td aku ade pergi ke satu majlis Forum Perdana : ke mana arah cintaku. (Unit Baitul Muslim). ahli panel nya ustaz Dawi dan Pn Putri.
aku pernah menghadirkan diri di majlis ini pada masa aku first year. dan kali ini, isinya ada sesetengah sama macam dulu. tetapi yang berlainan nya, kesan forum ini ke atas aku.
dalam keseronokan bercakap mengenai sayang, cinta, kahwin dan calon. aku terlupa satu benda yang amat penting yang melibatkan perkara-perkara di atas, iaitu tanggungjawab.
" adakah kamu bersedia untuk menjadi isteri?"
pertanyaan ini membuatkan aku berfikir sejenak. apa agaknya respons aku seandainya mak atau abah tanya soalan ini. apa yang perlu aku jawab? sudi ke tak? terima ke tak? kalau terima macam mana agaknya, kalau terima sanggupkah aku memikul tanggungjawab itu? adakah aku bersedia untuk berpindah ke fasa yang seterusnya dalam hidupku? soalan di atas amat berat untuk dijawab berbanding sekiranya mak abah tanya
"angah nak kahwin?"
dua soalan yang berbeza daripada segi keberkesanan ke atas hati aku. selama ini, aku hanya berfikir separuh jalan. apabila aku selam betul-betul hati ini, aku rasa diri ini masih tidak bersedia untuk menerima tanggungjawab itu. aku masih belum bersedia daripada segi fizikal apatah lagi mental. baru aku tersedar!
aku rasa aku tidak bersedia lagi. jadi, seharusnya rasa di hati harus selaras dengan fikiran logik akal. usah bermain api, kelak terbakar diri.
amanah yang digalas di bahu sebagai anak, pelajar, dan pemegang scholar belum lagi diselesaikan dengan sepenuhnya. sungguh singkat pemikiran ini.
beban di hati memikirkan perkara hati ini serta merta aku rasa seperti sudah ringan di bahu. soal tanggungjawab dan amanah membuatkan diriku berfikir dengan waras untuk kedua kali nya.
'masih jauh perjalanan hidup ini. seandainya nyawa ini tidak diambil olehNya'
apa yang aku dapat simpulkan daripada forum itu, hidup ini berfasa, fasa pertama, ketika kita masih lagi di dalam pelukan ibu bapa, fasa kedua,kita dapat berjalan sendiri namun dalam pengawasan mereka, fasa ketiga, kita dapat berjalan jauh daripada mereka,fasa keempat,kita akan meninggalkan mereka dan memulakan fasa baru dengan orang baru. ternyata, apabila aku semak hati ini, aku masih di fasa ketiga. belum mampu lagi melangkah masuk ke fasa keempat.
'akan tiba masanya nanti'
ya, akan tiba masa dan detik di mana aku bersedia. insyaAllah. tidak perlu mengejar perkara yang sudah terang lagi bersuluh yang kita tidak dapat mengejarnya.
ungkapan keramat yang akan aku pegang, sehinggalah tiba masa itu. insyaAllah. :)
'alhamdulillah~'
6 buah fikiran:
THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
THREE WAYS TO BE HAPPY
THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
THREE FAVORITE DRINKS
THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
THREE FAVORITE COLOURS
TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
TOP THREE FACES YOU LIKE
THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
p/s: Terpaksa dihantar ke sini sbb pengunjung blog sy tak boleh copy n paste di blog sy.
ok dear.
:)
komen ke tag 2
kah3
p/s:bersedia nk jd istri..tp calon plok xde..huk3..
sdehnye :(
kak fiera,
penggunaan komen yg baek~ :P
p/s: sabar itu separuh daripada iman~ ngeh2.
sudah sedia ko?:)
rs2 sudah sedia ko?hrp2 sudah sedia..:)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^