Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label live and learn. Show all posts
Showing posts with label live and learn. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

May 2015

Dear Blogwalkers and Bloggers,

This is my first post for 2015. *clapclap*

Almost half of the year, I just realised that I've not been here for quite SOME time.

Forgot the password pun. Luckily, tak banyak makan semut. ;)

Sabah Island Hoping 2 - 5 May 2015

Happy 2015! 
(walaupun da terlalu lambat)
Cherish every moment and every person in your life!


Love,

Saturday, December 15, 2012

Travelogue : Vietnam (Ho Chin Minh)


Assalamu'alaikum kawan-kawan.  Semoga semua berada dalam rahmat Allah. :)

Hari ini, saya mahu ceritakan pengalaman pertama saya melancong ke luar negara (Vietnam).

Selalunya orang akan tanya, "Oh ke Vietnam ke mane?" 

Dan selalunya, orang mengajukan soalan begitu kerana,Vietnam ada dua tempat pelancongan yang berbeza, satu di Ho Chin Minh (HCM) dan satu lagi di Hanoi. Dengar ceritanya, Hanoi mempunyai cuaca 4 musim. Ho Chin Minh sama sahaja cuacanya seperti di Malaysia.

Jadi, trip pertama saya ini adalah ke Ho Chin Minh.

Saya akan bahagikan Travelogue ini kepada 3 bahagian.


  • Bahagian pertama - Details pelancongan saya
  • Bahagian kedua - Aktiviti saya di sana
  • Bahagian ketiga - Tips ke Ho Chin Minh

Hari ini, bahagian pertama lah dulu ye kawan-kawan. :)

Travelling 
Saya ke sana selama 4 hari 3 malam. Menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. HCM awal sejam dari Malaysia, jadi perjalanan ke HCM kita dapat jimatkan sejam dan pulang semula ke tanahair kita rugi sejam. Kami mengambil perkhidmatan kargo 40kg. Khidmat jualan kargo di lapangan terbang juga boleh didapati, namun disarankan untuk book terlebih awal perkhidmatan kargo tersebut.

Tempat yang dilawati
- Sungai Mekong 
- Chu Ci Tunnel
- Ben Thanh Market
yang tak sempat dilawati
- War Museum
- Post Office

Accomodation
Kami menginap di An Tam Hotel. Hotel tiga bintang, servisnya amatlah memuaskan hati.Tambahan pula, kita boleh dapatkan khidmat tourist guide di hotel terus untuk melawat kawasan-kawasan yang popular untuk dilawati. Boleh request untuk tambahan katil,untuk penginap yang ramai.

Meals
Kami makan pagi di hotel. Makan roti, telur masak separuh bersama secawan kopi. Cukup untuk makan pagi. Depan hotel An Tam ada kedai Melayu Champa (Islam) yang menjual makanan pagi sampai malam. Kami membeli bekal nasi di kedai makan tersebut sebelum memulakan perjalanan untuk melawat memandangkan, di tempat yang kami lawati itu, tiada perkhidmatan makanan halal disediakan. Kami makan malam di kedai makan sama, Quin An Halal Champa Muslim dan Vietnam Delight yang berdekatan kawasan hotel kami. 

Attire
T-shirt dan blaus yang bersesuaian dengan cuaca di HCM yang panas,mendung dan hujan seperti Malaysia. Seluar jeans beserta sneakers. Saranan saya, pakailah baju yang betul-betul menutup aurat untuk memudahkan anda solat. Saya juga menyarankan anda bawalah bersama telekung solat, kain sarung, wet tissue dan apa sahaja yang akan memudahkan urusan solat anda. Solat itu wajib walau di mana anda berada. 

Solat
Berada di negara bukan Islam membuatkan nikmat Islam itu dirasakan teramat-amatlah besar. Secara jujurnya, nak solat di HCM teramatlah susah untuk medapatkan tempat yang selesa seperti surau di tempat kita(Malaysia). Bila berada dalam keadaan begini, iman betul-betul tercabar. Syukur sangat-sangat dikurniakan kawan-kawan yang menjaga solat. Solat sahaja di mana-mana yang anda yakin bersih. Sentiasalah alert dan tengok waktu, kerana waktu solat di sana amatlah awal berbanding di tempat kita. Sekiranya kita berjalan dalam satu kumpulan, pastikan kita inform the tourist guide that 'we need to pray', akan ada tourist guide yang faham. Jadi,kita yang kena usaha menjaga nikmat ini sebenarnya.

Banyak hikmah, pengajaran dan pengalaman dapat dicedok daripada perjalanan ini. Syukur Allah berikan peluang untuk turut merasai seperti orang lain. :)

Regards,
anNaqia

Tuesday, December 4, 2012

Nelayan laut dalam

Assalamu'alaikum semua.

Saya kembali setelah lama menyepi. Harap semua sihat lah ye.

Banyak pengalaman yang nak diceritakan kat sini.Nak berkongsi dengan semua.

Sminggu yang lepas, saya berpeluang ke laut (baca: offshore) selama 5 hari naik platform. It was great experience.

Kami berkumpul di jeti seawal jam 5.30 pagi. Kami perlu naik bot untuk ke platform di tengah-tengah lautan. Perjalanan mengambil masa approximately 3 hours.

Since it is my first time, I need to consume seasick pill. Once eaten, you will doze off for 2 hours.

Once arrived at the platform, we need to swing from boat to the platform using the swinging rope. It is very challenging during rough tides, since you need to have good timing to swing or jump from the boat to the platform.

It was like a big aquarium with various types of fish beneath the platform. It is so cool looking at the fishes swimming happily by just follow the flow of the current.

I learnt a lot from this site visit. Alhamdulillah. ;)

Being on the platform makes me love my job. It gave clearer picture on my job. I love my job. May Allah bless my job and others.

Since the living quarters at the platform were fully occupied, we need to do daily trip from jetty to platform. We finished our job at 5 pm and arrived at the jetty at 8pm.

Begitulah kehidupan sehari-hari orang yang bekerja di laut.

Syukur diberi peluang untuk bekerja. :)

P/s : Maafkan saya kerana merojakkan karangan di atas. Sekadar berkongsi rasa dan cerita. :)

Regards,
anNaqia

Wednesday, May 9, 2012

Induksi

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Allah berikan kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas oksigen percuma. Hari ini, masuk hari kelapan saya berinduksi.

Banyak input yang dapat daripada induksi ini, untuk persediaan sebelum masuk kerja. Seronok jugaklah. Makan sedap, tidur lena, pergi ke kelas sama macam zaman universiti dulu.

Syukur Allah berikan rezeki yang melimpah ruah. Selepas melalui fasa-fasa kesusahan yang amat sebelum ini. Moga Allah terus menerus memberikan hati yang sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Induksi 14 hari

p/s : Terima kasih kepada yang melawat blog saya. Ada masa nanti saya lawat blog awak balik kayh.
p/s/s : Curi masa untuk update sikit-sikit. Hee. :)

Monday, April 30, 2012

Fasa seterusnya

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Sekejap lagi saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk memulakan pekerjaan di sana.

Berkemungkinan besar, blog ini akan jarang di'update dan saya akan jarang berblogwalking. Mungkin tidak sekerap seperti selalu. Tapi, jangan risau, kalau anda meninggalkan jejak di blog saya, insyaAllah, saya akan lawat blog anda semula. :)

Agak lama saya menunggu panggilan untuk masuk kerja, dan alhamdulillah, Allah sebaik-baik Perancang, saya akan mula kerja pada bulan depan which is lusa.

Saya berharap, moga Allah melindungi dan merahmati perjalanan hidup saya yang seterusnya ini. Fasa baru dalam kehidupan, insyaAllah, moga Allah permudahkan.

Macam-macam perasaan ada. Bercampur baur. Cuma tak dapat nak explain dengan penulisan.

Doakan kehidupan saya untuk fasa seterusnya ini deh rakan-rakan yang membaca. Moga Allah merahmati kalian.

p/s : Niat berhijrah untuk mencari rezeki halal semoga dapat menabur budi pada kedua orang tua. Lillahi Ta'ala. Rabbi yassir wala tu'assir Ya Kareem.

Sunday, April 29, 2012

I keep wondering

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful



What do people get from Bersih 3.0?

When people said, the government is corrupted, do they check the account of the government? Do they have reliable sources for making such charge?

I keep wondering until now. *think hard*

p/s : Mungkin para pemikir yang bijaksana ada jawapannya.

Tuesday, April 24, 2012

Doa

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful



Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya, an article that is worth to ponder on.

p/s : I'm blessed with beautiful family members and friends that always pray for me. Syukurlah. :)

Monday, April 23, 2012

Segmen : Jom Kenali Blog Saya

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Saya join segmen lagi. Kali ni, saya join segmen Miss Z. Segmen kenal-kenal blog.

Tekan sini untuk keterangan lanjut

Saya mula menulis blog pada 16 Febuari 2007.
Nama blog saya selalu berubah-ubah, sehinggalah yang terbaru ni, Live and Learn.
Saya memilih Live and Learn sebab it's sounds catchy. (Sebenarnya, dah tak ingat kenapa)

Setakat ini dululah segmen kite.
Tarikh tutup : 25 April 2012, 10 pagi

p/s : Moga Allah kasih. :)

Sunday, April 15, 2012

Rumah sewa - part 2

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Entri ini adalah rentetan daripada pertanyaan mengenai rumah sewa di sini. Alhamdulillah, syukur, saya mempunyai ramai kawan yang baik hati memberi cadangan juga komen-komen sampingan. Semua pun made my day. :)

Taken from Google Image

Antara tip yang saya dapat ialah :

  • Rujuk laman web yang menawarkan khidmat sewa menyewa seperti mudah.my, ibilik dan iproperties (kalo ada lagi, tell me kayh)
  • Untuk pemilihan lokasi rumah, perlu ambil kira kenderaan yang mahu digunakan untuk ke tempat kerja. Contohnya, jika di Kuala Lumpur, preferably cari rumah dekat LRT, senang untuk ke tempat kerja, boleh elakkan kesesakan sekali
  • Kedudukan rumah perlulah dekat dengan kawasan public transport, untuk memudahkan pergerakan
  • Rumah flat lebih murah berbanding jenis rumah yang lain
  • Kad Touch n go ada disediakan untuk LRT dan Putra (part ni masih perlu banyak belajar)
Sudah call satu pemilik rumah sewa, tapi jawapan beliau amatlah tidak memuaskan hati. Misi pencarian rumah sewa diteruskan. Semoga Allah berkati dan permudahkan. :)

p/s : Nak tahu kenapa saya beria-ia sangat update pasal kerja? Nantikan entry saya yang seterusnya (dah rasa macam pengacara televisyen pulak.)
p/s/s : Doakan saya ye kawan-kawan yang baik hati. :)

Friday, April 13, 2012

Ujian

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Ujian yang hebat hanya diberikan kepada orang yang hebat.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang hebat menangani segala ujian hebat daripadaMu.

p/s : Ujian sendiri dirasakan lebih kecil berbanding mereka yang menghadapi ujian yang lebih berat. Syukurlah!

Thursday, April 12, 2012

Diilhamkan olehnya

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Ibu kepada seorang rakan saya telah kembali ke rahmatullah pada 10 April 2012 yang lalu. Beberapa minggu sebelum tu, saya ada diberitahu oleh seorang rakan yang lain keadaan ibunya. Semalam, saya ada membaca blog adik rakan saya yang kehilangan ibu itu. Adiknya ada membuat satu entri di blognya untuk didedikasikan kepada arwah ibu mereka. 

Klik sini untuk membacanya.

Seusai membaca blognya, lencun jugak pipiku. Rakan saya juga telah membuat satu nota di Facebook, khas untuk ibunya juga.

Klik sini untuk membacanya.

Terkesan di hati. Belek-belek hati sendiri, ya Allah lemahnya. Banyaak sangat kekurangan. Banyaak sangat benda yang saya take for granted. Banyaak sangat kelemahan. Banyaak sangat. Sampaikan rasa malu dengan diri sendiri, dengan Yang Esa. Mampu ke nak jadi macam diorang adik beradik. Mengeluh sendirian memikirkan hal diri yang masih jauh dari landasan. 

Ya Rabbi, jadikanlah Naqiah seorang yang mensyukuri nikmatmu. Hidupkanlah aku dalam iman, matikanlah aku dalam iman. Jadikanlah aku orang yang kaya di dunia dan kaya di akhirat. Amin.

Source : iluvislam

p/s : Perlu transformasi diri.

Monday, April 9, 2012

Sticker Comel by CKJ

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Semalam, semalam, Cik Kay Jue aka CKJ sangat bermurah hati ingin menghadiahkan sticker free kepada 10 orang terawal sempena hari lahirnya. Saya bertuah kerana termasuk dalam golongan 10 orang terawal.

Inilah hasil tangan CKJ.


Cantik kan? Kreatif bebenor CKJ ni.
Sticker ni saya nak tukar jadi watermark gambar. Excitednya saya!
Terima kasih CKJ. Kagum dengan beliau, birthday girl bagi hadiah kat orang.

p/s : First time dapat hadiah daripada kawan maya. Terima kasih sekali lagi CKJ. *terharu* :)

Monday, November 28, 2011

1433h



Salam Maal Hijrah 1433H.

Live the moment.
Cherish the present.
Anticipate the future.
Frame the yesteryear.

To live is to learn, and to learn is to live.
Live and Learn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...