Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Melancong ke Legoland, Johor, Malaysia

Assalamualaikum semua!

Mood rajin melanda sejak dua menjak ni.
Kita layankan aja ya. :)

September yang lalu, aku berpeluang untuk ke Legoland.

Aku menginap di Hotel Jen di Nusajaya Johor, lebih kurang 15 minit dari Legoland.

Katilnya.

Ruang depan katil

Pintu depan dan almari


Bilik Air

Pemandangan di belakang Hotel Jen

Di Legoland, ada dua seksyen. Water Park dan Park kering.
Masa tu, kami dinasihatkan untuk ke park kering dulu baru ke water park, kerana faktor cuaca. Berikut beberapa gambar masa di Legoland tempoh hari.

Digalakkan membawa payung, memandangkan di sana, cuaca sangat panas.
Banyakkan minum air kosong juga ya.

Boating School, permainan pertama yang kami main.

Main-main bot di Boating School.



Main-main tembak di Pharaoh's Revenge




Cuba bezakan tiga gambar di atas. Permainan di atas ialah Project X.
Four seater punya roller coaster. Seronok!

Akhir sekali kami ke Legoland Water Park.


Untuk pengetahuan semua, ada 75 permainan yang boleh  anda cuba. Sila ke website Legoland untuk keterangan lanjut.

Semoga sedikit maklumat di atas dapat memberikan manfaat untuk anda.

p/s: It is recommended to go there (Legoland)!

Saturday, November 28, 2015

Cadangan Planner 2016

Assalamualaikum pembaca semua.

Kita kini semakin menghampiri akhir tahun 2015.
Nampaknya saya hanya mengemaskini blog 2 kali sahaja setakat tahun 2015.
Target tahun 2016 untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sebulan sekali.
InsyaAllah. Semoga umur panjang dan diberkati Allah hendaknya.

Jadi, menjelang tahun 2016 ini, saya ingin berkongsi planner apa yang saya akan gunakan sepanjang tahun 2016 nanti.

Luxe Planner saiz A5 harganya RM15.60
Luxe pocket diary harganya RM5.10
Saya beli di Kinokuniya.

Isi dalam Luxe pocket diary.
Hasratnya nak dijadikan Daily Expense Book.

Isi dalam Luxe planner A5
Untuk planning for a month.

p/s: What is your 2016 planner looks like?

Monday, May 25, 2015

Travelog: Sabah Trip 2015

Assalamualaikum bloggers!

Hari buruh yang lalu, saya berkesempatan ke Sabah Negeri Bawah Bayu. Butir-butir lanjut saya ringkaskan dalam bentuk nombor seperti berikut:

KKIA - Kundasang - Poring Hot Spring - Kg. Luanti - Rumah Terbalik - Kota Kinabalu - Pasar Tamu - Island Hoping (Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik)


Kami tinggal di Mile 36 Lodge. Kundasang sangat sejuk!
Kami singgah beli sayur di Pekan Kundasang. Kami ke Desa Dairy Farm. Minum susu lembu dan ambil gambar.

Kaki Gunung Kinabalu


Tiket masuk


Pagi-pagi lembu takde lagi
Kami ke Ladang Teh. Beli teh sabah yang sedap dan harga di sini sangat murah berbanding di Kota Kinabalu.

Di Sabah Tea Garden
Seterusnya kami ke Kg Luanti untuk fish massage. Ikan sebesar lengan. Kami masuk ikut nombor. Natural fish massage.



Tiket masuk Tagal Sg. Moroli


Fish Massage. Ikan sebesar lengan!
Dari gunung, kami turun ke Kota Kinabalu, sebelum ke bandar, kami singgah di Rumah Terbalik. Sangat-sangat menarik perhatian macam mana teknologi melekat barang melawan graviti.

Tiket Masuk Rumah Terbalik

Rumah terbalik bha!


Signboard Rumah Terbalik

Di Kota Kinabalu, kami tinggal di Promenade Apartment. Malam aktiviti nya shopping di Pasar Tamu/Philipines. Beli amplang, keropok angry bird dan sewaktu dengannya.

Keesokan harinya, kami ke pulau. Island hoping dari Pulau Sapi ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Di Pulau Sapi kami melakukan sea walking. Sekejap tapi sangat bermakna. Bermain dengan Nemo. :)


Baru sampai Pulau Sapi


Pulau Manukan



Pulau tak ingat yang mana satu.


Di sini sahaja kisah simple saya. Semoga berjumpa lagi. :)


Love,

Sunday, May 10, 2015

May 2015

Dear Blogwalkers and Bloggers,

This is my first post for 2015. *clapclap*

Almost half of the year, I just realised that I've not been here for quite SOME time.

Forgot the password pun. Luckily, tak banyak makan semut. ;)

Sabah Island Hoping 2 - 5 May 2015

Happy 2015! 
(walaupun da terlalu lambat)
Cherish every moment and every person in your life!


Love,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...