Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Monday, February 2, 2009

ikan day~

esok cuti! jubli perak katanya. yipPie~~ jadi, aku menggagahkan diri untuk menulis entri ini (cewah~)

feeding frenzy 2


gambar di atas bernama feeding frenzy 2 game (untuk bg sesape tak pernah tertengok atau terlihat ini gambar.)

game ni aku penah masa kecik-kecik dulu, time abah baru je beli komputer kat umah. masa tu, excited banget main ini game. sampaikan satu keluarga main games nih.untuk pengetahuan korang, dari kecik smpai besar aku masih berbelit lidah nk sebut 'feeding frenzy' nih~ (haha, mind me~)

masa belek-belek dc++ (bagi pembaca bukan ahli utp, dc++ merupakan ruangan share file antara hostel di utp.), aku bertembung dengan game di atas! apa lagi, tanpa melengahkan masa aku terus mendownload game ni. bila da start main, aku mula addicted. haha. kalo la, study pon addicted macam ni, mesti bahagia hidup. heheh~

**************************

petang tadi, aku plan dengan fatin (kawan baek~ :P ) nak bersiar-siar kat tasek sambil melihat ikan-ikan di tasek terbentang luas di muka pintu masuk utp. aku pergi ke sana bersama tika (rumet) dan fatin. kali ini, aku ke sana dengan tangan kosong, kesian ikan-ikan tu. aku hanya memerhatikan kehidupan mereka di dalam air. mereka bergerak selari, seolah-olah ada sensor yang mengesan makanan, apabila makanan dibaling ke air. subhanallah. aku terpegun. ^^

" ikan ni pelupa" kata tika.
aku tertarik dengan kenyataan nya itu. lantas, dia mengupas dengan lebih lanjut, ikan ni pelupa, setiap hari adalah hari baru untuknya, sebab itulah ikan boleh hidup di dalam akuarium yang hanya muat-muat untuk dirinya sahaja. masyaAllah. cantik aturanNya.


ikan di masjid~



"......ikan sebelah" kata fatin.
satu lagi subjek yang best untuk dikongsikan bersama korang. aku tahu pasal ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini daripada achik. menurutnya, ikan sebelah ini wujud sebab, masa zaman nabi dulu-dulu, ade seorang nabi (Nabi Sulaiman kalo xsilap. kalo silap tolong betulkan~) makan sebelah je ikan ni, sebelah lagi dilepaskan.jadilah ikan sebelah, ade satu mata sahaja. ikan sebelah ini turut dipanggil ikan sisa nabi. aku da dapat tengok ngan mata kepala sendiri, tapi tak terambil pulak gambarnya. jadi untuk tatapan korang, aku usahakan cari di internet.



ikan sebelah atau ikan sisa nabi

p/s: sebenarnya ada idea lain untuk entri kali ini. tapi, cte kali ni sgt menarik untuk dikongsikan bersama.

2 buah fikiran:

Bijen M. said... [Reply to comment]

wow..
fakta menarik..
aku baru tawu..
heks..

anNaqia said... [Reply to comment]

hoho.
gud for u~

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...