Join segmen lagi. Kali ini segmen by Cik Dalila Samsudin. Berkongsi kisah zaman kanak-kanak dahulu kala.
Tekan banner di atas untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan
Tujuan segmen:
- Untuk mengenang kisah kita masa kanak-kanak dulu
- Untuk menaikkan rasa kasih sayang pada kanak-kanak memandangkan sekarang banyak sangat berita-berita kurang enak yang melibatkan kanak-kanak, seperti kisah adik Nadirah
***************
Flashback...
Masa kecik-kecik dulu, saya teramatlah payah nak menghabiskan satu pinggan nasi. Dulu, tahap selera tersangat-sangat lah rendah. Sampai sekarang masih ingat lagi situasi kat bawah ni.
Mak : Selagi tak habis nasi, selagi tu tak boleh keluar dari dapur.
Saya : (berjurai-jurai air mata sambil suap nasi seciput)
Sekarang, alhamdulillah. Normal sudah tahap selera makan. Berat badan pun sudah naik.
Masa kecik-kecik dulu, punyalah minat sangat warna kuning, sampaikan basikal pun warna kuning. Gambar basikal kuning tu ada kat sini. Teringat lagi masa tingkatan 3, daripada beg sampailah ke liqiud paper semua berwarna kuning. Punyalah fanatik sangat warna kuning. Dulu, memang tak sah, kalo tak beli barang warna kuning. Sekarang, alhamdulillah, pemikiran lebih terbuka dan warna pink lebih diminati.
Masa kecik-kecik dulu, kalo masa cuti sekolah, pasti akan berkampung di rumah nenek. Mulalah merencana macam-macam aktiviti dengan sepupu dan kawan-kawan kampung nenek. Rumah nenek saya dulu tepi kebun getah. Jadi penuhlah biji getah kami kutip. Main laga biji getah. Lagakan dua biji getah, mana yang pecah dulu, dia yang kalah. Seronok betul main laga getah ni.
Masa kecik-kecik dulu, saya selalu ikut sepupu memancing ikan kat tali air. Pastu adalah kawan-kawan yang lain mandi manda kat dalam tali air tu. Berbasikal ke tali air melalui jalan kampung, sungguhlah nostalgia. Bila nak menyeberangi jambatan tali air tu, punyalah takut nak berbasikal, takut terjatuh ke dalam tali air. Sebabnya, jambatan tu hanya jambatan pejalan kaki semata-mata.
Saya rasa, setakat ini dululah sesi mengenang kisah kanak-kanak. Memandangkan kisah kanak-kanak adalah yang paling indah buat saya. Jadi, saya berharap, moga yang dewasa jangan merosakkan kenangan indah kanak-kanak. Jangan jadikan kanak-kanak mangsa nafsu jahat sendiri, kerna mereka pun ingin menjadi kanak-kanak yang boleh meningkat dewasa belajar melalui pengalaman.
p/s : Terpaksa tukar shoutbox sebab ada malware. I don't know if it is bad or not. hehe.
Mak : Selagi tak habis nasi, selagi tu tak boleh keluar dari dapur.
Saya : (berjurai-jurai air mata sambil suap nasi seciput)
Sekarang, alhamdulillah. Normal sudah tahap selera makan. Berat badan pun sudah naik.
Masa kecik-kecik dulu, punyalah minat sangat warna kuning, sampaikan basikal pun warna kuning. Gambar basikal kuning tu ada kat sini. Teringat lagi masa tingkatan 3, daripada beg sampailah ke liqiud paper semua berwarna kuning. Punyalah fanatik sangat warna kuning. Dulu, memang tak sah, kalo tak beli barang warna kuning. Sekarang, alhamdulillah, pemikiran lebih terbuka dan warna pink lebih diminati.
Masa kecik-kecik dulu, kalo masa cuti sekolah, pasti akan berkampung di rumah nenek. Mulalah merencana macam-macam aktiviti dengan sepupu dan kawan-kawan kampung nenek. Rumah nenek saya dulu tepi kebun getah. Jadi penuhlah biji getah kami kutip. Main laga biji getah. Lagakan dua biji getah, mana yang pecah dulu, dia yang kalah. Seronok betul main laga getah ni.
Permainan laga biji getah |
Sumber : Blog MarinaHunny
Keadaan jambatan masa kecik-kecik dulu |
Sumber : Laman Web Reka Cipta
Saya rasa, setakat ini dululah sesi mengenang kisah kanak-kanak. Memandangkan kisah kanak-kanak adalah yang paling indah buat saya. Jadi, saya berharap, moga yang dewasa jangan merosakkan kenangan indah kanak-kanak. Jangan jadikan kanak-kanak mangsa nafsu jahat sendiri, kerna mereka pun ingin menjadi kanak-kanak yang boleh meningkat dewasa belajar melalui pengalaman.
p/s : Terpaksa tukar shoutbox sebab ada malware. I don't know if it is bad or not. hehe.
6 buah fikiran:
byk join segmen dan GA ye awak ni. ape2pon gudluck ea :)
masa kecik2 bnyak betol memory kan. kalau boleh nak kembali ke zaman tu. tp masa tak boleh di patah balik. hanya boleh jadikan kenangan terindah jer :)
fanatiknya awk dgan wrna kuning --' ahaha anywy thanks join ! :D
shazwan:: haha. itulah pasal. kebetulan pulak ramai yg invite untuk join segmen diorg. will update more on my personal stuff later. :)
cIk JanNah: betul2. kenangan terindah tersemat kemas dalam hati. :)
Dalila Samsudin: itulah pasal. kipas susah mati kuning la dulu. alright dear. u're welcome. :)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^