayur taugenya.


Ini etok. (sebutnya epal, tapi ganti pal tu dengan tok.)

Etok ni pun, dah lama bebenor tak makan oh. Etok ni keluarga sepupu sepapat dengan kerang. Rasanya masin. Tapi sedap bagi mek klate macam ambo ni lah.


Donut bulat kecik

Donut bulat ni jugak kesukaanku mase kecik. Setiap kali balik dari sekolah mak, akan singgah beli donut di kedai bakeri yang tak femes, tapi wujud sejak zaman childhood mak aku lagi. Sedap-sedap. Donut ni dulu aku kenal sebelum aku kenal donut gelang ngan dunkin donut ngan big apple. Nostalgia betul lah kalo makan donut ni. Dah lama jugaklah tak makan, masa cuti semester hari tu jugaklah dapat makan. Alhamdulillah, syukur syukur.

Dah ceritakan nikmat dunia yang melimpah ruah. Mari bercerita tentang kisah sedih di Hulu Langat sana.

Tersentuh hati mek, tengok kat berita tadi. Moga mereka yang dipanggil Allah itu, roh mereka dicucuri rahmat. Moga yang masih diberi peluang bernafas oksigen percuma ini terus tabah dan kuat menghadapi hari muka. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita pulang. Bukti yang kita tiada kuasa atas nyawa kita sendiri. Al Fatihah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...