Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label fikirku. Show all posts
Showing posts with label fikirku. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Rezeki

Rezeki.
Datangnya perlu disyukuri.
Hadirnya disambut dengan tanggungjawab diri.
Semoga tidak lupa.
Semoga kita dalam redhaNya.

Rezeki.
Datang tanpa diduga.
Kadang membuat diri terpinga.
Kadang tewas dek tamak haloba.
Semoga datangnya membawa seribu rahmat.
Untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Kerna akhirnya,
Rezeki datang dan pergi.
Bukti ianya bukan dalam kuasa diri sendiri.
Doa sebagai pengabdian padaNya.
Tenanglah jiwa.
Menghadapi kehidupan dunia.
Diharapkan dapat tenang berehat di sana.

Coretan : 08032016

Monday, October 8, 2012

Ujian kesenangan

Moga Allah mudahkan apa yang telah dihamparkan kepada kita.


Sunday, July 10, 2011

wishlist #1

I want to get married.
and
live a happy life
with a handsome husband.
with my sons and daughters.


Monday, June 6, 2011

frustration

Assalamu'alaikum! :)

Frustration = Kekecewaan.

Semua orang pernah merasai perasaan kecewa kan? Yang berbezanya situasi yang menyebabkan kita kecewa dan macam mane kite nak handle rasa kecewa tu. Macam-macam perkara yang menyebabkan kita rasa kecewa. Apa yang diharapkan tak dapat, apa yang diimpikan tak dapat, apa yang diidam-idamkan tak dapat.Mesti kite soal balik, kenapa tak dapat? Apa yang silap? Kenapa? Why?

Marilah kita belajar menghandle rasa kecewa itu dengan positifnya, yang mungkin kadang-kadang aku sendiri pun tertewas dengan perasaan sendiri. Itulah manusia kan? Lemah tanpa pertolonganNya.

Mari bedah dari akar umbi. Duduk sejenak. Instead of fikirkan keburukan di sebalik kekecewaan tersebut, tapi fikirkan apa yang Allah nak tunjuk di sebalik kita rasa kecewa tu. Kalo kite fikirkan keburukan je, yang menderita, hati kita yang kecewa ini jugak kan? Itulah dipanggil muhasabah. Scan segenap ruang kehidupan kita, yang mungkin ada kekurangan di sana-sini, yang mungkin juge menjadi asbab kepada kekecewaan tersebut. Perbaiki kekurangan tersebut. Upgrade setiap ruang kehidupan kepada satu level yang lebih baik.

Kekecewaan yang dirasakan itu adalah satu nikmat juga pada kita sebagai hambaNya. Kalo tidak diberi peringatan, kadang-kadang lalai jugak kan kita? Dah merasa kecewa tu, barulah kita tersedar, kat mane kita kurang kan? Daripada situ, kita belajar menerima ketentuanNya. Kerna Dia yang lebih tahu.

Setiap perkara yang Allah letakkan dalam kehidupan ini, semuanya dalam lingkungan pengetahuanNya. Semuanya Dia tahu. Semuanya di dalam perancanganNya. Jika kita sedar tentang perkara-perkara ni, kekecewaan yang dirasakan tu, insyaAllah sedikit sebanyak terubat. Semua benda yang kita buat dalam bumi Allah ni, semua tidak lepas daripada pengetahuanNya dan perhitunganNya.

Akhir sekali, dalam hidup ni, ada Allah bagi, ada Allah tarik. Apa yang Allah bagi tak semestinya buruk untuk kita, apa yang Allah tarik daripada kita, tak semestinya baik untuk kita. Kerna itulah kehidupan.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"
Al-An'am : 32.

Sama-samalah kita memperbaiki diri kita.


Sunday, April 10, 2011

sesi refleksi


sumber : gugel image

Pada suatu pagi yang lepas, saya berkesempatan melawat kubur datuk dan mak cik member. Ada tugasan yang perlu dilunaskan di tanah perkuburan.

Berada di kubur pada pagi yang damai, membuatkan hati dan otak dapat memproses maklumat dengan laju.

Melihat sekeliling kawasan itu, terdetik juga di hati, bagaimana agaknya mereka di alam kubur sana. Baikkah?

Melihat satu persatu, ada kubur yang ditinggalkan, pokok-pokok tubuh melata di atas kubur tersebut. Terdetik di hati, tiada siapakah yang datang menjenguknya di kubur?

Melihat kubur itu disusun, ada ruang kosong, terdetik jugak, selepas ini giliran siapa pula yang memenuhi ruang kosong tersebut.

Reflect back to ourself.

Daripada detikan demi detikan hati itu. Mari kita reflect back to ourself.

Kita nanti bagaimana di sana. Mampukah menjawab soalan mungkar nakir dengan jayanya? Luaskah kubur kita nanti? Berseorangankah kita?

Masih adakah yang ingat, jika kita sudah berada di sana nanti? Ada orang yang masih mendoakan kesejahteraan kitakah walau sudah jauh terpisah?

Kitakah nanti yang memenuhi ruang kosong itu? Bersediakah kita nanti?

Sesi tepuk dada tanya iman.

Mari menepuk dada, bertanya khabar pada iman. Sihatkah iman hari ini?

Dari Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu). Kecuali tiga perkara (yang berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Kita yang masih lagi bernafas dengan oksigen daripadaNya, masih mampu berfikir waras. Bersyukurlah masih ada masa lagi untuk mempersiapkan bekalan.

Bersabda Rasulullah s.a.w: "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik"
-daripada Ibnu Umar

Ingin menjadi yang paling cerdik, tapi kadang-kadang tewas jugak. Manusia seperti kita, iman kadang-kadang meningkat, kadang-kadang menurun. Tiada daya dan upaya, hanya dengan mengharapkan Dia pegang hati kita, dan tidak membolak-balikkannya sehingga kita alpa dan lalai.


Ali 'Imran ayat 8

In case awak terlupa, saya ingatkan. Masa saya terlupa, harap-harap ada yang ingatkan.

Notahati : Tujuan hidup perlu lebih jelas, moga tidak kecewa dengan hal-hal dunia semata.

Wednesday, April 6, 2011

sakit rumah

Sejak dua menja tiga menjak ni, sakit rumah semakin menjadi-jadi. Mungkin ini simptom-simptom bagi budak tahun akhirlah kot. Mana taknya, kebanyakan member-memberku yang berumahkan sepelaung mesti balik tiap-tiap minggu. Maknanya, bukan aku sajelah yang ade penyakit ni.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, masalah kecil pun jadi macam masalah besar. Haish, apekehei pun tak taulah. Pastu, mulalah rasa nak balik rumah. Hm, balik rumah walaupun takde lah setel masalah tu, cuma psikologi sahajo serasa aku.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, banyak benda difikirin. Masa depan barangkali. Huish, itu perkara penting kot. Tapi, itu hal manalah kita ada kuasa kan? Hm, ini membantutkan tumbesaran otak sahaja.

*****************

Kamonlah.

Kata nak enjoy student life.

Masalah, pasti ada penyelesaian.

Mari membersihkan otak dan hati.

Sudah-sudahlah.

Stop whininglah nona.

Jangan sampai kufur nikmatlah.


Allah sebaik-baik perancang.Mari bersangka baik padaNya.

Thursday, March 24, 2011

alkisahnya SPM

Tarikh keputusan Sijil Penilaian Menengah (SPM) diumukan pada 23 Mac 2011, iaitu semalam. Kalo masa aku dulu, seingat akulah, 14 Mac 2006.

5 tahun yang lalu aku yang berdebor nak amek result. Semalam, adik aku pulak yang mengalami situasi sama. Aku pun turut gelisah jugak, dapat brape lak cek mek tu. Alhamdulillah, rezkiNya melimpah ruah kat acik. 

For me, it is a turning point, when it comes to SPM, you need to make wise decisions. Sebabnya, sekolah dengan universiti adalah dua alam yang berbeza. Kat sekolah, even kita tak minat subjek biology contohnya, tapi we got cikgu, yang boleh pupuk minat tu, and kita boleh paksa diri kita belajar. Tapi kat universiti lain, you sendiri yang kena survivekan diri sendiri. Tak minat, takde lecturer nak pupuk minat tu kat you, but you yourself yang kena paksa diri minat subjek yang terpaksa dipelajari. Lagi satu, kalo kita kandas kat sekolah, kita still boleh blaja sampai tingkatan 5. Kalo kat universiti, you kandas you out. 

Semua benda akan berubah. Jika dulu kat sekolah, cikgu add math ajar bersungguh-sungguh pagi petang malam sampai nak terkeluar anak tekak cikgu, semata-mata nak anak murid faham topik kebarangkalian, kat universiti sudah lain. Belajar jugak subjek kebarangkalian (statistics) tapi just from the slide, lecturer reads from the slide, you yang kena fahamkan sendiri. Itu normal. Dulu makan orang suapkan, sekarang kena makan suap sendiri, basuh tangan dulu, baru boleh suap. 

Cara belajar pun semestinya kena lain. Every person will have their own style of studying. Semua lain-lain. Ada yang boleh belajar dengan buat group study, ada yang hanya boleh belajar sorang-sorang, dan ada jugak yang boleh guna dua-dua methods, its depends. Dulu masa mula-mula masuk uni, aku agak tunggang langgang jugaklah study, bila dah lama-lama barulah stabil, tapi tulah, kalo da lama-lama baru nak stabil, pointer pun lambat sikitlah nak stabil. Jadi sape-sape nak masuk uni nanti, cari terus cara study yang sesuai dengan diri sendiri dan dapat skor tinggi. 

Masuk universiti semua membawa identiti masing-masing. Dari situlah belajar mengenal kerenah orang-orang sekeliling, kalo kat sekolah dulu, terasa kanak-kanak lagi, kalo fikir pun, bilalah kasut sekolah nak kering, bila abah nak datang amik, pukul brape nak sampai sekolah itu je. Tapi, bila dah meningkat umur, banyak dah benda nak fikir, itulah,inilah. Macam-macam hal. 

Banyaklah perbezaan hidup universiti dan sekolah. Tapi, ade jugak perkara yang tak perlu berubah, dan perlu ada dalam hidup. Rajin, usaha, tawakal, semua benda positif time kat sekolah dulu. Ramai yang cakap, tak guna dapat 10A pun, kalo kat universiti kecundang, itu nasiblah dan manusia mungkin terlupa untuk membawa bekalan positif dari sekolah ke universiti. Kehidupan orang ni kan lain-lain, ada Allah bagi bagus awal-awal, ada Allah bagi teruk akhir-akhir. Tapi, pegang satulah, nak berjaya, kena usaha, tak berjaya, tak semestinya gagal seumur hidup, kita ada akal untuk fikir, untuk bangkit balik, berjaya dunia akhirat dalam kasih sayang Allah itu kan lebih bermakna.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang nak meningkat dewasa yang akan masuk universiti, bersedialah mental dan fizikal. Perjalanan jauh lagi kalo kita dipanjangkan umur, jadikan SPM tu sebagai titik tolak untuk terus berjaya. Pada yang dapat skor, maintainkan skor sampailah abis universiti jika diizinkanNya, pada yang tak skor, Allah itu ada. Kalo kita usaha lagi selepas ni, insyaAllah, moga Allah pandang usaha kita, dan kita dapat result yang lebih baik, bukan di SPM, di universiti mungkin. Orang yang bijak, orang yang tak jatuh pada lubang yang sama dua kali. 

Live and learn. Mari belajar daripada kehidupan sekeliling.

miss SESTER oredi. :') 

Friday, March 18, 2011

rahsiaNya

Pertemuan, rezeki, ajal, maut dan jodoh adalah rahsiaNya. Pernah dengar ungkapan, pertemuan, rezeki, ajal, maut dan jodoh di tanganNya kan?

RahsiaNya - ajal

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan
[Al-Munafiqun : 11]

Baru lepas dengar cerita member mengenai kematian student UTP masa balik mid semester break hari tu. Kebaikannya disebut-sebut sehingga ke hari ini. Muka arwah bersih tiada cela. Kata memberku, orang yang lihat wajahnya, melihat dahi arwah berpeluh, dan dikatakan orang yang meninggal dalam keadaan dahinya berpeluh, inshaAllah dengan izinNya dijanjikan tempat-tempat orang soleh. Tersentuh hati kite yang mendengar. Tiada cela pada fizikal walaupun meninggal kemalangan. Kedatangan sahabat-sahabat ke rumah arwah tidak putus-putus. Nak solat jenazah terpaksa dilakukan di surau sebab terlalu ramai yang datang.

Fikir balik diri-sendiri. Macam mana keadaan kita meninggal nanti?
Cukup ke tak bekalan nanti?
Nanti ade ke orang nak ceritakan kebaikan kite walaupun da tiada di dunia ni?
Banyak lagi yang kurang.
Menangis fikir. Haish~

RahsiaNya - jodoh

Lepas cerita bab-bab sedih, masuk bab jodoh pulak tadi. Hm, duk membilang-bilang pasangan yang sedia ade dalam kos batch sendiri. Semua da ade steady partner, ade plan masing-masing. Kebetulan masa tengah cakap-cakap tu, semua single mingle lagi. Takde lah rase awkward sangat nak bercerita. Dulu selalu sedih, sebab fikir, aku ni tak laku. Takde orang nak. Pastu fikir-fikir balik, aku nak cari bakal suami, mungkin sebab tu susah sikit kot. Jodoh tu tak jumpa lagi. Dulu selalu risau, takut kahwin lambat. Haha~

Bila difikir-fikir, dalam hati dah ade yang aku suka. Dah lame suka. Tapi orang cakap suka, minat, cinta, kasih tu lain. Tak kisahlah. Cuma fikir, it's not the time yet. Doa je senjata aku sekarang. Tunggu masa Allah kata kun, fayakun. Tapi sekarang fikir, aku ni, sempat ke tak kahwin. Manalah tahu, umur pendek, tak sempat merasa kahwin pun. Doa yang terbaik. :)

Ya Allah, aku mohon, jika dia benar untukku, permudahkanlah, satukan kami dalam batas-batas syarakMu. Namun, jika dia bukan milikku, redhailah hati aku, kerana aku tahu Kaulah sebaik-baik perancang. Kumohon apa yang telah Kau takdirkan.


*PrayforJapan. Moga terus tabah Japanese.*

Wednesday, March 16, 2011

harapan

Mungkin sudah tiada peluang.
Tapi Allah tu ada.
Bukan kita yang menentukan peluang tu ada ke tak.
Berdoalah kerana Dia Maha Mengetahui.

Thursday, March 10, 2011

kata ganti diri

Ye adik-adik, hari ini, tiba-tiba nak menulis pasal kata ganti diri. Bukan kata ganti nama ye.
Kata ganti diri dan kata ganti nama adalah dua benda yang berbeza ye adik-adik.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. Kata ganti diri ni subset kepada kata ganti nama. Haa, bukan maksudnya saye nak cakap ni.

Okey, korang semua ni mesti tau pasal kata ganti diri tu. Pernah belajar Bahasa Melayu kan?Kata ganti diri ade tiga. Jadi hari ini, kita belajar pasal kata ganti diri yang pertama versi saye ye.

Kata ganti diri versi saye ni sesuai untuk orang yang sedang berkasih sayang. Berkasih dengan kekasih, berkasih dengan ibu bapa, berkasih dengan adik beradik, berkasih dengan sahabat andai, berkasih dengan siapa-siapa sahaja, you name it, as long as, temanya berkasih. Fuh~

Mari belajar!

Perkataan pertama
Sayang - syg
Shayang - shyg
Cayang - cyg
Yang - yg
Yunk - yk

Perkataan kedua
Darling - drlg
Daling - dlg
Dalim - dlm
Laling - llg
Lalink - llk
Lalim - llm
Ling - lg
Link - lk

Perkataan ketiga
Dear
Dearie
Dearest
Deer? (heh~)

Perkataan keempat
Busuk?
Bushuk
Mucuk
Mushuk
Huh~

Perkataan kelima
Baby
Babe
Beb
Bebeh
Bebek? :P


Cukuplah lima perkataan, dah tak dapat fikir dah. Hebatkan manusia ni dalam mencipta perkataan, dari satu perkataan tu, dapat 4 hingga 5 ejaan yang berbeza tapi memberi maksud yang sama.

Motif pelajaran : mempelajari revolusi perkataan kasih sayang.

Agak-agak korang guna yang mana satu eh?


Wednesday, February 23, 2011

kisah pasar malam

Hari ni ke pasar malam di taman maju. Suasana mendung saja. Bermacam-macam orang dapat dilihat di sini. Meh nak kongsi kisah pasar malam. :)

Yang kurang

Yang kurang (peminta sedekah) banyak dilihat di tepi-tepi jalan. Kebanyakannya cacat penglihatan, warga emas, dan orang kurang upaya. Sampai kadang-kadang tak sampai hati nak tengok. Terfikir jugaklah, di manalah anak-anak diorang. Jauh di sudut hati, syukur padaNya dipinjamkan fizikal yang sempurna. Ada juga hidupnya susah, hingga terpaksa meminta sedekah. Terpukul jugak dengan keadaan sekarang, hidup senang lenang, yang kadang-kadang boleh membuatkan diri lupa mereka yang susah. Kesenangan yang kadang-kadang membawa kemudharatan. Hm~

Yang usaha

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[Al-Jumu'ah : 10]

Suasana mendung, penjual-penjual di pasar malam tadi kurang. Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam penjualan mereka. Pastinya, ada naik dan turunnya. Namun itulah mereka yang usaha, demi sesuap nasi, demi pendapatan sampingan. Belajar melihat hikmahnya. Tiada alasan untuk diri mengalah dalam kehidupan, jika melihat situasi mereka yang lagi susah hidupnya jika nak dibandingkan dengan kehidupan sendiri.

Kasih ibu

Di gerai orang menjual nasi lemak, kelihatan anak dan ibu, sedang menunggu giliran. Tiba-tiba salah satu plastik daripada tangan si anak jatuh ke atas jalan. Yang turun menunduk dulu si ibu, mengambil plastik yang jatuh itu di kaki si anak. Terdetik jugak di situ, kenapa mesti si ibu yang menunduk dan mengambil plastik di kaki si anak tersebut. Sedangkan di tangan si anak, hanya ada beberapa plastik sahaja jika nak dibandingkan dengan plastik di tangan si ibu. Walaupun benda ni kecil, tapi daripada sekecil-kecil perbuatanlah akan membawa kepada perubahan sebesar-besar perbuatan. Kasihnya ibu, tiada taranya. Yang susah mahu dikendongnya, yang senang mahu juga dijinjingnya.

Kasih anak

Penjual-penjual di pasar malam, kebanyakan pembantu mereka adalah anak mereka sendiri. Tangan si anak pantas saja menyiapkan pesanan pelanggan. Kagum melihat mereka yang diasuh berdikari mencari sesuap rezeki demi menjamin kejayaan dalam hidup. Merenung jauh ke dalam kehidupan sendiri, jika nak dibandingkan dengan mereka, jauh bezanya. Tidak perlu turun padang bersama ibu abah untuk mencari rezeki. Cukup sekadar belajar hingga berjaya. Amanah besar dalam hidup.

Moral of the story : Muhasabah jom. Jangan sampai lupa warna rumput di kaki, kerana asyik melihat pelangi yang sementara di langit.

Sunday, February 20, 2011

dah tak special dah

dulu special,
sebab panggil nama betul kau.
sekarang dah tak special dah,
sebab dah tukar panggil common name kau.

dulu special,
selalu stalk kau.
sekarang dah tak special dah,
sebab kau pun dah ramai yang stalk.
(tak special la nak stalk secara berjemaah kan?)

dulu special,
selalu fikir pasal kau.
sekarang dah tak special dah,
sebab aku banyak lagi benda lain nak fikir.

dulu special,
sampai aku teraddict kat kau.
sekarang dah tak special dah,
aku ade addiction lain dah.

kau dah tak special dah di mataku.
aku pun tak special di mata kau kan?
haha. kita serilah.
aku dah insaf.

bye!

Sunday, February 6, 2011

batri, the talkative


Batrisya : Oh, tudung yuna!
Nona : Hah? hahah. Tudung yuna eh?

Batrisya : Oloh, dua nah buku?
Mak : Haa, dah tu nak berapa?
Batrisya : Haa, takpe takpe.

Batrisya : Oh baby. Nama gapo?
Mak cik dukung baby : Haa. Panjang namanya.

Batrisya : Kakcik tulis la semua.
Acik : Mane boleh, batri lah tulis. Buku Batri.

Si kechil ni sungguh banyak cakap. Sana sini cakap. Semua orang dia tegur. Kalo nak korek rahsia pun senang, dia maen cakap je. Kanak-kanak selalu bercakap apa yang dia nampak. Sungguh telus. Sukalah! :)

Friday, February 4, 2011

merisik ke?

Dua tiga hari lepas ade letak status cmni kat facebook.

Mak : Hari jumaat ni, ade member abah nak datang rumah.
Nona : Datang merisik ke?

Hari ni memang member abah datang rumah. Bukanlah merisik. Saje je tanya mak camtu. Huih, belajar pun tak abis lagi. Ini reunion, member abah time maktab dulu, which is senior mak datang rumah. Tapi kan, best jugak la kalo kite duk rumah je, tiba-tiba orang masuk meminang. Wow! ade lagi ke camtu sekarang? Kahwin dengan pilihan abah ngan mak sounds good. Ngeh~ Okey back to the story, member lame abah datang melawat abah di sini. Mengikat silaturrahim lame kembali. Bercerita kisah-kisah member yang lama. Seronok betul berkawan ni kan? Sampai tua masih in contact.

Diorang jumpa balik melalui facebook. Haa, besarkan pengaruh facebook. Dulu bukan main susah nak buat facebook, mula-mula wat facebook, gile game kejap. Pastu, gile stalk orang, tengok gambar orang. Pastu sekarang dah slow down sikit. hehe. Bagiku, facebook tak ubah seperti diari maya semua orang. Facebook masing-masing melambangkan personaliti masing-masing. Nak cerita kisah di facebook la pulak.


Ade yang selalu tukar profile picture. (haa, akulah tu. Sehinggakan ada yang menegur di facebook. haha. Agak malulah ditegur begitu. Hm~)

Ade yang meletakkan link-link yang bermanfaat. Aku akui, di sebalik kelaghaan facebook, ada baiknya jugak facebook ni. Banyak jugaklah ilmu yang bermanfaat daripada link-link yang orang letak di facebook.

Ade yang membuat invitation ke wedding, interview dan aktiviti-aktiviti lain. Salah satu medium mudah dan percuma. Oh, semakin lama semakin banyak dapat invitation wedding daripada kawan-kawan. Dah tua rupanya aku ni. ohoi~

Ade yang meluahkan rasa rindu di facebook,

Pakwe : rindulah!
Makwe : rindu jugak~ muah muah. (sukelah hiperbola aku nih~ )

Banyak jugaklah membaca kisah cinta orang-orang di facebook. Bace kesah orang jelah mampu. Yang menarik dalam hidupku, kisah kehidupan aku dan famili, aku dan kawan-kawan seperjuangan ajelah. Tapi terfikir jugak, kalolah ade cinta yang ditolak, pastu tengok orang yang dicintai bahagia bercinta dengan orang lain, sedih jugak kan? Mungkin boleh gunakan fungsi blocking.

Ade yang suka update ape yang dibuat.

Hari ni terserempak dengan pak cik tua tengah order ayam kentucky.

Aku suka je baca status camni, macam bace kesah hidup si penulis ini. Takdelah annoying sangat rasanya, tak mengganggu hidup aku, kira OK la tu. Tak perlulah negatif dengan segala apa orang di facebook buat, orang kate, jangan menambahkan asid di kepala. Janji semua bahagia. OK la tuh~

Macam-macam ragam orang boleh bace kat facebook. Ini baru di facebook, belum tengok di pasaraya-pasaraya. Ade yang menegur cara orang menggunakan facebook. Kadang-kadang tak perlulah menegur, sebab, lain orang, lain ragamnya. Menegur pada perkara yang salah tu baik, tapi menegur perkara yang langsung tak mendatangkan kemudaratan, bagiku tak relevan. Belajar menerima kepelbagaian cara orang lain, hidup penuh variasi itukan menarik. Apa pendapat anda?

two in one. Kisah merisik plus kisah facebook. ngeng~

Tuesday, February 1, 2011

kehidupan berperingkat-peringkat

Masa terus berjalan tanpa henti. Hidup terus berlangsung tanpa lelah. Pasti kita akan berhadapan saat genting.

Nak masuk darjah satu, mak abah tolong fikirkan nak letakkan aku kat sekolah rendah yang mana. Dah dapat sekolah rendah, belajar sampai UPSR, lepas tu fikir pulak, nak ke sekolah menengah yang mana. Dah dapat masuk sekolah menengah, tiba-tiba pasang angan-angan nak masuk sekolah berasrama penuh (padahal tak tau pun asrama penuh tu camne, tau sebut aje). Nak masuk asrama penuh pun terfikir jugak nak yang mana satu, walaupun bukan boleh sendiri pilih. Lepas masuk asrama penuh, belajar siang malam sampailah SPM. Time ni saat genting tiba, turning point yang boleh mengubah hidup seseorang. Masa ni, fikir jugak untuk membuat pilihan nak masuk ke universiti yang mana satu. Kira da sampai menara gading la ni kan? Belajar pagi petang siang malam, hampir tiba ke garisan penamat musim universiti.

Dan sekarang, mula berfikir, masa depan lepas graduate. Senang tak dapat kerja nanti. Dapat kerja kat manalah nanti. Sambung master ke nanti. Jadi engineer ke nanti. Tinggal kat manalah nanti. Dapat gaji banyak tak nanti. Semua soalan ni dah berlegar-legar di otak. Takutnya nak menghadapi satu level lain dalam kehidupan.

Berdoa, dan terus berdoa mengharapkan penyudah kehidupan universiti yang terbaik. Kita merancang, Allah pun merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Monday, January 31, 2011

ujian mendatang

(Menulis sambil-sambil mendengar lagu InsyaAllah - Maher Zain dalam versi Melayu. heh~)

Sekarang ni, sekeliling hidupku diujiNya.

Teman seperjuangan dimasukkan wad.

Teman di Mesir dalam keadaan bahaya.

Teman di Johor mengalami banjir.

Moga hati-hati yang diuji terus bersabar. Moga ujian yang diberi menjadi kifarah dosa hati-hati mereka.

Banyak sangat benda yang lupa. Saat senang dah lama Allah bagi. Sekarang Allah ketuk sikit hati masing-masing, untuk kembali ingat padaNya. Ambil iktibar jom.

"For indeed, with hardship (will be) ease. Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship).."

[Al-Insyirah, 94: 5-7]

Monday, January 24, 2011

final year second semester

Oh, blogku da ade 50 follower lah. Terima kasih rakan-rakan, dan Wany menjadi orang yang ke 50. Setinggi-tinggi penghargaan buat Wany dan follower semua. (haha, macam ucapan pengawas kat perhimpunan jek~)Semakin banyak yang singgah ke blog ni. Terima kasih ya pelawat-pelawat semua. Kedatangan semua dialu-alukan. Semakin lama, semakin mendalami ilmu berblogging ni. Dalam proses belajar lagi. Diharapkan semua dapat memberi sokongan. hee~

*************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memulakan perjalanan semester kedua sebagai pelajar tahun akhir.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Fokus hari ini, ke kelas dan ke registrar, menyelesaikan hal subjek sume.
Rabbi yassir wala tu'assir ya Kareem.


Friday, January 21, 2011

review : house rules

Haritu penah janji nak review pasal novel House Rules by Jodi Picoult bila da abis bace. Baru petang tadi selesai bace. Overall, penceritaan yang menarik. Jodi Picoult ni author of My Sister's Keeper. Suka teknik penceritaan dia. Dia cerita mengikut perspektif semua karakter yang utama. Maknanya, perasaan semua karakter dapat dirasai pembaca.

Ceritanya mengisahkan kesusahan seorang ibu tunggal, Emma menjaga dua orang anak, Jacob and Theo. Jacob ni ada penyakit, Asperger's Syndrome (AS) namanya.

Orang yang ada AS seperti Jacob ni akan stick to the rule. Bajunya akan disusun mengikut kaler pelangi, nak makan pun kena ikut warna hari. Warna makanan kena ikut kaler tema pada hari tu. Contohnya, hari jumaat, kaler tema biru, jadi makanan pun semua kena kaler biru. Hari Rabu tema kaler kuning, jadi makanan pun semua kaler kuning. Jacob ni tak pandai baca reaksi orang. Penyakit tu sudah jadi beban pada Emma.

Dulu penah jugaklah susun baju ikut warna, tapi sekarang, hentam saja.

Bebanan Emma bertambah bila, Jacob dituduh membunuh Jess Ogilvy, his social skills tutor. Cerita ni banyak jugak memberikan term-term mahkamah. Banyak betul prosedur mahkamah ni.

Cerita berlanjutan dengan perbicaraan Jacob. Bukti semua menunjukkan dia yang bunuh Jess Ogilvy. Soal jawab berjalan tanpa henti. Sampailah masa juri-juri buat keputusan. Akhir sekali, Jodi Picoult tak memberikan kesimpulan. Pembaca diberi peluang untuk simpul sendiri cerita ni, sama ada betul Jacob bersalah atau tak.

Cerita ni bestlah untuk first timer baca novel Jodi Picoult cam aku ni. Memang akan nak beli lagi buku Jodi Picoult. Worth reading it. :)

Novel seterusnya, The Last Song by Nicholas Sparks. InsyaAllah, ade kesempatan akan bace dan wat review.

Yang menarik,
  • Jacob akan quote lagu, dialog dalam movie, kalo dia tak tau nak jawab soalan orang atau pun dia rasa distracted. (suke jugak quote menquote ni. Yang mana best, meaningful, relate to my life, memang akan diambil, pastu wat status kat facebook. heh~)
  • Jacob ni disebabkan penyakit AS tu, dia menjadi orang yang sangat precise. Kalo orang janji ngan dia untuk jumpa dalam masa 21 minit, memang betul-betul dia akan tunggu 21 minit. Kalo lambat skit, dia akan tak keruan, ni kesan daripada AS ni.
Banyak lagi yang menarik. Bacelah, tak rugi. Banyak ilmu dapat. Ilmu penyakit AS ni, ilmu dalam mahkamah, fakta-fakta lain pun ada.

Novel omputih kedua yang sempat habiskan, yang lain karam di lautan. hehe.

Wednesday, January 19, 2011

Cakak tganung

'Orang yang jage semayang, tak same dengan orang yang tak jage semayang. Kalo orang kate, dia dop semayang hati baik, pale hotok die' - Ustaz Azhar Idrus.

Aku suke banget dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Dia ajar sangat telus. Pendekatan dia dekat ngan kehidupan manusia sekarang. Memang paham apa yang diajar. Contoh yang diberi memang melucukan, tapi penuh dengan mesejnya. Boleh ambil pengajaran dari cerita lucu beliau. Kadang-kadang aku lebih ingat part lucu, dari part serius. hehe.

Dialek terengganu dia amatlah pekat. Oh, selain ngan Zizan Raja Lawak, aku belajar cakak terengganu jugak ngan Ustaz Azhar Idrus. Kalo Zizan Raja Lawak hanya ajar cakak terengganu level satu je, tapi kalo Ustaz Azhar Idrus ni, memang da kira level 10 da kot. Kadang-kadang lawak gak dengar dialek beliau. Unik betul cara beliau cakap.

Kira kalo nak agama boleh dengar ceramah beliau, kalo nak ilmu boleh dengar ceramah beliau kalo nak hiburan pun boleh dengar ceramah beliau. Korang-korang yang tak paham tu, mungkin boleh mintak tolong member yang faham. Serius, memang tak rugi belajar cakap terengganu semata-mata nak dengar ceramah ni. Beliau superb!

Nak tahu biodata beliau, boleh klik sini.

Sebelum tido, jom baca dan fahamkan ayat di bawah, same-same muhasabah jom.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[Al-Baqarah : 208]

Tuesday, January 18, 2011

just not yet

Love according to science. There have been all kinds of studies done. People are more attracted to people with symmetrical features. And symmetrical men smell better to women. Also, people who have similar genetic traits are attached to each other.

Terbace entry cikepal pasal cinta tak kesampaian. Kat sini.

Pernah jugak berada di situasi cik epal. Sekali terfikir, wow, hebat betul aku kalo bab-bab confess tapi malu jugak la weh! Tapi betul jugak apa yang dikatakan,tak kesahlah dia suka balik ke tak, as long as dia tau kite suke dia and I think I have done my part. Yang lain tawakkal, ada jodoh Allah izinkan. Hoyeah, Oredi got the positive side of berani confess ni. Tapi, tak payahlah confess-confess ni. Kesah kite pun tak jadi complicated. Ini siriyus! hoho.

Cinta bertepuk sebelah tangan ke sebelah kaki ke, still memeritkan. Tambah-tambah kalo satu pihak saja meletakkan harapan untuk setia, manakala satu pihak lagi hanya pandai bermain tarik tali. Tapi better bertepuk sebelah tangan dulu la kot. It's better to have secret admire. For me, secret admirer is my inspiration to work harder. Although he has nothing to do with my studies. heh~ Mujahadah member aku cakap.

Secret admire, meaning that we won't expect he will love us back. Because if you expect something, you're sure to be disappointed. Let's be the best muslimah, and let Allah do the rest. Put your hand to your chest, whisper to your heart, Allah know who is waiting for you. Just believe in Him. Your time is not yet come. Just be patient and be the best slave to Him. He will give us the best other half. I'm not encouraging readers to have secret admire. But, learn how to handle it. And so do I, still learning to handle the feelings.


The love story is just not yet started. Hopefully it will start beautifully and end with the bless of Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...