Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Ramadhan, Syawal

Ramadhan sudah berlalu. Syawal menjelma kini.

Kisah Ramadhan,
First time berpuasa sebagai pekerja.
First time puasa tanpa ada sumber makanan senang didapati.
Jika dulu, ada cafe universiti, kalo malas nak ke bazar.
Sekarang sumber makanan senang adalah hanya dengan memasak.
Makanan kat bazar tidak sesedap bazar di universiti dulu.
First time juge puasa tiada geng untuk berterawih.
Hasilnya, tiap-tiap malam akan berterawih sendiri di rumah.
Moga Allah menerima secebis amalan kite di bulan Ramadhan lepas. Amin~~

Tomyam cubaan pertama saya


Asam pedas ikan tenggiri pertama saya

Hasil tiada cafe.

Syawal.
Macam biasa, adik beradik berkumpul semua.
Kali ni, saya belajar baking kek.
Yang paling saya ingat, kne masak spagetti bolognese untuk tetamu, iaitu kawan lama mak.
Oh, ini pun first time masak untuk tetamu. Nasib baik habis jugak spagetti tu.
Sedap ke tak, wallahua'lam. hahah.
Syawal kali ini tiada konvoi beraya ramai-ramai, disebabkan undangan walimah teramat banyak.
Moga Allah berkati setiap pasangan yang berkahwin.

Esok sudah isnin, hari memulakan kerja. Rasa sangat sekejap minggu raya. Dah kena bertugas kembali.
Mari mengumpul tenaga untuk bekerja lillahi Ta'ala.

Regards,
Naqiah





Wednesday, August 15, 2012

kesyukuran pada malam hari

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

syukur masih berada di dalam bulan Ramadan penuh berkat ni.
masih beberapa hari bersisa, kumohon padaMu ya Allah,

berikanlah kegembiraan abadi kepada kedua ibu bapaku.
lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungiku.
Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku.
hanya padaMu aku bermohon.
curahkan segala kebaikan dalam hidup mereka.
semoga mereka bahagia dunia akhirat.
amin ya Rabbal Alamin.


malam ni tiba-tiba teringatkan kisah lalu,
waktu habis paper exam yang paling last, 
aku dan mak sama-sama menangis meraikan kelegaan yang teramat tanda selesai belajar.
waktu konvokesyen pulak, mak and abah dua-dua bermata merah lepas upacara graduasi, tanda kegembiraan anaknya sudah selamat diijazahkan.
waktu betul-betul confirm dapat masuk keja, skali lagi mak and abah bermata merah. tanda kelegaan yang amat anaknya yang sudah selamat masuk kerja yang lama ditunggu-tunggu.
betapa susahnya kehidupan nk mencapai satu-satu impian.

bersyukurnya ya Allah,
banyak hikmah yang dihitung-hitung sehingga hari ini.
moga kami terus menjadi orang yang selalu bersyukur padamu.
lindungilah tulang belakangku dunia dan akhirat.

sekadar perkongsian, moga kita tidak lupa jasa-jasa mereka.

jauh sudut hati, berharap sangat-sangat moga Allah kurniakan suami yang dapat sama-sama berbakti secara double kepada ibu bapa masing-masing.

moga Allah merahmati kehidupan kita dunia akhirat. amiiiin.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem 1432H

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

1 Ramadhan 1432H

Selamat Meraikan Ramadhan Kareem!

Mari manfaatkan Ramadhan kali ini dengan bijak.
Buang yang keruh,
Ambil yang jernih.
Cuci yang kotor.
Mari berusaha untuk berubah jadi lebih soleh dan solehah.
^___^

banyak SANGAT perangai buruk dihimpun dalam kehidupan.
Moga Allah beri hidayah dan kekuatan untuk berubah.
Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...