Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Segmen : Serious Follow Back

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Baru teringat ada berhutang tag dengan Cik Aien untuk join segmen serious follow back.

Sila tekan banner di atas untuk keterangan lanjut 

Apa sebab join?
Truthfully, sebab ditag dan sebagai menjaga hubungan antara blogger.
Lagipun memang join segmen ni tak susah, tapi kadang-kadang bila kemalasan melanda diri, ape pon tak boleh.
Tag sorang eh? Hm~
Nak tag Cik Eyqa Hasnan lah.
(Kalo sempat, buat la eh cik adik~)

p/s : Yang mana saya terlepas pandang tu, minta maaf deh.

Monday, April 23, 2012

Segmen : Jom Kenali Blog Saya

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Saya join segmen lagi. Kali ni, saya join segmen Miss Z. Segmen kenal-kenal blog.

Tekan sini untuk keterangan lanjut

Saya mula menulis blog pada 16 Febuari 2007.
Nama blog saya selalu berubah-ubah, sehinggalah yang terbaru ni, Live and Learn.
Saya memilih Live and Learn sebab it's sounds catchy. (Sebenarnya, dah tak ingat kenapa)

Setakat ini dululah segmen kite.
Tarikh tutup : 25 April 2012, 10 pagi

p/s : Moga Allah kasih. :)

Tuesday, April 10, 2012

Segmen Pka Rahim : Feberet Color :)

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Cik Pecinta Pink telah mengetag saya dalam satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Pka Rahim, jadi mari bersegmen. Kebetulan hari ini saya kekeringan idea untuk menulis di blog kesayangan ni.

Tekan banner ini untuk ke blog Pka Rahim

Jadi merujuk kepada tajuk di atas segmen ini mengkehendaki saya untuk bercerita tentang warna kegemaran. Alkisahnya begini ya pembaca-pembaca.

Semasa masih hingusan dahulu, hamba amatlah meminati warna kuning. Segala-galanya mestilah kuning, kalo tak, mandi tak basah, tidur pun tak lena. Begitu mendalam perasaan cintaku kepada warna kuning. Namun, hari berganti hari, saat berganti minit, muda berganti tua, perasaan pada warna kuning sedikit terjejas dek kehadiran warna pink atau dalam Bahasa Melayu nya warna merah jambu. Mungkin perubahan hormon, menyebabkan diri ini meminati warna merah jambu. Tapi, tuan pembaca jangan salah sangka, hamba masih lagi meminati warna kuning, bak kata pepatah serampang dua mata lah keadaan ku ini. (peribahasa itu boleh diganti dengan sambil menyelam minum air) Begitulah kisah warna kegemaranku.

Haha, dah lama tidak bercanda sebegini. Cukup sampai di sini sesi mengarut saya. Terima kasih Cik Pencinta Pink kerana telah mengetag saya.

Jadi, di kesempatan ini saya mahu mengetag Cik Aisya yang comel lah.

p/s : Kesimpulan kisah di atas, my favourite colors are yellow and pink. Teehee. :P
p/s/s : Sekali sekala bercanda bahasa istana seronok jugak rasanya.

Tuesday, March 27, 2012

Segmen Cik Mun : Dia Pilihanku...Cikgu!

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Lagi satu janji yang ingin dilangsaikan hari ini, iaitu dengan join segmen daripada Cik Mun. Dalam segmen ni, saya perlu bercerita tentang cikgu kegemaran saya.

Banner Segmen Cik Mun

Jadi hari ini, saya ingin bercerita tentang seorang pensyarah yang amat saya gemari, iaitu supervisor Final Year Project saya. (pensyarah pun masuk dalam kelompok guru juga kan Cik Mun? hehe) Meh tengok gambar beliau dulu.

Dr Azmi A.Wahab

Nama beliau seperti dalam caption di atas. Beliau amatlah baik dan sporting. Time masuk lab, mesti dia akan turun. Beri tunjuk ajar. Time kena hantar report, beliau taklah strict sangat. Asalkan hantar, setel keja. Cara beliau, kalo nak jumpa, kena buat appointment dulu. Kalo nak main terjah camtu, memang tak dapatlah. Selalu kalo jumpa beliau, macam-macam ceritalah keluar. Syukur sangat Allah kurniakan beliau jadi supervisor subjek FYP ku. Semoga Allah memberkati hidupnya sekeluarga dunia akhirat. amin~

Sekarang, kita masuk bahagian cikgu kegemaran pulak. Kalo dulu, tersangatlah suka kepada ustazah Bahasa Arab semasa saya di tingkatan tiga. Ustazah Normah. Kenapa saya suka beliau? Sebab beliaulah, saya sangat-sangat mencintai Bahasa Arab. Beliau selalu senyum. Kalo dulu, selepas habis waktu Bahasa Arab, kami akan bersalaman dengan beliau, dan pasti tangannya akan ada bau lotion baby. Wangi banget! hehe. Satu lagi sebab saya suka beliau ialah beliau selalu ada tema warna setiap hari. Maksud saya, kalo hari ini beliau pakai baju merah, jadi kasut dan handbag beliau pasti akan sedondon warna merah. Saya sangat-sangatlah suka tengok beliau berpakaian. Ceria. Belajar pun bersemangat bila melihat ustazah cantik macam beliau! hihi.

Amboi, panjang bebenor cerita saya. Jadi inilah alkisah dia pilihanku.

Terima kasih kepada semua cikgu dan pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa guru dan pensyarah akan saya hargai sampai akhir hayat saya. Terima kasih sekali lagi. :)

p/s : Kalo nak join, sila tekan Banner Segmen Cik Mun di atas. :)

Monday, March 19, 2012

Segmen : Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak-Kanak Kita By Dalila Samsudin

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Join segmen lagi. Kali ini segmen by Cik Dalila Samsudin. Berkongsi kisah zaman kanak-kanak dahulu kala.

Tekan banner di atas untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan

Tujuan segmen:
  • Untuk mengenang kisah kita masa kanak-kanak dulu
  • Untuk menaikkan rasa kasih sayang pada kanak-kanak memandangkan sekarang banyak sangat berita-berita kurang enak yang melibatkan kanak-kanak, seperti kisah adik Nadirah

***************
Flashback...

Masa kecik-kecik dulu, saya teramatlah payah nak menghabiskan satu pinggan nasi. Dulu, tahap selera tersangat-sangat lah rendah. Sampai sekarang masih ingat lagi situasi kat bawah ni.

Mak : Selagi tak habis nasi, selagi tu tak boleh keluar dari dapur.
Saya : (berjurai-jurai air mata sambil suap nasi seciput)

Sekarang, alhamdulillah. Normal sudah tahap selera makan. Berat badan pun sudah naik.


Masa kecik-kecik dulu, punyalah minat sangat warna kuning, sampaikan basikal pun warna kuning. Gambar basikal kuning tu ada kat sini. Teringat lagi masa tingkatan 3, daripada beg sampailah ke liqiud paper semua berwarna kuning. Punyalah fanatik sangat warna kuning. Dulu, memang tak sah, kalo tak beli barang warna kuning. Sekarang, alhamdulillah, pemikiran lebih terbuka dan warna pink lebih diminati.


Masa kecik-kecik dulu, kalo masa cuti sekolah, pasti akan berkampung di rumah nenek. Mulalah merencana macam-macam aktiviti dengan sepupu dan kawan-kawan kampung nenek. Rumah nenek saya dulu tepi kebun getah. Jadi penuhlah biji getah kami kutip. Main laga biji getah. Lagakan dua biji getah, mana yang pecah dulu, dia yang kalah. Seronok betul main laga getah ni.
Permainan laga biji getah


Masa kecik-kecik dulu, saya selalu ikut sepupu memancing ikan kat tali air. Pastu adalah kawan-kawan yang lain mandi manda kat dalam tali air tu. Berbasikal ke tali air melalui jalan kampung, sungguhlah nostalgia. Bila nak menyeberangi jambatan tali air tu, punyalah takut nak berbasikal, takut terjatuh ke dalam tali air. Sebabnya, jambatan tu hanya jambatan pejalan kaki semata-mata.
Keadaan jambatan masa kecik-kecik dulu


Saya rasa, setakat ini dululah sesi mengenang kisah kanak-kanak. Memandangkan kisah kanak-kanak adalah yang paling indah buat saya. Jadi, saya berharap, moga yang dewasa jangan merosakkan kenangan indah kanak-kanak. Jangan jadikan kanak-kanak mangsa nafsu jahat sendiri, kerna mereka pun ingin menjadi kanak-kanak yang boleh meningkat dewasa belajar melalui pengalaman.


p/s : Terpaksa tukar shoutbox sebab ada malware. I don't know if it is bad or not. hehe.

Saturday, March 17, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Buat masa sekarang, tengah semangat nak join segmen. Kali ini, join segmen tambah follower by Cik adik Yaya pule.


Syarat-syaratnya juge senang banget.
Click banner for more details.

Tarikh tutup pada 19 Mac 2012

p/s : Banyak juga faedah dapat kalo kite join segmen-segmen ni. hee~

Segmen : Blog Reviewing by Haruno Hana

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Hari tu, Cik adik Haruno Hana ada invite untuk join first segmen dia. Jadi untuk tidak menghampakan, saya terus join ini segmen. Nasib baik teringat. :)


Click banner kat atas untuk keterangan lanjut. 


Saya tag my lovely friends:

Monday, March 5, 2012

Segmen : Blogwalking + Follow by Syiera

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Another segment that I've joined.
Blogwalking plus follow by Ms.Syiera
I've been tagged by Ms.Hana.

Click this banner to know the details.


Hereby, I tag my beautiful new friends:


p/s : Thank you Hana and thank you my beautiful friends.

Sunday, March 4, 2012

Segmen : Aku Ada Blog

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Entri kedua untuk hari ini. Kali ini, saya join Segmen : Aku Ada Blog yang dianjurkan oleh Cik Ross. Segmen ini diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim antara blogger seantero dunia, sambil-sambil meningkatkan trafik di blog masing-masing.

Klik banner untuk keterangan lanjut.

  • Nama samaran saye ialah anNaqia
  • Nama blog saye ialah Live and Learn
  • Url blog saye ialah  http://annaqia.blogspot.com/
  • Usia blog saye ialah 6 tahun pada 16 Ferbuari yang lepas. :)
Eh lupa pulak. Tarikh tutup ialah pada 13 Mac 2012 tepat pada pukul 11.60 malam.

p/s : Semakin rajin join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger. 

Speed List

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful


Speed list adalah satu medium untuk memudahkan urusan blogwalking anda.
Untuk keterangan lanjut, sila klik di banner atas. :)

Cara untuk menyertai:
  • Jadi pengikut blog Incek Mirul
  • Buat entri yang bertajuk 'Speed List'
  • Tinggalkan entri anda kat blog beliau


Saturday, March 3, 2012

Segmen Jom Tambah Follower by NI

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Kali ini, saya ditag oleh Cik Izni Ismail untuk sertai segmen yang dianjurkan oleh Cik Nadhira Izzati. Jadi, mari kita bersegmen.

Klik banner ini untuk ke blog penganjur
Syarat-syarat penyertaan adalah:

  1. Follow blog Cik Nadhira Izzati 
  2. Letak banner dan linkkan ke blog NI
  3. Tulis entry untuk segmen NI
  4. Komen dan bagi link entry kepada NI
  5. Follow siapa yang menyertai segmen ini
Tarikh tutup : 23 Mac 2012

p/s: Thank you Cik Izni Ismail for tagging me.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...