masa hari jumaat bersamaan 6hb febuari 2009 yang lepas, aku bersama farahin dan kak ina pulang ke rumah dengan menaiki kereta farahin.
bermula perjalanan di UTP farahin drive, setibanya di hentian perah dekat Gerik, kami berhenti solat sekejap. bermula dari situ, aku drive. perjalanan naik ke bukit itu sangatlah mencabar, memandangkan aku baru pertama kali drive kereta sejauh itu. aku drive sampai ke hentian titiwangsa.
sepanjang perjalanan yang aku drive tu, kami telah terserempak dengan seekor gajah yang sedang melintas jalan. tapi abah kata, itu bukan terserempak, tapi hampir-hampir langgar gajah. seriusly, aku tak ternampak gajah itu. sebelum terserempak dengan binatang tu, ada satu kereta wira kaler hijau, telah memberi isyarat lampu kepada kami sebanyak lebih kurang 6,7 kali. pada mulanya, aku menyangka kereta itu hendak kami perlahankan kereta kami, memandangkan pada masa itu, keretanya sedang melintas sebuah lori. namun, aku mula merasakan ada sesuatu yang pelik apabila kereta itu memberi isyarat lampu itu banyak kali. dan beberapa saat lepas itu, kami terus bertembung dengan binatang yang digeruni pengguna lebuh raya timur-barat ini. huhu. aku terus menekan brek dengan sepenuh hati serentak dengan menukar gear(sehinggakan farahin yang sedang tidur di belakang terjatuh ke bawah.). pada masa itu, aku tak dapat fikir pape melainkan ingin lari daripada tempat itu. apabila gajah itu sudah berada di tepi jalan, aku mula menekan pedal minyak sedikit demi sedikit, namun, ternyata gajah itu rasa terancam dan terus berpusing untuk mengejar kereta kami.
pada saat aku melihat ke arah cermin belakang, aku dapat lihat gajah itu seperti mahu mengejar kami(aku tak dapat melupakan bagaimana telinganya bergerak seperi sudah memulakan langkah untuk mengejar).
"cikyah perlaju!!" farahin menjerit.
sesaat mendengar jeritan itu, aku menekan pedal minyak dengan sepenuh hati sehinggakan aku merasakan tulang rusuk seperti betul-betul terkena jantung aku. huhu. alhamdulillah, aku rasa sungguh bersyukur, mungkin berkat bacaan surah al-ikhlas sepanjang jalan yang aku baca.
selepas dapat pergi jauh dari tempat itu, aku terserempak dengan kereta lain, dan aku juga telah memberi isyarat lampu itu.
sampai sahaja di hentian banjaran titiwangsa itu, aku tukar memandu dengan farahin. masa perjalanan farahin drive pulak, kami terserempak dengan satu kemalangan kereta yang terbabas ke bahu jalan. kami telah mengambil keputusan berhenti untuk bertanya khabar. ternyata suami isteri yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. memandangkan pada masa itu hujan, farahin telah mengajak si isteri untuk naik kereta dengan kami, tetapi dia menolak. jadi, sebagai sedikit pertolongan yang boleh kami hulurkan, farahin meminta sweater ku untuk diberikan kepada kakak itu.
namun, satu persoalan abah telah membuat hatiku sedikit terusik
" keto wira xdop airbag, yakin ko tu keto wira? takut buke ore eh~"
abah mempersoalkan pasal kereta wira yang ada airbag di tempat pemandu dan orang sebelah. dan mungkinkah orang yang aku tengok itu bukan orang. kecut perut aku dengar kata-kata abah itu. huhu. wallahua'lam~ kalau bukan orang, aku rasa sungguh bersyukur, kerna tiada apa yang berlaku kepada kami selepas pergi dari tempat kejadian itu.
aku sampai di rumah lebih kurang pada pukul 9.45pm. alhamdulillah, beribu kesyukuran kupanjatkan ke atas rahmatNya kerna walaupun ada cabaran dalam pemaduan kami, namun tiada kecelakaan yang berlaku. aku berharap semoga perjalanan pulang ke UTP dipermudahkanNya.amin~
4 buah fikiran:
laen kali bowok tali etep dale keto...bleh igak gajah bela kat umah...hohohoh
hoho~ dea putus dulu tali tuh~ :P
cik yah...perjalanan yg mencabar tu..ALHAMDULILLAH selamat semuanya.. :)
haizi, btul2.
sungg0h mencabar~
alhamdulillah, sume slmt~
:)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^