tasek adalah tempatku untuk melepaskan masalah. masalah hati, masalah pelajaran, masalah kesihatan. sejak kebelakangan ini aku ada masalah hati yang menyesakkan. di tasek jugak aku lepaskan masalah tu. alhamdulillah, sudah pudar daripada lubuk hati ini. hehe. cara aku lepaskan masalah adalah dengan melihat ikan-ikan berenang tanpa mempedulikan siapa-siapa pun. memang betul lah, dengan melihat ikan-kan berenang, kita akan dapat mehilangkan stress. (kalo xsilap aku pernah dengar Dr Fadzillah Kamsah cakap.) kalo rasa nak tenang, hayatilah pergerakan ikan-ikan, jangan merenung tasek, sebab aku pernah dengar, melihat tasek tak elok, katanya menumpulkan fikiran. itu aku tak pasti. kalo nak kepastian, tanya pada yang pakar. sebab itulah perkara-perkara yang boleh jadi pahala dengan hanya melihat antaranya:
- melihat wajah ibu bapa
- melihat ayat-ayat Al-Quran
- melihat pantai (tidak disebut tasik)
********************
semasa di tasek tadi, abah call. " angah xpayah g ipoh la cuti-cuti ni. " kata beliau.abah selalu memesan padaku supaya berhati-hati. pesanan di atas adalah pesanan kedua untuk ku sepanjang aku di bumi UTP ni. pertama kalinya, sewaktu PRU 2008 yg lepas dan yang latestnya tadi. pergolakan politik di perak terjadi lagi. kerajaan PKR di perak dibubarkan dan menteri besar baru di perak angkat sumpah esok. hm, politik-politik. apa mau jadi lah~
"nak suruh orang rahsiakan, tapi dia jugak bagitahu abah." kata mak selepas pulang dari tasek tadi.
hehe. ibu melancarkan serangan tidak puas hati ke atas aku, sebab kami telah membuat perjanjian, untuk merahsiakan hal ini daripada abah. tapi aku jugak yang terlepas cakap kat abah masa kat tasek tadi. adeh~~ aku sangkakan ibu dah bagitahu abah, dan anggap panggilan telefon daripada abah kat tasek tadi berkisarkan hal aku nak balik rumah, tapi tersasar rupanya. huhu. tetapi, alhamdulillah, abah tak marah. ngeh2. (selalunya hal balik rumah ni sangat sensitif untuk dibicarakan dengan abah kerana bagi beliau perak ke kelantan amatlah jauh perjalanannya.) insyaAllah esok 6 feb aku akan menumpang kereta farahin bersama dengan kak ina untuk pulang ke rumah yang tercinta. banyak agenda yang perlu diselesaikan di rumah nanti. hoho. insyaAllah kami akan pulang pada hari isnin malam(thaipusam).doakan keselamatan kami eh~ :)
p/s: gambar tasek nampak agak suram kerana petang-petang selalunya di sini akan mendung.
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^