Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

ana anta anti

Assalamualaikum kawan-kawan!

Bahasa Arab

Sudah lama tinggal Bahasa Arab.
Last, belajar masa tingkatan 3.
Sekarang nak start belajar balik.
Seronoknya!
Mari belajar bersungguh-sungguh. 
:)


Saturday, September 14, 2013

Cuti Hari Malaysia

Assalamualaikum.

Pulang ke rumah sempena cuti Hari Malaysia.

Maaf kawan-kawan yang menjemput ke majlis kahwin, tak dapat hadirkan diri untuk walimah anda semua.

Pertama kali menggunakan khidmat firefly. 

Mobile checkin not available

Selamat Hari Malaysia!
16 September 2013


Friday, September 6, 2013

Doa


Found words of wisdom masa browse through facebook newsfeed.


Doa is not a 'spare wheel' that you pull out when in trouble,
but
it is a 'steering wheel' that directs the right path throughout.


Refleks jom! :)

Regards,

Saturday, December 15, 2012

Travelogue : Vietnam (Ho Chin Minh)


Assalamu'alaikum kawan-kawan.  Semoga semua berada dalam rahmat Allah. :)

Hari ini, saya mahu ceritakan pengalaman pertama saya melancong ke luar negara (Vietnam).

Selalunya orang akan tanya, "Oh ke Vietnam ke mane?" 

Dan selalunya, orang mengajukan soalan begitu kerana,Vietnam ada dua tempat pelancongan yang berbeza, satu di Ho Chin Minh (HCM) dan satu lagi di Hanoi. Dengar ceritanya, Hanoi mempunyai cuaca 4 musim. Ho Chin Minh sama sahaja cuacanya seperti di Malaysia.

Jadi, trip pertama saya ini adalah ke Ho Chin Minh.

Saya akan bahagikan Travelogue ini kepada 3 bahagian.


  • Bahagian pertama - Details pelancongan saya
  • Bahagian kedua - Aktiviti saya di sana
  • Bahagian ketiga - Tips ke Ho Chin Minh

Hari ini, bahagian pertama lah dulu ye kawan-kawan. :)

Travelling 
Saya ke sana selama 4 hari 3 malam. Menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. HCM awal sejam dari Malaysia, jadi perjalanan ke HCM kita dapat jimatkan sejam dan pulang semula ke tanahair kita rugi sejam. Kami mengambil perkhidmatan kargo 40kg. Khidmat jualan kargo di lapangan terbang juga boleh didapati, namun disarankan untuk book terlebih awal perkhidmatan kargo tersebut.

Tempat yang dilawati
- Sungai Mekong 
- Chu Ci Tunnel
- Ben Thanh Market
yang tak sempat dilawati
- War Museum
- Post Office

Accomodation
Kami menginap di An Tam Hotel. Hotel tiga bintang, servisnya amatlah memuaskan hati.Tambahan pula, kita boleh dapatkan khidmat tourist guide di hotel terus untuk melawat kawasan-kawasan yang popular untuk dilawati. Boleh request untuk tambahan katil,untuk penginap yang ramai.

Meals
Kami makan pagi di hotel. Makan roti, telur masak separuh bersama secawan kopi. Cukup untuk makan pagi. Depan hotel An Tam ada kedai Melayu Champa (Islam) yang menjual makanan pagi sampai malam. Kami membeli bekal nasi di kedai makan tersebut sebelum memulakan perjalanan untuk melawat memandangkan, di tempat yang kami lawati itu, tiada perkhidmatan makanan halal disediakan. Kami makan malam di kedai makan sama, Quin An Halal Champa Muslim dan Vietnam Delight yang berdekatan kawasan hotel kami. 

Attire
T-shirt dan blaus yang bersesuaian dengan cuaca di HCM yang panas,mendung dan hujan seperti Malaysia. Seluar jeans beserta sneakers. Saranan saya, pakailah baju yang betul-betul menutup aurat untuk memudahkan anda solat. Saya juga menyarankan anda bawalah bersama telekung solat, kain sarung, wet tissue dan apa sahaja yang akan memudahkan urusan solat anda. Solat itu wajib walau di mana anda berada. 

Solat
Berada di negara bukan Islam membuatkan nikmat Islam itu dirasakan teramat-amatlah besar. Secara jujurnya, nak solat di HCM teramatlah susah untuk medapatkan tempat yang selesa seperti surau di tempat kita(Malaysia). Bila berada dalam keadaan begini, iman betul-betul tercabar. Syukur sangat-sangat dikurniakan kawan-kawan yang menjaga solat. Solat sahaja di mana-mana yang anda yakin bersih. Sentiasalah alert dan tengok waktu, kerana waktu solat di sana amatlah awal berbanding di tempat kita. Sekiranya kita berjalan dalam satu kumpulan, pastikan kita inform the tourist guide that 'we need to pray', akan ada tourist guide yang faham. Jadi,kita yang kena usaha menjaga nikmat ini sebenarnya.

Banyak hikmah, pengajaran dan pengalaman dapat dicedok daripada perjalanan ini. Syukur Allah berikan peluang untuk turut merasai seperti orang lain. :)

Regards,
anNaqia

Tuesday, December 4, 2012

Nelayan laut dalam

Assalamu'alaikum semua.

Saya kembali setelah lama menyepi. Harap semua sihat lah ye.

Banyak pengalaman yang nak diceritakan kat sini.Nak berkongsi dengan semua.

Sminggu yang lepas, saya berpeluang ke laut (baca: offshore) selama 5 hari naik platform. It was great experience.

Kami berkumpul di jeti seawal jam 5.30 pagi. Kami perlu naik bot untuk ke platform di tengah-tengah lautan. Perjalanan mengambil masa approximately 3 hours.

Since it is my first time, I need to consume seasick pill. Once eaten, you will doze off for 2 hours.

Once arrived at the platform, we need to swing from boat to the platform using the swinging rope. It is very challenging during rough tides, since you need to have good timing to swing or jump from the boat to the platform.

It was like a big aquarium with various types of fish beneath the platform. It is so cool looking at the fishes swimming happily by just follow the flow of the current.

I learnt a lot from this site visit. Alhamdulillah. ;)

Being on the platform makes me love my job. It gave clearer picture on my job. I love my job. May Allah bless my job and others.

Since the living quarters at the platform were fully occupied, we need to do daily trip from jetty to platform. We finished our job at 5 pm and arrived at the jetty at 8pm.

Begitulah kehidupan sehari-hari orang yang bekerja di laut.

Syukur diberi peluang untuk bekerja. :)

P/s : Maafkan saya kerana merojakkan karangan di atas. Sekadar berkongsi rasa dan cerita. :)

Regards,
anNaqia

Friday, October 19, 2012

Jumaat yang indah

Salam Jumaat beautiful people!

Hari ini saya sampai pejabat awal. Yeay! I feel good.
Sampai awal di pejabat adalah satu perkara yang menyenangkan hati.

Mari berkahfi. :)

May Allah ease my heart with all of the things that happened.

Thursday, September 27, 2012

Harga, menghargai.


  Assalamualaikum.
   Sudah lama tak mencoret kat sini.
  Bulan Ogos last update.
  Kehidupan seperti biasa.
  Mari hargai setiap detik kehidupan kita. ;)

Kehidupan training sepanjang minggu 















Regards,
Annaqia.

Wednesday, August 29, 2012

Sijil

Perihal sijil.

Alhamdulillah.

Sijil ini sudah ada.
Konvokasi


Sijil yang bawah ni pun sudah ada.


Sijil je br ada.
Calonnye belum kunjung tiba.
Mari bertenang.
haha.

p/s: Janganlah lagha. huu.

Regards,
Naqiah

Wednesday, August 15, 2012

kesyukuran pada malam hari

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

syukur masih berada di dalam bulan Ramadan penuh berkat ni.
masih beberapa hari bersisa, kumohon padaMu ya Allah,

berikanlah kegembiraan abadi kepada kedua ibu bapaku.
lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungiku.
Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku.
hanya padaMu aku bermohon.
curahkan segala kebaikan dalam hidup mereka.
semoga mereka bahagia dunia akhirat.
amin ya Rabbal Alamin.


malam ni tiba-tiba teringatkan kisah lalu,
waktu habis paper exam yang paling last, 
aku dan mak sama-sama menangis meraikan kelegaan yang teramat tanda selesai belajar.
waktu konvokesyen pulak, mak and abah dua-dua bermata merah lepas upacara graduasi, tanda kegembiraan anaknya sudah selamat diijazahkan.
waktu betul-betul confirm dapat masuk keja, skali lagi mak and abah bermata merah. tanda kelegaan yang amat anaknya yang sudah selamat masuk kerja yang lama ditunggu-tunggu.
betapa susahnya kehidupan nk mencapai satu-satu impian.

bersyukurnya ya Allah,
banyak hikmah yang dihitung-hitung sehingga hari ini.
moga kami terus menjadi orang yang selalu bersyukur padamu.
lindungilah tulang belakangku dunia dan akhirat.

sekadar perkongsian, moga kita tidak lupa jasa-jasa mereka.

jauh sudut hati, berharap sangat-sangat moga Allah kurniakan suami yang dapat sama-sama berbakti secara double kepada ibu bapa masing-masing.

moga Allah merahmati kehidupan kita dunia akhirat. amiiiin.

Saturday, June 16, 2012

What do I capture #2

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Nasi bujang je.
My lunch for today.

p/s : Practice makes perfect. Yatta! 

Pepohonan rimbun

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alangkah gembiranya rasa hati
jikalau dapat melepaskan lelah
sekembalinya dari tempat kerja
di gazebo yang dikelilingi pepohonan rimbun
sambil menikmati angin petang sepoi-sepoi bahasa.

Ditambah dengan jeritan keriangan
Sekumpulan si kecil
bermain baling selipar
Tidak endah dengan kondisi kaki
yang dikotori debu-debu pasir tanah.

Melihat pepohonan rimbun 
ikut beralun mengikut rentak 
angin sepoi-sepoi bahasa
Ke kiri ke kanan,
Tanda zikir makhluk pada Yang Esa.

p/s : In remembrance of Allah your heart will find peace - [13:28]

Thursday, June 14, 2012

What do I capture #1

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Assalamualaikum friends. How's your day? Semoga semua berada dalam lindungan Allah swt. :)

Since, I couldn't spend much time to blog, so I came up with a new segment in my blog, 'What do I capture'. (ala-ala rancangan tibi gitu). More or less like picture story telling. :P

Let's gone!

Mitsubishi electric car
Comel kan kawan-kawan?


Beautiful lady
I'm not familiar with the musical instrument. Any idea friends?


Bvlgari
In the classical Latin alphabet, V is equal to English U. So, pronounce it Bulgari. (Source: Ms. Wiki)



World Gas Conference
Heavy traffic.


The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam. :P
'I love chicken rice.' It reminds me of my abah. :)


p/s : Workload semakin bertambah. 

Tuesday, June 12, 2012

Bunch of people

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful 

Walking through the bunch of people
Some souls chasing after time
Some souls asking for directions
Some souls persuading their kids.

It hypnotize me.

Looking at the bunch of the people
Some souls heading back to their home
Some souls gazing at the beautiful mannequin
Some souls adjusting their camera lens.

Beautiful creatures.

Seeing bunch of people's life
Makes me looked back at my story-line
I feel blessed with all the things happened
Because He knows the best
Alhamdulillah.


Inspired while waiting for my uncle.

p/s : Moga Allah berkati hidup kita dunia akhirat. :)

Monday, June 4, 2012

Prince Charming #4

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Moga Allah pertemukan dengan orang yang betul, pada masa yang betul, pada tempat yang betul.
Permudahkanlah Ya Rabbi.

Saturday, May 26, 2012

M.Eng : Minggu pertama

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Minggu pertama sudah berlalu. Mari menerjah gambar.

Surau satu.


Surau dua.


Sedap gambar satu.


Sedap gambar dua.

Sedap gambar tiga.


Gambar-gambar sedap di atas adalah Japanese crepe strawberry. First time makan. Sedap banget! Boleh lah cuba. Boleh didapati di Isetan KLCC. :)


p/s : Got the first pay. alhamdulillah. :)

Saturday, May 19, 2012

Permulaan kerja

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, permulaan kerja saya berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekalutan yang tak dapat dielakkan. Hari pertama saya, bateri handphone habis. Hari kedua saya, bateri handphone full tapi tertinggal kat rumah la pulak. Hari ketiga baru saya mendapat rentak yang baik. Semua alhamdulillah, terkawal. Moga Allah berkati hari-hari yang seterusnya. amin~

Hari pertama

Hari ketiga

Antara gambar yang di'snap' ketika berwaktu lapang.

Kasut konvo cum kasut kerja
Meja tempat saya mencari rezeki.

My cubicle
Tak perlu ke Thailand

Chakri Palace


Pulangku senja




p/s : Moga hari-hari mendatang lebih baik. :)


Friday, May 18, 2012

Prince Charming #3

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Talk with SimSimi
p/s : Hello weekend. :)

A boutique owner

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

One day, I wish to have a boutique with my name as the brand. amin~~
(Oh my english!)

p/s : Lot's of stories to share. Lot's of comments need to reply. Will do, this weekend. :)

Wednesday, May 9, 2012

Induksi

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Allah berikan kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas oksigen percuma. Hari ini, masuk hari kelapan saya berinduksi.

Banyak input yang dapat daripada induksi ini, untuk persediaan sebelum masuk kerja. Seronok jugaklah. Makan sedap, tidur lena, pergi ke kelas sama macam zaman universiti dulu.

Syukur Allah berikan rezeki yang melimpah ruah. Selepas melalui fasa-fasa kesusahan yang amat sebelum ini. Moga Allah terus menerus memberikan hati yang sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Induksi 14 hari

p/s : Terima kasih kepada yang melawat blog saya. Ada masa nanti saya lawat blog awak balik kayh.
p/s/s : Curi masa untuk update sikit-sikit. Hee. :)

Monday, April 30, 2012

Fasa seterusnya

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Sekejap lagi saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk memulakan pekerjaan di sana.

Berkemungkinan besar, blog ini akan jarang di'update dan saya akan jarang berblogwalking. Mungkin tidak sekerap seperti selalu. Tapi, jangan risau, kalau anda meninggalkan jejak di blog saya, insyaAllah, saya akan lawat blog anda semula. :)

Agak lama saya menunggu panggilan untuk masuk kerja, dan alhamdulillah, Allah sebaik-baik Perancang, saya akan mula kerja pada bulan depan which is lusa.

Saya berharap, moga Allah melindungi dan merahmati perjalanan hidup saya yang seterusnya ini. Fasa baru dalam kehidupan, insyaAllah, moga Allah permudahkan.

Macam-macam perasaan ada. Bercampur baur. Cuma tak dapat nak explain dengan penulisan.

Doakan kehidupan saya untuk fasa seterusnya ini deh rakan-rakan yang membaca. Moga Allah merahmati kalian.

p/s : Niat berhijrah untuk mencari rezeki halal semoga dapat menabur budi pada kedua orang tua. Lillahi Ta'ala. Rabbi yassir wala tu'assir Ya Kareem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...