Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Saturday, January 3, 2009

palestin!

td aku bc berita harian online. and aku nk bkongsi ngn korang ape yg aku bc.

Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza

GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.

Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas.

Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.

"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.

Hamas menganjurkan supaya bantahan diadakan selepas jet tempur Israel menggugurkan bom satu tan ke kediaman Nizar Rayan yang membunuh pemimpin kanan pergerakan itu termasuk empat isteri serta 10 anaknya.

Daripada bilangan yang maut, sekurang-kurangnya 25 peratus adalah orang awam Palestin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Nizar adalah tokoh paling kanan pergerakan itu yang terkorban sejak pembunuhan Abdel Aziz al-Rantissi pada 2004 menyebabkan Hamas memberi amaran ia akan menyambung operasi bunuh diri terhadap Israel bagi kali pertama sejak Januari 2005 bagi membalas dendam kematian Nizar.

"Selepas kejadian terbaru itu, semua pilihan kini dibuka bagi menentang serangan berkenaan, termasuk tindakan mati syahid terhadap sasaran Zionis di tempat lain," ikrar pegawai Hamas, Ismail Radwan.

Bantahan anti Israel turut disaksikan di Jakarta dengan berpuluh ribu rakyat Indonesia berdemonstrasi di Jakarta. Beribu-ribu lagi mengadakan tunjuk perasaan di Afghanistan dan lebih 4,000 penduduk Muslim Sydney turut mengadakan tunjuk perasaan manakala beratus-ratus Muslim membakar bendera Israel di kawasan Kashmir ditadbir India.

Ketika kereta kebal Israel dan tenteranya dikumpulkan di sekitar Gaza bagi mengancam tindakan darat dan tanpa sebarang harapan bagi gencatan senjata, pihak tentera memberi kebenaran kepada rakyat asing keluar daripada kawasan peperangan itu

israel kembali mengganas. d mana kte skrg? huhu


0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...