"Menulis blog ni, biarlah isinya memberi kebaikan kepada pembaca," - Puan Yasmin Sidik
Hm, pengajaran daripada ayat di atas. Tulislah sesuatu yang memberi ilmu kepada si pembaca. Tak banyak pun, janji ada jugak selitan-selitan ilmu di dalam setiap post.
Okey, hari ni, nak menulis tentang Hadith ke 4 dari hadith 40 karangan Iman Nawawi. Hari tu dah tulis pasal Hadith 25, boleh baca kat sini.
Ini sekadar perkongsian yang dapat daripada belajar tadi.
Maksud Hadith 4
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Tiga pengajaran yang boleh diserap masuk ke dalam otak dan hati iaitu:
1- Kejadian manusia yang berperingkat-peringkat
- 40 hari pertama - Berupa mani (nutfah)
- 40 hari kedua - Berupa darah ('alaqah)
- 40 hari ketiga - Berupa daging (Mudhghah)
- dan seterusnya membentuk tulang dan ditiupkan ruh
Hadith ini disokong dengan ayat di bawah ini,
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya... "
[Al-Hajj : 5]
Hikmah dijadikan kejadian manusia berperingkat-peringkat (walaupun Allah mampu untuk jadikan manusia dengan sekali sebut sahaja), adalah untuk mengurangkan beban ibu yang mengandung. Kalo lah, baby dalam perut tu terus membesar dalam satu hari, agak culture shock jugaklah si ibu kan? Daripada penciptaan ni, membuatkan manusia berfikir, betapa hebatnya kekuasaan Allah. Pernah terfikir tak camne kejadian manusia ni? Haa, silalah cari video kat youtube.
2- Ditulis empat ketentuan semasa kita dalam kandungan lagi
iaitu:
- Rezeki
- Ajal
- Amalan
- Nasib samada menjadi seorang yang susah ataupun senang
Hidup setiap manusia ni, telah Allah tentukan empat perkara ni sejak dalam kandungan lagi. Maknanya, Allah dah tetapkan semuanya untuk kita. Kita sebagai hambaNya kena redha dengan ketetapanNya.
3 - Amalan terakhir manusia menentukan nasibnya yang kekal abadi di akhirat
Ada satu kisah pada zaman sahabat dulu, ada dua orang adik beradik (maaflah, tak tau pulak nama mereka). Seorang alim ulama manakala seorang lagi suka buat maksiat. Pada suatu hari, yang alim ulama ini terdetik untuk membuat jahat, kerana dia merasakan sudah lama beramal ibadah. Dia pun pergilah ke tempat macam disko sekarang, ditakdirkan Allah, dia meninggal. Maka, disebabkan kesudahannya di disko, dia ditempatkan di neraka. Manakala, yang seorang lagi yang suka buat maksiat tu, terdetik untuk berubah menjadi baik. Maka dia pun pergilah ke masjid, ditakdirkan Allah, dia pun mati di masjid. Maka dengan kesudahan hidupnya di masjid, syurgalah tempatnya. Jadi tengok kesudahan kedua-dua manusia ini. Berbeza kan?
Takkanlah, kita nak kesudahan hidup kita berakhir di disko kan? Moga-moga hidup kite ni berakhir dengan husnul khatimah (kesudahan yang baik).
Bak kata naqibahku, "InsyaAllah semua orang Islam akan masuk syurga, namun bezanya lambat atau cepat je. Kalo lambat tu, maknanya kita masuk neraka dulu, pastu barulah ke syurga. Kalo boleh, kita nak lalu jalan senanglah untuk pulang ke kampung halaman kita (iaitu akhirat yang kekal abadi) berakhir dengan syurga."
Wallahu'alam. Kalo ade yang salah silalah tegur ye. :)
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^