Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Saturday, December 15, 2012

Travelogue : Vietnam (Ho Chin Minh)


Assalamu'alaikum kawan-kawan.  Semoga semua berada dalam rahmat Allah. :)

Hari ini, saya mahu ceritakan pengalaman pertama saya melancong ke luar negara (Vietnam).

Selalunya orang akan tanya, "Oh ke Vietnam ke mane?" 

Dan selalunya, orang mengajukan soalan begitu kerana,Vietnam ada dua tempat pelancongan yang berbeza, satu di Ho Chin Minh (HCM) dan satu lagi di Hanoi. Dengar ceritanya, Hanoi mempunyai cuaca 4 musim. Ho Chin Minh sama sahaja cuacanya seperti di Malaysia.

Jadi, trip pertama saya ini adalah ke Ho Chin Minh.

Saya akan bahagikan Travelogue ini kepada 3 bahagian.


  • Bahagian pertama - Details pelancongan saya
  • Bahagian kedua - Aktiviti saya di sana
  • Bahagian ketiga - Tips ke Ho Chin Minh

Hari ini, bahagian pertama lah dulu ye kawan-kawan. :)

Travelling 
Saya ke sana selama 4 hari 3 malam. Menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. HCM awal sejam dari Malaysia, jadi perjalanan ke HCM kita dapat jimatkan sejam dan pulang semula ke tanahair kita rugi sejam. Kami mengambil perkhidmatan kargo 40kg. Khidmat jualan kargo di lapangan terbang juga boleh didapati, namun disarankan untuk book terlebih awal perkhidmatan kargo tersebut.

Tempat yang dilawati
- Sungai Mekong 
- Chu Ci Tunnel
- Ben Thanh Market
yang tak sempat dilawati
- War Museum
- Post Office

Accomodation
Kami menginap di An Tam Hotel. Hotel tiga bintang, servisnya amatlah memuaskan hati.Tambahan pula, kita boleh dapatkan khidmat tourist guide di hotel terus untuk melawat kawasan-kawasan yang popular untuk dilawati. Boleh request untuk tambahan katil,untuk penginap yang ramai.

Meals
Kami makan pagi di hotel. Makan roti, telur masak separuh bersama secawan kopi. Cukup untuk makan pagi. Depan hotel An Tam ada kedai Melayu Champa (Islam) yang menjual makanan pagi sampai malam. Kami membeli bekal nasi di kedai makan tersebut sebelum memulakan perjalanan untuk melawat memandangkan, di tempat yang kami lawati itu, tiada perkhidmatan makanan halal disediakan. Kami makan malam di kedai makan sama, Quin An Halal Champa Muslim dan Vietnam Delight yang berdekatan kawasan hotel kami. 

Attire
T-shirt dan blaus yang bersesuaian dengan cuaca di HCM yang panas,mendung dan hujan seperti Malaysia. Seluar jeans beserta sneakers. Saranan saya, pakailah baju yang betul-betul menutup aurat untuk memudahkan anda solat. Saya juga menyarankan anda bawalah bersama telekung solat, kain sarung, wet tissue dan apa sahaja yang akan memudahkan urusan solat anda. Solat itu wajib walau di mana anda berada. 

Solat
Berada di negara bukan Islam membuatkan nikmat Islam itu dirasakan teramat-amatlah besar. Secara jujurnya, nak solat di HCM teramatlah susah untuk medapatkan tempat yang selesa seperti surau di tempat kita(Malaysia). Bila berada dalam keadaan begini, iman betul-betul tercabar. Syukur sangat-sangat dikurniakan kawan-kawan yang menjaga solat. Solat sahaja di mana-mana yang anda yakin bersih. Sentiasalah alert dan tengok waktu, kerana waktu solat di sana amatlah awal berbanding di tempat kita. Sekiranya kita berjalan dalam satu kumpulan, pastikan kita inform the tourist guide that 'we need to pray', akan ada tourist guide yang faham. Jadi,kita yang kena usaha menjaga nikmat ini sebenarnya.

Banyak hikmah, pengajaran dan pengalaman dapat dicedok daripada perjalanan ini. Syukur Allah berikan peluang untuk turut merasai seperti orang lain. :)

Regards,
anNaqia

9 buah fikiran:

Choki said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Choki said... [Reply to comment]

Wa'alaikumussalam.

1) Never been to Vietnam. Tp teringin gak la. Rezeki x de lg kot.

2) But saya prnh gi Europe masa lawat abg saya kat London awal tahun ni. And ada gak trip ke Paris. Alhamdulillah la ada rezeki..Hehe. Surprisingly, halal restaurants byk kat belah Europe.

3) Saya sgt can relate pasal solat tu. Kat sana mosques are quite limited. Siap ada yg kunci sbb takut org vandalise. But solat penting gak nonetheless. 5 times a day :-)

anNaqia said... [Reply to comment]

Waa, ke london eh choki. Teringin gak nk g london. InsyaAllah. Woo, ade yg nk vandalise mosque? Haish. ><"

saja highlightkn solat kat sini, sbb masa pegi vietnam aritu, ade tny sorang ni, nk solat cane sume, skali dia jwb, 'xtaula, kt dalam blog xde plk cite psl solat' ketuk dahi laju2. Harap, sape yang nak melancong, dpt sikit idea utk solat.

Anonymous said... [Reply to comment]

selamat bercuti...
hurmm best tak ke sana..
maybe next plan cuti2 oversea..manalah tau kan..
salam ziarah sini...

nurains said... [Reply to comment]

bestnya dapat g oversea >.<

Ju Zie said... [Reply to comment]

Naqiah,

Ju Zie said... [Reply to comment]

Bestnye dpt jln vietnam.. Cuba cari psl 'khuf', ruksah berwuduk utk musafir. InsyaAllah lagi lancar nk menunaikan solat. And jgn lupa bawk tikar smyg travel buat dr plastik n kompas kiblat (apps kat ipon pon ada) klo ssh nk cari masjid... Hehe.

Botak said... [Reply to comment]

paling jauh kaki ni jejak singapore dgn siam je., seronok lah boleh terbang jauh., biasanya bab tempat solat ni ok je, mane² pon boleh solat., yg tak oknya waktu dia., kadang² waktu solat boleh terbabas pasal tak tahu..

zeera lily said... [Reply to comment]

dear, jmput join ga hello kitty sy..
leh tambah ramai kenalan.. http://belogzeera.blogspot.com/2013/06/giveaway-by-zeera-lily.html

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...