Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Wednesday, February 25, 2009

sayang mereka~

kuingin bahgiakan mereka hingga hujung usiaku. insyaAllah.

:)

perasaan ini terbuai-buai dengan alunan lagu 'Sekali Ini Saja' daripada Glenn

dan liriknya :-

Bersamamu kulewati

Lebih dari seribu malam

Bersamamu yang kumau

Namun kenyataannya tak sejalan



Tuhan bila masih ku diberi kesempatan

Izinkan aku untuk mencintanya

Namun bila waktuku telah habis dengannya

Biar cinta hidup skali ini saja



Tak sanggup bila harus jujur

Hidup tanpa hembusan nafasnya



Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali

Sekali lagi untuk mencintanya

Namun bila waktuku telah habis dengannya

Biarkan cinta ini (biarkan cinta ini)

Hidup untuk sekali ini saja

Sunday, February 22, 2009

kerdilnya diri ini.

kesedihan yang tak terungkap..

kesedihan melanda seluruh jiwaku. air mata yang keluar tidak mampu untukku kawal.

astaghfirullah..

di telingaku, setia alunan itu menjalankan tugasnya.

sungguh sayu hati ini. tidak mampu kuertikan dengan kata-kata makna kesedihan hati ini.

terasa kerdil tatkala menghayati ayat-ayat zikrullah ini.

alunan itu sungguh menusuk kalbuku.

alunan itu terus beralun dengan syahdunya.

ya Allah...

mengapa aku selalu alpa menjalankan tugas sebagai hamba kepadaMu.

tubna ya Allah.

tubna ya Allah.

tubna ya Allah.

Tuhanku,

aku tidak layak masuk syurgaMu.

namun, tidak upaya menghadapi api nerakaMu.

terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku,

sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.

jika Engkau tidak menerima taubatku,

pada siapa lagi mahu aku bergantung harap.

hati,

jangan kamu lalai lagi.

ya Allah,

pegang hati ini ya Allah,

jangan Kau bolak-balikkan hati ini.

sesungguhnya, aku insan hina yang hanya bergantung harap padaMu.

:'(

:'(

Saturday, February 21, 2009

dasang?

dasang = dadih + pisang~
:)

di suatu petang yang damai dan cukup mengasyikkan bagi mereka yang melabuhkan tulang belakang mereka di atas alas peraduan. ngeh3~ aku dengan ditemani ria, yanachek, somepet,poei and pino (komiti-komiti dinner MAKK X n a HICOM) menjalankan satu misi yang sungguh menyeronokkan~ (ewah~). dua perkara yang aku belajar melaluinya, iaitu:-

dadih double layer


and

pisang susu goncang or banana milk shake (
mind the kepelikan bhs~)


dapat dua ilmu sepetang ini. ^^ aku memang tak pernah buat dadih (makan je reti. ngeh2~) bukan setakat belajar buat dadih, tapi 2 in 1, siap boleh belajar buat double layer dadih. ^^ rupa-rupanya senang je buat dadih. nanti kat umah nak buat untuk adek-adek. hehe. jadikan diorang tukang rasa. insyaAllah.

inilah antara gambar-gambar process membuat dadih dilakukan:-



first step : cappucino dibekukan~ :)



final step : cappucino + roses~

untuk banana milk shake, gambarnya aku terlupa nak amek. huhu. banyak kali gak experiment yang kitorang untuk mendapatkan hasil yang baik untuk dijual sempena roadshow MAKK X pada 2,3 dan 4 March ini. :) (sampai sakit perutku. minum itu air. da tahu xley minum, nk minum jugak~ huhu)

dan ingredient nya adalah:-
  • pisang emas = kaler nya kuning yang menarik, rasanya yang manis
  • susu 4 sudu = cukup-cukup untuk satu gelas banana milk shake
  • ais satu gelas = rasa ais nya cukup.
  • ais sesuku gelas tersebut
  • akhir sekali, blend sampai ais hancur~ :)
harapanku, semoga dua-dua benda yang dipelajari di atas, dapat membawa untung. amin~ apalagi kawan-kawan utp ku, beli jangan tak beli nanti eh. sedap bagitahu orang lain, kalau xsedap bagitahu kami. ;)

p/s: 1)aku dan poei PIC untuk banana milk shake. tapi tak try buat pun tadi. harap-harap air tangan ini manish~ ;)
2)pusing taman maju, dan bndr seri iskandar hampir dua jam semata-mata mencari bahan-bahan di atas
3)kehilangan rm30 di stesen minyak. huhu. (aku redha dengan pemergian duit itu.think positive! :) )

Wednesday, February 18, 2009

tag : gambar~

Tag ini diberi oleh kak fiera~


Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.

Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.



hasilnya~~



gambar di atas, diambil dari internet, kt iluvislam.com

sbb amek gmba ni:
  • ayatnya yang puitis
  • ingt nk letak sbg desktop background (tp xnmpk shantek la plak~) jd pekasam je la.
:)

jadi~

sy mahu ain wat tag ini~ :)



kak fiera, hutang langsai~ :P






Sunday, February 15, 2009

three~

this is my first keroppi (the most lovable keroppi~)


i was tagged by fairuz. n this is my top three~

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
cik yah or cik kiah (ku mmg femes dgn nama ini~)
angah
naqiah

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
110789 (kelahiranku)
160863 (kelahiran ibu)
151161 (kelahiran abah)

THREE WAYS TO BE HAPPY
think positively
bersangka baek padaNya
senyum~ :)

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
currently, menanti di barzakh (far east)
segalanya milik mu (mestica)
wanita (dehearty)

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
from my past? my friend name balqis
childhood friends
my cikgu-cikgi~

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
patung po0h (da lama nk. tp da dpt my keroppi.)
roses
bmw (can?)

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES
currently, blogging
reading
tafsir~

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
firstly, naik haji di mekah
secondly, honeymo0n di disneyland
thirdly, around malaysia (nk khatam sume~ insyaAllah)

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
keroppi! (of course~)
upin n ipin
po0h~

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
kbmall
jusco
kedai desasiswa

THREE FAVORITE DRINKS
sirap (sebab harga murah. ngeh2~)
barli
jus buah~

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
medicines
facial oil blotting paper
tissues

THREE FAVORITE COLOURS
masa kecik, yell0w~
mase besar, pink~
masa tua, tunggu~

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
kuew tiaw (apa-apa jenis masakan pun. layan~)
tomyam mak
laksam

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
my DAK
my lappy
my keroppi

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
berterus terang
bersederhana dalam semua hal
menyayangi diriku~

TOP THREE FACES YOU LIKE
ibu saya
abah saya
adik kicik saya~
(xleh fikir org lain~)

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
jadi facee
study untuk kuiz heat transfer
siapkan assignment

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
jadi facee (tiba-tiba jadual blaja ku berubah~)
xlipat kain lagi nih
xstudy apa-apa pn ari ni.

Saturday, February 14, 2009

sendiri~

td aku ade pergi ke satu majlis Forum Perdana : ke mana arah cintaku. (Unit Baitul Muslim). ahli panel nya ustaz Dawi dan Pn Putri.

aku pernah menghadirkan diri di majlis ini pada masa aku first year. dan kali ini, isinya ada sesetengah sama macam dulu. tetapi yang berlainan nya, kesan forum ini ke atas aku.

dalam keseronokan bercakap mengenai sayang, cinta, kahwin dan calon. aku terlupa satu benda yang amat penting yang melibatkan perkara-perkara di atas, iaitu tanggungjawab.

" adakah kamu bersedia untuk menjadi isteri?"
pertanyaan ini membuatkan aku berfikir sejenak. apa agaknya respons aku seandainya mak atau abah tanya soalan ini. apa yang perlu aku jawab? sudi ke tak? terima ke tak? kalau terima macam mana agaknya, kalau terima sanggupkah aku memikul tanggungjawab itu? adakah aku bersedia untuk berpindah ke fasa yang seterusnya dalam hidupku? soalan di atas amat berat untuk dijawab berbanding sekiranya mak abah tanya
"angah nak kahwin?"
dua soalan yang berbeza daripada segi keberkesanan ke atas hati aku. selama ini, aku hanya berfikir separuh jalan. apabila aku selam betul-betul hati ini, aku rasa diri ini masih tidak bersedia untuk menerima tanggungjawab itu. aku masih belum bersedia daripada segi fizikal apatah lagi mental. baru aku tersedar!

aku rasa aku tidak bersedia lagi. jadi, seharusnya rasa di hati harus selaras dengan fikiran logik akal. usah bermain api, kelak terbakar diri.

amanah yang digalas di bahu sebagai anak, pelajar, dan pemegang scholar belum lagi diselesaikan dengan sepenuhnya. sungguh singkat pemikiran ini.

beban di hati memikirkan perkara hati ini serta merta aku rasa seperti sudah ringan di bahu. soal tanggungjawab dan amanah membuatkan diriku berfikir dengan waras untuk kedua kali nya.

'masih jauh perjalanan hidup ini. seandainya nyawa ini tidak diambil olehNya'
apa yang aku dapat simpulkan daripada forum itu, hidup ini berfasa, fasa pertama, ketika kita masih lagi di dalam pelukan ibu bapa, fasa kedua,kita dapat berjalan sendiri namun dalam pengawasan mereka, fasa ketiga, kita dapat berjalan jauh daripada mereka,fasa keempat,kita akan meninggalkan mereka dan memulakan fasa baru dengan orang baru. ternyata, apabila aku semak hati ini, aku masih di fasa ketiga. belum mampu lagi melangkah masuk ke fasa keempat.

'akan tiba masanya nanti'
ya, akan tiba masa dan detik di mana aku bersedia. insyaAllah. tidak perlu mengejar perkara yang sudah terang lagi bersuluh yang kita tidak dapat mengejarnya.
ungkapan keramat yang akan aku pegang, sehinggalah tiba masa itu. insyaAllah. :)

'alhamdulillah~'

Friday, February 13, 2009

tunggu~



Tag dari kak fiera (nurfiera~) This is simple tag. Like other tag, just answer the question..

1. How old are you?
angka dpn umur bertukar 2 = 20~


2. Are you single?

bujang. yup2.

3. At what age do you think you'll get married?
xley nk think2 le. itu rahsiaNya. kte tunggu~~ ^^


4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
aiyak, rumetku perempuan~ aigu2.


5. If not, who do you want to marry?
si dia yang diciptakan untukku. cewah~

6. Who will be your bridesmaid & bestman?

pengapit kn? kalo blh nk acik n saudara si dia. hahah~

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

beach? xbest2. garden + traditional la best. ngan bunga-bungaan. ^^


8. Where do you plan to go on honeymoon?

honeymo0n?adeh~ xdpt fikir lg. tp teringin nk g panggung wayang ngan si dia. haha.

9. How many guests do you think you'll invite?

sume yang mengenali kami dan keluarga kami. :)


10. Will that include your exes?

exes?ramai sgt tuh. kn da ckp kt no 9 td. ajak semua.

11. How many layers of cake do you want?

ntah la. selayer pn best, byk layer pn best. hmm..


12. When do you want to get married, morning or evening?
akad pagi, bsanding lepas tu. haha. (jauh lagi masa itu.)


13. Name the song/tune you'd like to plat at your wedding?

xnak pasang lagu. mahu tetamu berbual dgn kenalan masing2 dalam keadaan tenang.siyesly~


14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

i want simple but nice wedding. :)


15. Champagne or red wine?

saya Islam.


16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

melawat saudara mara si dia dan sy dlu. insyaAllah. :)

17. Money or household items?

dua-dua pon boley. saya terima sumenya. :)


18. How many kids would you like to have?

saya suka baby dan kanak-kanak. ^^


19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?

ntah. xdpt fikir. depends pada si dia.

20. Whose wedding plan would you like to know next
?
xpe la. stakat ini sahaja la. :)

[ ape yang tertulis di atas itu hanyalah impian semata-mata. terjadi atau tak itu ketentuanNya. kita hanya merancang Allah yang menentukan. jadi berlapang dada dengan semua perkara. insyaAllah hati selamat dari rasa kecewa.]

saya menunggu hari bertemunya dengan si dia. cewah~~

Thursday, February 12, 2009

terdetik~

semakin meningkat dewasa, aku rasa aku semakin berfikir matang. ini apa yang aku rasa la. aku mula berfikir pasal ajal dan jodoh. kedua-dua nya saling berkait rapat. kedua-duanya adalah rahsia Yang Maha Esa.

ajal..
ada satu nasyid yang menarik, yang cukup menginsafkan diriku.

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

boleh bukak, liriknasyid.com untuk dapatkan lirik2 nasyid. :)

jodoh..
seringkali hati ini terusik dengan perkara ini. aku tahu, masih terlalu muda untukku memikirkan perkara ini,namun, rasa ini selalu mengusik seluruh pelusuk hatiku. rasa seperti ingin amek hati cuci dengan air zam-zam. nak aje aku cuci segenap ruang yang menyebabkan perasaan itu selalu hadir. astaghfirullahal'azim. sungguh aku benci rasa ini, dan seluruh penyumbang ke arah rasa ini. semakin ingin aku jauhi, semakin kuat rasa ini. ku ingin menjadi permata seperti dalam nasyid di bawah. amin~

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

p/s: tibe-tibe ingin meluahkan rasa apabila terdengar kedua-dua nasyid best di atas. my feveret nasyid! :)

Sunday, February 8, 2009

perjalanan pulang~

masa hari jumaat bersamaan 6hb febuari 2009 yang lepas, aku bersama farahin dan kak ina pulang ke rumah dengan menaiki kereta farahin.

bermula perjalanan di UTP farahin drive, setibanya di hentian perah dekat Gerik, kami berhenti solat sekejap. bermula dari situ, aku drive. perjalanan naik ke bukit itu sangatlah mencabar, memandangkan aku baru pertama kali drive kereta sejauh itu. aku drive sampai ke hentian titiwangsa.

sepanjang perjalanan yang aku drive tu, kami telah terserempak dengan seekor gajah yang sedang melintas jalan. tapi abah kata, itu bukan terserempak, tapi hampir-hampir langgar gajah. seriusly, aku tak ternampak gajah itu. sebelum terserempak dengan binatang tu, ada satu kereta wira kaler hijau, telah memberi isyarat lampu kepada kami sebanyak lebih kurang 6,7 kali. pada mulanya, aku menyangka kereta itu hendak kami perlahankan kereta kami, memandangkan pada masa itu, keretanya sedang melintas sebuah lori. namun, aku mula merasakan ada sesuatu yang pelik apabila kereta itu memberi isyarat lampu itu banyak kali. dan beberapa saat lepas itu, kami terus bertembung dengan binatang yang digeruni pengguna lebuh raya timur-barat ini. huhu. aku terus menekan brek dengan sepenuh hati serentak dengan menukar gear(sehinggakan farahin yang sedang tidur di belakang terjatuh ke bawah.). pada masa itu, aku tak dapat fikir pape melainkan ingin lari daripada tempat itu. apabila gajah itu sudah berada di tepi jalan, aku mula menekan pedal minyak sedikit demi sedikit, namun, ternyata gajah itu rasa terancam dan terus berpusing untuk mengejar kereta kami.

pada saat aku melihat ke arah cermin belakang, aku dapat lihat gajah itu seperti mahu mengejar kami(aku tak dapat melupakan bagaimana telinganya bergerak seperi sudah memulakan langkah untuk mengejar).

"cikyah perlaju!!" farahin menjerit.
sesaat mendengar jeritan itu, aku menekan pedal minyak dengan sepenuh hati sehinggakan aku merasakan tulang rusuk seperti betul-betul terkena jantung aku. huhu. alhamdulillah, aku rasa sungguh bersyukur, mungkin berkat bacaan surah al-ikhlas sepanjang jalan yang aku baca.
selepas dapat pergi jauh dari tempat itu, aku terserempak dengan kereta lain, dan aku juga telah memberi isyarat lampu itu.

sampai sahaja di hentian banjaran titiwangsa itu, aku tukar memandu dengan farahin. masa perjalanan farahin drive pulak, kami terserempak dengan satu kemalangan kereta yang terbabas ke bahu jalan. kami telah mengambil keputusan berhenti untuk bertanya khabar. ternyata suami isteri yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. memandangkan pada masa itu hujan, farahin telah mengajak si isteri untuk naik kereta dengan kami, tetapi dia menolak. jadi, sebagai sedikit pertolongan yang boleh kami hulurkan, farahin meminta sweater ku untuk diberikan kepada kakak itu.

namun, satu persoalan abah telah membuat hatiku sedikit terusik

" keto wira xdop airbag, yakin ko tu keto wira? takut buke ore eh~"
abah mempersoalkan pasal kereta wira yang ada airbag di tempat pemandu dan orang sebelah. dan mungkinkah orang yang aku tengok itu bukan orang. kecut perut aku dengar kata-kata abah itu. huhu. wallahua'lam~ kalau bukan orang, aku rasa sungguh bersyukur, kerna tiada apa yang berlaku kepada kami selepas pergi dari tempat kejadian itu.

aku sampai di rumah lebih kurang pada pukul 9.45pm. alhamdulillah, beribu kesyukuran kupanjatkan ke atas rahmatNya kerna walaupun ada cabaran dalam pemaduan kami, namun tiada kecelakaan yang berlaku. aku berharap semoga perjalanan pulang ke UTP dipermudahkanNya.amin~

Thursday, February 5, 2009

bertasek~

pemandangan sebenar tasek UTP

petang tadi kami (ku, fatin, tika, bib n aimi) bertasek lagi. pada mulanya hujan kejap, tp, alhamdulillah hujan berhenti dan kami dapat pergi ke tasek. wee~~ sekarang bertasek atau pergi bersiar-siar di tasek UTP sudah menjadi hobiku. aku suka g tasik, di tasik ada ikan-ikan, dengan melihat ikan sudah cukup untuk membuat aku tersenyum~ (cewah~) tadi kami membawa roti gardenia untuk diberi kepada ikan-ikan tu. mereka makan dengan rakus sekali. ngeh2. sekali terfikir, kesian jugak kat ikan-ikan tu, mereka perlu bersaing untuk mendapatkan makanan mereka. persaingan. siapa kuat dia menang~ hmm.. sebagai pelajar pun, ada persaingan. persaingan untuk menunjukkan performance yang baek dalam pelajaran. siapa yang rajin dialah akan menang.

tasek adalah tempatku untuk melepaskan masalah. masalah hati, masalah pelajaran, masalah kesihatan. sejak kebelakangan ini aku ada masalah hati yang menyesakkan. di tasek jugak aku lepaskan masalah tu. alhamdulillah, sudah pudar daripada lubuk hati ini. hehe. cara aku lepaskan masalah adalah dengan melihat ikan-ikan berenang tanpa mempedulikan siapa-siapa pun. memang betul lah, dengan melihat ikan-kan berenang, kita akan dapat mehilangkan stress. (kalo xsilap aku pernah dengar Dr Fadzillah Kamsah cakap.) kalo rasa nak tenang, hayatilah pergerakan ikan-ikan, jangan merenung tasek, sebab aku pernah dengar, melihat tasek tak elok, katanya menumpulkan fikiran. itu aku tak pasti. kalo nak kepastian, tanya pada yang pakar. sebab itulah perkara-perkara yang boleh jadi pahala dengan hanya melihat antaranya:
  1. melihat wajah ibu bapa
  2. melihat ayat-ayat Al-Quran
  3. melihat pantai (tidak disebut tasik)
dan berikut adalah gelagat-gelagat kami di tasek. credit to kamera tika (rumetku).

nampak tak tiang yang tinggi tu? itulah mercu tanda gate depan UTP


si ikan makan roti daripada tanganku. :)


inilah jambatan petang yang menjadi sambutan ramai~


rumetku asyik dengan roti untuk si ikan-ikan~


fatin dan bib, sahabat yang paling excited dalam sume hal yang mereka buat. hehe~



********************

semasa di tasek tadi, abah call. " angah xpayah g ipoh la cuti-cuti ni. " kata beliau.
abah selalu memesan padaku supaya berhati-hati. pesanan di atas adalah pesanan kedua untuk ku sepanjang aku di bumi UTP ni. pertama kalinya, sewaktu PRU 2008 yg lepas dan yang latestnya tadi. pergolakan politik di perak terjadi lagi. kerajaan PKR di perak dibubarkan dan menteri besar baru di perak angkat sumpah esok. hm, politik-politik. apa mau jadi lah~

"nak suruh orang rahsiakan, tapi dia jugak bagitahu abah." kata mak selepas pulang dari tasek tadi.
hehe. ibu melancarkan serangan tidak puas hati ke atas aku, sebab kami telah membuat perjanjian, untuk merahsiakan hal ini daripada abah. tapi aku jugak yang terlepas cakap kat abah masa kat tasek tadi. adeh~~ aku sangkakan ibu dah bagitahu abah, dan anggap panggilan telefon daripada abah kat tasek tadi berkisarkan hal aku nak balik rumah, tapi tersasar rupanya. huhu. tetapi, alhamdulillah, abah tak marah. ngeh2. (selalunya hal balik rumah ni sangat sensitif untuk dibicarakan dengan abah kerana bagi beliau perak ke kelantan amatlah jauh perjalanannya.) insyaAllah esok 6 feb aku akan menumpang kereta farahin bersama dengan kak ina untuk pulang ke rumah yang tercinta. banyak agenda yang perlu diselesaikan di rumah nanti. hoho. insyaAllah kami akan pulang pada hari isnin malam(thaipusam).doakan keselamatan kami eh~ :)

p/s: gambar tasek nampak agak suram kerana petang-petang selalunya di sini akan mendung.

Monday, February 2, 2009

ikan day~

esok cuti! jubli perak katanya. yipPie~~ jadi, aku menggagahkan diri untuk menulis entri ini (cewah~)

feeding frenzy 2


gambar di atas bernama feeding frenzy 2 game (untuk bg sesape tak pernah tertengok atau terlihat ini gambar.)

game ni aku penah masa kecik-kecik dulu, time abah baru je beli komputer kat umah. masa tu, excited banget main ini game. sampaikan satu keluarga main games nih.untuk pengetahuan korang, dari kecik smpai besar aku masih berbelit lidah nk sebut 'feeding frenzy' nih~ (haha, mind me~)

masa belek-belek dc++ (bagi pembaca bukan ahli utp, dc++ merupakan ruangan share file antara hostel di utp.), aku bertembung dengan game di atas! apa lagi, tanpa melengahkan masa aku terus mendownload game ni. bila da start main, aku mula addicted. haha. kalo la, study pon addicted macam ni, mesti bahagia hidup. heheh~

**************************

petang tadi, aku plan dengan fatin (kawan baek~ :P ) nak bersiar-siar kat tasek sambil melihat ikan-ikan di tasek terbentang luas di muka pintu masuk utp. aku pergi ke sana bersama tika (rumet) dan fatin. kali ini, aku ke sana dengan tangan kosong, kesian ikan-ikan tu. aku hanya memerhatikan kehidupan mereka di dalam air. mereka bergerak selari, seolah-olah ada sensor yang mengesan makanan, apabila makanan dibaling ke air. subhanallah. aku terpegun. ^^

" ikan ni pelupa" kata tika.
aku tertarik dengan kenyataan nya itu. lantas, dia mengupas dengan lebih lanjut, ikan ni pelupa, setiap hari adalah hari baru untuknya, sebab itulah ikan boleh hidup di dalam akuarium yang hanya muat-muat untuk dirinya sahaja. masyaAllah. cantik aturanNya.


ikan di masjid~



"......ikan sebelah" kata fatin.
satu lagi subjek yang best untuk dikongsikan bersama korang. aku tahu pasal ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini daripada achik. menurutnya, ikan sebelah ini wujud sebab, masa zaman nabi dulu-dulu, ade seorang nabi (Nabi Sulaiman kalo xsilap. kalo silap tolong betulkan~) makan sebelah je ikan ni, sebelah lagi dilepaskan.jadilah ikan sebelah, ade satu mata sahaja. ikan sebelah ini turut dipanggil ikan sisa nabi. aku da dapat tengok ngan mata kepala sendiri, tapi tak terambil pulak gambarnya. jadi untuk tatapan korang, aku usahakan cari di internet.



ikan sebelah atau ikan sisa nabi

p/s: sebenarnya ada idea lain untuk entri kali ini. tapi, cte kali ni sgt menarik untuk dikongsikan bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...