Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Wednesday, May 12, 2010

hadith 25

assalamualaikum.

sedikit perkongsian untuk pembaca. ilmu yang ditimba semasa menjalani usrah tadi.
mungken xbanyak, cukuplah sekadar mengetahui isi hadith 25 ini.

tujuan menulis, sebagai revision kepada diri sendiri sekaligus memberi info kepada pembaca. moga diri ini istiqamah dalam menrevise kan diri bab2 hadith.

kenapa hadith 25?
sebab baru terdetik nak mencoret serba sedikit isi usrah yang diikuti, walaupun tak sedetail yang mungken orang laen pelajari. cukuplah sekadar perkongsian. aku mula mengikuti usrah ini pada hadith yang ke 22. kiranya, arini da masuk kali keempat aku join usrah ini. doakan moga hati dan diri ini istiqamah.

hadith 25 menceritakan mengenai sadaqah.

dikisahkan pada zaman nabi dahulu, sahabat2 nabi yang miskin sedih kerana tidak dapat nak bersedekah, dikatakan orang yang kaya sahaja beruntung kerana dapat bersedekah dengan harta kekayaan sendiri.

namun dibalas oleh Rasulullah saw, bahawasanya, sadaqah tidak dinilai dengan kekayaan dan harta benda.

apa yang difahami,
sedekah meliputi 3 aspek, iaitu :
  • sedekah dengan harta benda
  • sedekah dgn selain daripada harta benda
  • sedekah dengan mengucapkan tasbih, takbir, tahmid dan tahlil

dan yang paling menarik hati, sedekah dengan mengucapkan tasbih, takbir, tahmid dan tahlil itu adalah sedekah untuk diri sendiri. selama ni duk ingat sedekah itu, melibatkan pihak ketiga, namun sedekah pada diri sndiri pn ada, untuk bekalan d akhirat kelak.insyaAllah.

ada ungkapan yang paling diingati,

"harta yang di dunia ini dikira atas berapa banyak yang kita dapat, tapi harta yang dikira di akhirat adalah bermula dengan harta yang kita belanjakan ke jalan Allah seperti sedekah."

ps: sebarang kecacatan harap dmaafkan. menulis berdasarkan pemahaman sendiri, mungkin ada terkurang.

"tiap-tiap kebaikan adalah sadaqah" hadith Muslim dari riwayat Jabir.

2 buah fikiran:

Unknown said... [Reply to comment]

so nice like u...:)

anNaqia said... [Reply to comment]

@mohd khalis farouk Agil: thank you. so nice of you. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...