Minggu test bakal menjelma. Tapi tadi ada dengar ceramah kat Ikim. Tajuk yang menarik, yang aku excited nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua. :)
Okey, hari ini, mari berbicara tentang Solat sunat rawatib. Aku tulis ni, berdasarkan apa yang aku dengar dan salin. Jadi mungkin tak lengkap, tak betul, oleh sebab itu, please feel free, untuk rujuk pada yang lebih pakar yep.
Solat sunat rawatib ni, solat sunat yang tetap waktunya. Maksudnya, solat yang ada selepas dan sebelum solat fardhu. Contohnya, kalo solat sunat sebelum subuh, hanya ada sebelum solat subuh je. Kalo dah masuk waktu zohor, ada solat sunat sebelum zohor pulak.
Solat sunat rawatib banyak hikmahnya. Solat sunat rawatib ni dijadikan untuk menampal kekurangan solat fardhu. Jika kita tidak melakukannya, luputlah kita dari fadhilat besar yang dijanjikanNya. Kalo difikirkan, solat fardhu kita pun, taklah sempurna sangat kan? Allah dah sediakan jalan untuk kita menampal lompong-lompong solat kita. Betapa sayangnya Allah pada hambaNya kan?
Semasa dalam ceramah ni, ada soalan diajukan.
"Ada yang mengatakan, orang yang belum menghabiskan qadha solat fardhu, tidak dibenarkan ke atasnya untuk solat sunat. Tiada guna solat sunat, kalo qadha solat fardhu pun tak habis lagi,"
Jadi ustaz tersebut menjawab:
"Dari kalam para ulama' ada dua pandangan
- Pandangan pertama, dibolehkan solat sunat, tapi hanya untuk solat sunat mengikut musim dan masa, contohnya solat sunat tarawikh, solat sunat rawatib. Tidak digalakkan untuk solat sunat mutlak yang tidak terikat pada waktu (yang ni, ustaz tak bagi contoh pulak)
- Pandangan kedua, bagi sesiapa yang tak sengaja tinggalkan solat, cukuplah hanya dengan taubat nasuha.
Bersambung lagi ceramah.
Solat sunat rawatib ada dua:
- Mu'akkad : yang katanya ustaz, solat sunat rawatib yang Nabi saw tidak pernah tinggal dan dibolehkan qadha'.
- 2 raka'at sebelum subuh
- 2 raka'at sebelum zohor / 4 raka'at sebelum zohor (dilakukan sama ada, dalam 2 tahiyat atau dalam 1 tahiyat)
- 2 raka'at selepas solat zohor
- 2 raka'at selepas solat jumaat
- 2 raka'at selepas solat maghrib
- 2 raka'at selepas solat isya'
- 4 raka'at sebelum solat zohor
- 4 raka'at selepas solat zohor
- 4 raka'at sebelum solat asar
- yang selebihnya tak tersalin. (hoho. boleh tanya pada yang pakar yep)
Ada kisah pada zaman Nabi saw, Rabi'ah bin Ka'ab menyediakan air untuk Nabi saw wudhuk pada waktu solat malam. Ditanyakan Nabi saw, "apakah balasan yang kamu mahu", jawab Rabi'ah, aku mahu berada di sampingmu di syurga kelak. Banyak kali Nabi saw ulang soalan sama, namun jawapan sama yang diberikan. Maka Nabi saw menjawab, "Banyakkanlah sujud pada Allah swt."
Jadi apalagi kawan-kawan, tak mahukah bersama dengan baginda di syurga? Huhu. Aku mahu yang amat!
Mari berusaha! Untuk cemerlang dunia pun kita usaha, untuk cemerlang akhirat pun kita usaha. Barulah seimbang kita dunia akhirat. Tak gitu?
Niat, qabliah untuk sebelum, ba'diah untuk selepas. Menurut ustaz, untuk memudahkan, solat sunat subuh dan asar, tiada qabliah dan ba'diah sebab dua-dua solat tu, hanya ada sebelum sahaja. Niatnya, 'sahaja aku solat sunat subuh kerana Allah Ta'ala' dan 'sahaja aku solat sunat asar kerana Allah Ta'ala'. Yang selain tu, ade qabliah dan ba'diah. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah bertanya pada yang pakar sekalik lagi yep.
Selesai sudah sesi berbicara tentang solat sunat rawatib. Aku akui, aku pun tak amalkan sangat solat sunat rawatib ni. Kalo kita mengamalkan solat sunat rawatib ni, makanya, solat kita di awal waktulah, kalo diikut kelogikannya. Mari kita beramal dengan solat sunat rawatib. Jom jaga solat sekali. :)
Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahua'lam.
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^