Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label tambah ilmu. Show all posts
Showing posts with label tambah ilmu. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

ana anta anti

Assalamualaikum kawan-kawan!

Bahasa Arab

Sudah lama tinggal Bahasa Arab.
Last, belajar masa tingkatan 3.
Sekarang nak start belajar balik.
Seronoknya!
Mari belajar bersungguh-sungguh. 
:)


Monday, April 18, 2011

solat sunat rawatib

Assalamu'alaikum.

Minggu test bakal menjelma. Tapi tadi ada dengar ceramah kat Ikim. Tajuk yang menarik, yang aku excited nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua. :)

Okey, hari ini, mari berbicara tentang Solat sunat rawatib. Aku tulis ni, berdasarkan apa yang aku dengar dan salin. Jadi mungkin tak lengkap, tak betul, oleh sebab itu, please feel free, untuk rujuk pada yang lebih pakar yep.

Solat sunat rawatib ni, solat sunat yang tetap waktunya. Maksudnya, solat yang ada selepas dan sebelum solat fardhu. Contohnya, kalo solat sunat sebelum subuh, hanya ada sebelum solat subuh je. Kalo dah masuk waktu zohor, ada solat sunat sebelum zohor pulak.

Solat sunat rawatib banyak hikmahnya. Solat sunat rawatib ni dijadikan untuk menampal kekurangan solat fardhu. Jika kita tidak melakukannya, luputlah kita dari fadhilat besar yang dijanjikanNya. Kalo difikirkan, solat fardhu kita pun, taklah sempurna sangat kan? Allah dah sediakan jalan untuk kita menampal lompong-lompong solat kita. Betapa sayangnya Allah pada hambaNya kan?

Semasa dalam ceramah ni, ada soalan diajukan.
"Ada yang mengatakan, orang yang belum menghabiskan qadha solat fardhu, tidak dibenarkan ke atasnya untuk solat sunat. Tiada guna solat sunat, kalo qadha solat fardhu pun tak habis lagi,"

Jadi ustaz tersebut menjawab:
"Dari kalam para ulama' ada dua pandangan
  1. Pandangan pertama, dibolehkan solat sunat, tapi hanya untuk solat sunat mengikut musim dan masa, contohnya solat sunat tarawikh, solat sunat rawatib. Tidak digalakkan untuk solat sunat mutlak yang tidak terikat pada waktu (yang ni, ustaz tak bagi contoh pulak)
  2. Pandangan kedua, bagi sesiapa yang tak sengaja tinggalkan solat, cukuplah hanya dengan taubat nasuha.
Namun, bagi kedua-dua pandangan tersebut, pandangan pertama adalah lebih aula (diutamakan)".

Bersambung lagi ceramah.

Solat sunat rawatib ada dua:
  1. Mu'akkad : yang katanya ustaz, solat sunat rawatib yang Nabi saw tidak pernah tinggal dan dibolehkan qadha'.
Ada mengatakan 10 raka'at, ada yang mengatakan 12 raka'at.
  • 2 raka'at sebelum subuh
  • 2 raka'at sebelum zohor / 4 raka'at sebelum zohor (dilakukan sama ada, dalam 2 tahiyat atau dalam 1 tahiyat)
  • 2 raka'at selepas solat zohor
  • 2 raka'at selepas solat jumaat
  • 2 raka'at selepas solat maghrib
  • 2 raka'at selepas solat isya'
2. Ghairu mu'akkad : yang Nabi saw jarang lakukan dan tidak digalakkan untuk qadha'
  • 4 raka'at sebelum solat zohor
  • 4 raka'at selepas solat zohor
  • 4 raka'at sebelum solat asar
  • yang selebihnya tak tersalin. (hoho. boleh tanya pada yang pakar yep)
Diriwayatkan imam Muslim, akan dibina sebuah mahligai di syurga, bagi yang melazimi solat sunat rawatib ini.

Ada kisah pada zaman Nabi saw, Rabi'ah bin Ka'ab menyediakan air untuk Nabi saw wudhuk pada waktu solat malam. Ditanyakan Nabi saw, "apakah balasan yang kamu mahu", jawab Rabi'ah, aku mahu berada di sampingmu di syurga kelak. Banyak kali Nabi saw ulang soalan sama, namun jawapan sama yang diberikan. Maka Nabi saw menjawab, "Banyakkanlah sujud pada Allah swt."

Jadi apalagi kawan-kawan, tak mahukah bersama dengan baginda di syurga? Huhu. Aku mahu yang amat!

Mari berusaha! Untuk cemerlang dunia pun kita usaha, untuk cemerlang akhirat pun kita usaha. Barulah seimbang kita dunia akhirat. Tak gitu?

Niat, qabliah untuk sebelum, ba'diah untuk selepas. Menurut ustaz, untuk memudahkan, solat sunat subuh dan asar, tiada qabliah dan ba'diah sebab dua-dua solat tu, hanya ada sebelum sahaja. Niatnya, 'sahaja aku solat sunat subuh kerana Allah Ta'ala' dan 'sahaja aku solat sunat asar kerana Allah Ta'ala'. Yang selain tu, ade qabliah dan ba'diah. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah bertanya pada yang pakar sekalik lagi yep.

Selesai sudah sesi berbicara tentang solat sunat rawatib. Aku akui, aku pun tak amalkan sangat solat sunat rawatib ni. Kalo kita mengamalkan solat sunat rawatib ni, makanya, solat kita di awal waktulah, kalo diikut kelogikannya. Mari kita beramal dengan solat sunat rawatib. Jom jaga solat sekali. :)



sumber : gugel


Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahua'lam.

Saturday, April 2, 2011

persiapan.

Assalamu'alaikum!

Hari ini nak berbicara sedikit tentang persiapan. Persiapan tu persediaanlah ye kawan-kawan. Ataupun mempersiapkan diri. Dalam kehidupan kini, segala benda nak buat perlu ada persiapan. Meh nak bagi contoh-contoh persiapan dalam kehidupan.

Makan, minum, urusdiri



Nak makan, persiapannya, kena masak dulu. Nak masak pun kena siapkan ingredients dulu. Kena basuh tangan dulu. Minum pun sama, kalo ade air dalam jag, kena tuang dalam cawan dulu, baru boleh minum. Kalo tengah berdiri, kena duduk dulu. Tak susah, kalo dah jadi tabiat, kalo yang mula-mula nak mula tu je la yang rasa sulit amat.

Belajar atau study
Nak study pun sama. Nak study subjek energy (contoh saje lah), kena bukak lecture notes energy dulu, amek pensil, pen, higlighter. Kalo yang jenis suka dengar lagu, kena bukak mp3 dulu. Betulkan papan punggung kat atas kerusi, dah selesai bersedia, barulah boleh study dengan aman. Kalo dah nak dekat final exam, lagilah kita bersiap untuk memastikan kita dapat jawab soalan final exam. Jaduallah, stationarieslah, tak main hujanlah, vitaminlah, kurangkan time berfacebooklah. Tak gitu kawan-kawan?

Solat

Bab solat pun samalah kan? Nak solat, kena bersiap ambil wuduk dulu. Kalo yang jenis angin banyak, dua tiga kalilah amek wuduk. Kalo yang perempuan, kena pakai kain telekung dulu, baru boleh solat. Dah selesai bab persiapan fizikal, persiapan rohani pun perlu. Istighfar dulu, niat dulu, betulkan dulu perkara-perkara kat hati, barulah solat. Tapi dah tak susah, kalo sudah jadi tabiat kan?

-------Adoyai, apelah nasib. Katrij gilo. Katrij gilo. Aaaaaaaaaaa. I dunlike!---------

Iklan sekejap. I 'sukelah' kalo printer I wat hal. Rasa mendidih je darah. #___#
Okeh, selesai membebel.


Kerja
Nak kerja pun kena ada persiapan. Sebelum nak dihire tu, kena interview dulu. Bila dah jadi staff, ade training plak, untuk mempersiapkan staff supaya dapat bekerja dengan cemerlang. Even nak cuti pun, kena perlu plan awal-awal (persiapan jugak). Nanti susah nak cutilah, cuti terhad lah. Macam-macam kesah lagilah. Mental pun kena bersiap, amanah fatonah semua dalam kerja semua.

Kahwin


Sebenarnya, nak cakap, aku beli buku ni tadi. ngeh~

Bab kahwin pun perlu jugak bersiap. Bukan bersiap time nak sanding, akad nikah bagai tu je. Tapi, perlu bersiaplah, rohani sekali. Nanti nak jadi ibu atau ayah pulak. Macam mana nak ajar anak, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak ajar isteri, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak dapat suami yang baik, kalo kita sendiri pun yang gelong kan?

Mati
Eh, lepas kahwin, ade lagi. Mati. Dah bersediakah kita? Dah cukup persiapan dah ke kita? Setiap manusia tidak akan terlepas daripada mati. Tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau satu saat pun waktu mati. Lepas mati, kena kafankan masuk dalam liang lahad. Dah kena lalui, alam kubur pulak, time nilah interview paling penting berlaku. Kalo jawab dengan baik, insyaAllah, husnul khatimah (pengakhiran yang baik) lah kita. Kalo tak dapat jawab, (naudzubillah) tak tenang sampai kat padang mahsyar lah kita. Bila dah setel kat alam kubur, kat padang mahsyar pulak. Mahkamah Yang Esa. Tiada siapa dapat membantu, melainkan amalan kita kat dunia ni je. Kiranya dapat menerima kitab amalan di tangan kanan, bahagialah kita selama-lamanya. Indahnya taman firdausi, tak terbayang di mata, tak terjangkau di hati, kurniaan yang abadi.

Mari muhasabah. Mungkin ada yang tengah bermasalah. FYPlah, belajarlah, hatilah, duitlah, segala perkara yang tak menenangkan hatilah. Mari mempositifkan masalah. Inilah masa kita, mengaut segala peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jangan kata kamu bertaqwa sehinggalah kamu diuji. Moga ujian yang ada, menjadi persiapan kepada kita untuk kembali ke kampung halaman kita yang kekal abadi kelak (syurga yang abadi) sekaligus mendapat redhaNya dunia akhirat.

Yakinlah, Allah itu ada dekat.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." - Qaf : 16

Kesimpulan, mari menyiapkan diri. :)

Sunday, February 20, 2011

hadith 4

"Menulis blog ni, biarlah isinya memberi kebaikan kepada pembaca," - Puan Yasmin Sidik

Hm, pengajaran daripada ayat di atas. Tulislah sesuatu yang memberi ilmu kepada si pembaca. Tak banyak pun, janji ada jugak selitan-selitan ilmu di dalam setiap post.

Okey, hari ni, nak menulis tentang Hadith ke 4 dari hadith 40 karangan Iman Nawawi. Hari tu dah tulis pasal Hadith 25, boleh baca kat sini.

Ini sekadar perkongsian yang dapat daripada belajar tadi.

Maksud Hadith 4
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim



Tiga pengajaran yang boleh diserap masuk ke dalam otak dan hati iaitu:

1- Kejadian manusia yang berperingkat-peringkat

  • 40 hari pertama - Berupa mani (nutfah)
  • 40 hari kedua - Berupa darah ('alaqah)
  • 40 hari ketiga - Berupa daging (Mudhghah)
  • dan seterusnya membentuk tulang dan ditiupkan ruh
Hadith ini disokong dengan ayat di bawah ini,

"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya... "
[Al-Hajj : 5]

Hikmah dijadikan kejadian manusia berperingkat-peringkat (walaupun Allah mampu untuk jadikan manusia dengan sekali sebut sahaja), adalah untuk mengurangkan beban ibu yang mengandung. Kalo lah, baby dalam perut tu terus membesar dalam satu hari, agak culture shock jugaklah si ibu kan? Daripada penciptaan ni, membuatkan manusia berfikir, betapa hebatnya kekuasaan Allah. Pernah terfikir tak camne kejadian manusia ni? Haa, silalah cari video kat youtube.

2- Ditulis empat ketentuan semasa kita dalam kandungan lagi
iaitu:
  • Rezeki
  • Ajal
  • Amalan
  • Nasib samada menjadi seorang yang susah ataupun senang
Hidup setiap manusia ni, telah Allah tentukan empat perkara ni sejak dalam kandungan lagi. Maknanya, Allah dah tetapkan semuanya untuk kita. Kita sebagai hambaNya kena redha dengan ketetapanNya.

3 - Amalan terakhir manusia menentukan nasibnya yang kekal abadi di akhirat

Ada satu kisah pada zaman sahabat dulu, ada dua orang adik beradik (maaflah, tak tau pulak nama mereka). Seorang alim ulama manakala seorang lagi suka buat maksiat. Pada suatu hari, yang alim ulama ini terdetik untuk membuat jahat, kerana dia merasakan sudah lama beramal ibadah. Dia pun pergilah ke tempat macam disko sekarang, ditakdirkan Allah, dia meninggal. Maka, disebabkan kesudahannya di disko, dia ditempatkan di neraka. Manakala, yang seorang lagi yang suka buat maksiat tu, terdetik untuk berubah menjadi baik. Maka dia pun pergilah ke masjid, ditakdirkan Allah, dia pun mati di masjid. Maka dengan kesudahan hidupnya di masjid, syurgalah tempatnya. Jadi tengok kesudahan kedua-dua manusia ini. Berbeza kan?

Takkanlah, kita nak kesudahan hidup kita berakhir di disko kan? Moga-moga hidup kite ni berakhir dengan husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Bak kata naqibahku, "InsyaAllah semua orang Islam akan masuk syurga, namun bezanya lambat atau cepat je. Kalo lambat tu, maknanya kita masuk neraka dulu, pastu barulah ke syurga. Kalo boleh, kita nak lalu jalan senanglah untuk pulang ke kampung halaman kita (iaitu akhirat yang kekal abadi) berakhir dengan syurga."

Wallahu'alam. Kalo ade yang salah silalah tegur ye. :)

Wednesday, January 12, 2011

kisah hospital

assalamualaikum!^^

Tengahari tadi ke hospital, amek darah untuk appointment pada 19hb nanti. Setiap kali nak date ngan doktor, memang kena amek darah dulu 2 minggu sebelumnya. Tapi biaselah, aku selalu lupa bab-bab amek darah ni. Hari ni pun naseb baek da balik UTP, kalo tak, jumpa doktor tanpa amek darah dulu. Memang kenal bebel dulu ngan doktor dua tiga ayat.

Selalunya, akan ada tiga tubes untuk darah tu, nak check Full Blood Count (FBC), Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) dan yang lain dah lupa. ESR ngan FBC je yang ingat.

ESR ni untuk measures how much inflammation in the body. It is useful in detecting tuberculosis, tissue death and autoimmune disorders. And for my case, it is related to autoimmune disorders. I had posted about autoimmune disorders before this in this blog, but couldn't find it. Please ask a favor from Mr google if you insist to know about autoimmune disorders. haha. There is certain calculation in determining the ESR, the rate of ESR will be higher due to anemia (salah satu sebab la). Harap-harap rate ESR aku tak tinggi. amin~

FBC pulak, untuk determine general health status and to screen for a variety of disorders such as anemia, inflammation nutritional status and exposure to toxic substances. FBC ni as a part of medical examination but sometimes as determined by the doctor. As in my case, it is determined by the doctor. (heh, memandai je, tak sure lah betul ke tak) Banyak test yang related to FBC ni, ada Red blood cell Count (RBC), White blood cell count, platelet count dan macam-macam count lagilah.

Maklumat di atas tu, aku gugel. Kalo nak bace lebih lagi, silalah gugel. Itu serba sedikit cerita tambah ilmu, ni nak cite pasal kejadian amek darah tadi plak. heh~

mak cik nurse : Adik ni sakit ape?
nona : Sakit usus, ulcerative colitis.
mak cik nurse : Owh, muda-muda lagi.
nona : (senyum sambil angguk)
mak cik nurse : Umur baru 20 ye?
nona : Eh taklah, dah 22.

Mak cik nurse amek jarum. Dah tiba masa untuk menginject lengan nona. Dup dap dup dap.

mak cik nurse : Blajo kat mane?
nona : UTP
mak cik nurse : ITP?
nona : Tak, UTP.
mak cik nurse : Owh, budak pandailah ni?
nona : Eh, takdelah mak cik. Biase-biase saje. Rezeki.
mak cik nurse : Eh silap cucuk la plak sayang.
nona : hah? (udah sakit ni)

Ade dua kesan darah kan tu? haha.

Mak cik nurse cucuk skali lagi. Sambil menggerak-gerakkan jarum tu ke kiri dan ke kanan. Ohoi, sakit~

mak cik nurse : Anak mak cik dulu duk teringin la nak masuk UTP. Tapi tak dapat. Sains nye tak kredit.
nona : Owh yeke? Anak mak cik sekarang kat mane?
mak cik nurse : Kat UIA, amek law.
nona : Ooo. Anak mak cik umur brape?
mak cik : Umurnya tua skit dari adik. 1987. Nak kenal anak mak cik?
nona : hah?

Mak cik nurse sudah slesai mengamek darah nona. Sudah cukup tiga tubes. Ditampalnye lengan nona dengan kapas. Selesai sesi borak dengan mak cik nurse.

nona : Oklah mak cik. Terima kasih.
mak cik nurse : Ok, same-same. Selamat berjayalah dalam pelajaran.
nona : InsyaAllah, amin. Tq.

Nona keluar dari bilik amek darah sambil pegang-pegang tangan yang sakit tu. Biaselah, lepas amek darah, tangan pasti lenguh-lenguh. Sakit sikit kali ni. Dah lame sangat tak amek darah.

(Note : Sesi borak di atas dipendekkan dan diedit ikut kesesuaian. Tapi, yang pasal nak kenal dlm sesi borak tu rekaan semata-mata. haha)

Baguslah mak cik nurse tu cakap banyak-banyak tak nak bagi orang fikir pasal sakit kena inject, tapi yang tak bagusnye tersalah inject. haha. Mak cik, mak cik.


Wednesday, December 8, 2010

tambah ilmu #1

jom kenal~!

fakta satu:

ini sloth
sumber : mr gugel
  1. Sloths are extremely slow-moving mammals found in the rainforest canopies of Central and South America.
  2. at times they look grey-green in color because they move so slowly that tiny camouflaging algae grow all over their coats (sampai berkulat-kulat)
  3. two species - 2 toed and 3 toed
  4. it can move 2 km in one month.
  5. it stays at one tree for one year. It rarely climb down the tree.(mungken sbb gerak slow sangat)
  6. it has low metabolism - needs very little food
  7. it sleeps upside-down for up to 18 hours at a time (hoho, da masuk kategori ni nampaknye.)
  8. it also give birth to baby upside down. The baby will cling to the mother's body until it can take care of themselves
  9. it can live up to 30 years
  10. it also has became an actor. Sid The Sloth in Ice Age 1, 2, 3 :)

fakta dua:

ini hummingbird!
mesti penah dengar hummingbird kan?

sumber : mr gugel
  1. hummingbird can drink nectar from flowers
  2. fly 27 miles per hour
  3. flap there wings 80 times per second
  4. it is being called hummingbird because - their wings beat (flap) so fast, they make a noise that sounds like humming. It's a bit like a higher note version of a bee buzzing.
baru lepas tonton natgeo wild. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...