Friday, October 19, 2012
Jumaat yang indah
Hari ini saya sampai pejabat awal. Yeay! I feel good.
Sampai awal di pejabat adalah satu perkara yang menyenangkan hati.
Mari berkahfi. :)
May Allah ease my heart with all of the things that happened.
Wednesday, May 9, 2012
Induksi
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Allah berikan kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas oksigen percuma. Hari ini, masuk hari kelapan saya berinduksi.
Banyak input yang dapat daripada induksi ini, untuk persediaan sebelum masuk kerja. Seronok jugaklah. Makan sedap, tidur lena, pergi ke kelas sama macam zaman universiti dulu.
Syukur Allah berikan rezeki yang melimpah ruah. Selepas melalui fasa-fasa kesusahan yang amat sebelum ini. Moga Allah terus menerus memberikan hati yang sentiasa mensyukuri nikmatNya.
![]() |
| Induksi 14 hari |
p/s/s : Curi masa untuk update sikit-sikit. Hee. :)
Monday, April 30, 2012
Fasa seterusnya
Sekejap lagi saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk memulakan pekerjaan di sana.
Berkemungkinan besar, blog ini akan jarang di'update dan saya akan jarang berblogwalking. Mungkin tidak sekerap seperti selalu. Tapi, jangan risau, kalau anda meninggalkan jejak di blog saya, insyaAllah, saya akan lawat blog anda semula. :)
Agak lama saya menunggu panggilan untuk masuk kerja, dan alhamdulillah, Allah sebaik-baik Perancang, saya akan mula kerja pada bulan depan which is lusa.
Saya berharap, moga Allah melindungi dan merahmati perjalanan hidup saya yang seterusnya ini. Fasa baru dalam kehidupan, insyaAllah, moga Allah permudahkan.
Macam-macam perasaan ada. Bercampur baur. Cuma tak dapat nak explain dengan penulisan.
Doakan kehidupan saya untuk fasa seterusnya ini deh rakan-rakan yang membaca. Moga Allah merahmati kalian.
p/s : Niat berhijrah untuk mencari rezeki halal semoga dapat menabur budi pada kedua orang tua. Lillahi Ta'ala. Rabbi yassir wala tu'assir Ya Kareem.
Friday, April 27, 2012
Sound of The Rain
Drip drip.
Sound of the rain
Falling on the tin roof
Becoming the lullaby song
To the dead to the world.
Sound of the rain
Gloomy day for fishermen
Aquatics another day of joys.
Sound of the rain
Magical curve drawn on farmers' face
The land greets them with open arms.
Sound of the rain
Can make people anxious over flood
Can make people grin seeing rainbow.
Sound of the rain
Sound of nature
Appreciate while it is still raining
As we never knew
When the Earth is drying.
(Created on 24th April 2012 while listening to the sound of the rain)
p/s : Another 'suspense' day to face. Rabbi yassir wala tu'assir, Ya Kareem.
Tuesday, April 24, 2012
Doa
Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya, an article that is worth to ponder on.
p/s : I'm blessed with beautiful family members and friends that always pray for me. Syukurlah. :)
Sunday, April 22, 2012
Steady partner
It is now has come again to the topic of marriage.
Steady partner.
Maybe some people call it other half and maybe some people call it lifetime partner. For me to start the journey of becoming the love birds, initially you need a steady partner.
People asked me, why you so serious about relationship?
And I asked them again, do you like to have a meaningless relationship?
That is why I call it steady partner.
You are the one who protects my heart from hurting.
You are the one who gives the shoulder for me to cry on.
You are the one who protects my dignity from becoming a cheap girl.
You are so steady until I can count on you.
The formula is simple as that. (Although the list is still long to be told)
If you are unable to say that you can be the steady partner of mine, please do the walking to the right person.
In that case, you are not the apple of my eye lah. * restless sigh*
p/s : If you're a true man, be like one.
p/s/s : Hormatlah saya macam awak hormat kakak dan adik perempuan awak.
p/s/s/s : Tua-tua ni, dah tak reti main ciku cak. (Tua as in matang. Teehee)
Tuesday, April 17, 2012
Jiwa
Saturday, April 7, 2012
Unoccupied
![]() |
| My work-to-do list during student life |
![]() |
| During Hybrid Vehicles' assignment |
p/s/s : Boleh pulak terlupa nak letak tajuk entry ni, hari ini dalam sejarah betul.
Monday, April 2, 2012
The Untold Story

Flipping through the diary
Reading at a normal pace
Reminiscing the good old days
Smiling widely.
The sad stories
Written with teary eyes
The happy stories
Eagerly written for pages.
Sometimes it's hurt
Sometimes it's worth smiling.
Everything seem to be the untold story
For the girl to be heard
For the boy to be understood.
Until the last page
The story seems to be ended
At a point that we don't even know.
Enjoy it while it lasts
Because it never does.
For the untold story
Mum's the word
As the world is not always
The stage for a storytelling contest.
p/s : Just a piece of thought before going to sleep on
Saturday, March 31, 2012
Imperfect
People said,
Everything happens for a reason,
Sometimes the reason is undefined.
People said,
What goes around comes around,
Sometimes it confuses me.
People said,
Beauty is in the eye of the beholder,
Sometimes the eye is not the beauty judge.
People said,
Love the one who loves you,
But who want to start loving first?
Life is about being imperfect,
to the world of imperfection.
There's no need to be perfect,
when the flow itself is imperfect.
Little mind stop thinking complicatedly,
Start 'enjoying' life to the fullest,
As Jannah is the final destination,
Being 'perfect' in the eye of HIM.
p/s : Don't read directly, as the meaning is not in the words.
Tuesday, March 13, 2012
Truly a beautiful life
![]() |
| Source : Mr Google |
Lie down on the bed
Crossing hands on the head
Listening to the clicking clock
Waiting patiently to the answers
Hoping to own a time machine.
Walking down the empty road
Time become slower and slower
Passing through the graffiti wall
Hoping to see someone
Waiting at the end of the road.
Dancing jovially
As if the world is hers
Until the ballet shoes worn out
Ironically, at the back of her mind
Loads of problem waiting to be solved.
Glancing around
Spot violet tulips
Dancing to the rhythm of wind
Birds chirping the song of life.
It is all alive
For she needs to move on
Leaving the past
Facing the present
Anticipating the future.
Truly a beautiful life.
Monday, March 12, 2012
Heart to heart
Saturday, March 3, 2012
Kau pergi
Ingat tak post pasal My poor little kitten yang lepas.
Hari ini, bersamaan 3 Mac 2012, lebih kurang 10 minit sebelum masuk Maghrib, dia telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Hanya linangan air mata mengiringi pemergiannya. Kubisikkan padanya, "Angah redha dengan pemergianmu darling."
"To Allah we belong and to Him is our return" - Al-baqarah : 156
Sayu jugak hati bila lihat saat-saat akhir dia menghembuskan nafas akhir tu. Sebak betul, sambil mencurah-curah air mata, laju seperti hujan di luar rumah. Bila baca surah Yasin tadi, terbaca maksud ayat last sekali. Indeed, 'So glory to Him in Whose hands is the dominion of all things: and to Him will ye be all brought back, maksudnya,
Oleh itu, akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhanallah!) - Tuhan memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. - Yaa Siin : 83
Berakhir sudah kesakitan yang dirasainya. Biarkan kenangan berbunga di ranting usia.
![]() |
| Love you |
p/s : Pat on my heart, she left for good. *kesat air mata* :)
p/s/s : Teringat kat lagu Pergi by Aizat Amdan
Tuesday, June 21, 2011
Monday, April 25, 2011
yankie yank
Jangan hubungiku lagi.
Ini bisa jadi yang terakhir.
Sekarang dan selamanya.
Yankie yank.
Heh!
Orite, sambung study. :)
Sunday, April 24, 2011
life taught me
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.' Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah, Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Got this from an email.
"Our greatest glory is not in never failing, but raising up every time we fail."
Got this from my fren. She's trying so hard to ease the burden in my heart. Tq fren. :')
Whenever I'm in the lowest state of my life, Allah gives beautiful people around me to boost my spirit up. Alhamdulillah.
Percaya janjiNya.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-Baqarah : 286
Let's move on bebeh~! :)
Friday, April 22, 2011
sikit je lagi
Apa khabar sume? Harap sihatlah ye. Pelajar tengah menghitung hari untuk menghadapi minggu lambakan test pada minggu depan. Sudah masuk era kesibukan yang amat dalam hidup pelajar.
Final draft jadual peperiksaan pelajar sudah keluar. Cukuplah dengan 4 kertas dalam masa 2 minggu. Apa lagi yang mahu diharapkan. Jika dulu lagi teruk, sekarang ni alhamdulillah, syukur saja. Janji setadi sampai gugur-gugur rambut sume. Harap-harap tak botak lah, bila dah habis belajar nanti.
Maka bermulalah musim berkampung di library, lebih biasa pelajar panggil IRC. IRC is stand for Information Resource Centre atau nama melayu nya, Pusat Sumber Maklumat.
Pelajar merasakan,belajar di IRC lebih 80% dapat masuk dalam hati sanubari, otak serebrum dan sereblum pelajar. Alhamdulillah, syukur. :)
Tetapi, perkara examination itu lagi 2 minggu perlu pelajar hadapi. Minggu depan juga minggu genting bagi pelajar, memandangkan pelajar telah dilambakkan dengan ujian kedua bagi setiap mata pelajaran yang pelajar amek semester ini.
Alhamdulillah, walaupun agak nampak padat, semua projek telah setel dengan jayanya minggu ini. Maka pelajar dapat fokus dengan sepenuh hati pada test dan exam. Syukur lagi sekali. :)
Dalam kegelutan test dan exam, pelajar telah dikhabarkan oleh pensyarah tentang penukaran skop Final Year Project (FYP) pelajar. Nampaknya, pelajar perlu membuat research dengan tajuk baru tersebut. Ada hikmahnya pelajar pujuk hati sendiri. Nak berjaya, tiada jalan mudah kan kawan-kawan?
Begitulah, kesah kehidupan pelajar iaitu saye. Sikit je lagi tinggal untuk menghabiskan semester ini. Moga beroleh kejayaan yang mantoplah hendaknya.
Belajar itu susah, sebab nanti nak jadi orang senang.
Sunday, April 17, 2011
cuti sekejap
Aku pulang ke rumah, memandangkan kerja melangsaikan report sudah setel. Sekejap pun jadilah.
Home is my obsession. Nak kena back to school tu yang eden lomah. Ohoi~
Cuti sekejap,yang memang da lame plan, tapi bertindak membeli tiket secara spontan. Dan kena balik ke tempat menuntut ilmu pun secara spontan. Hm~
Meh nak story mory sket kesah sepanjang cuti yang sekejap ni.
(nak mengubati kesedihan kena pulang esok. Masih kanak-kanak ye, walaupun umur dah 22)
Setelah bercerita kat ibu tersayang pasal jam, yang hampir tenat itu. Semalam abah belikan aku seutas jam. Pertama dalam hidup, dapat jam tali besi. Less 70%, menang membelilah orang kate. Eheh~ Alhamdulillah. Tq abah. :)

Yang sebelah kanan, member baru(polo). Yang hijau, member lama (kiko), tapi masih sayang.
Oh, esok sudah kena pulang. Siap pesan kat mak lagi, nak tapau duyey ke Perak. Padahal, kat Perak lagi banyak duyey, kat rumah jugak dicari nye. Hehe.
Apabila pulang, 4 test, 1 presentation, study week, exam menanti. Fighting!
Permudahkanlah ya Allah.
Rabbi yassir wala tu'assir ya Kareem.
Sunday, April 10, 2011
sesi refleksi
Berada di kubur pada pagi yang damai, membuatkan hati dan otak dapat memproses maklumat dengan laju.
Melihat sekeliling kawasan itu, terdetik juga di hati, bagaimana agaknya mereka di alam kubur sana. Baikkah?
Melihat satu persatu, ada kubur yang ditinggalkan, pokok-pokok tubuh melata di atas kubur tersebut. Terdetik di hati, tiada siapakah yang datang menjenguknya di kubur?
Melihat kubur itu disusun, ada ruang kosong, terdetik jugak, selepas ini giliran siapa pula yang memenuhi ruang kosong tersebut.
Reflect back to ourself.
Daripada detikan demi detikan hati itu. Mari kita reflect back to ourself.
Kita nanti bagaimana di sana. Mampukah menjawab soalan mungkar nakir dengan jayanya? Luaskah kubur kita nanti? Berseorangankah kita?
Masih adakah yang ingat, jika kita sudah berada di sana nanti? Ada orang yang masih mendoakan kesejahteraan kitakah walau sudah jauh terpisah?
Kitakah nanti yang memenuhi ruang kosong itu? Bersediakah kita nanti?
Sesi tepuk dada tanya iman.
Mari menepuk dada, bertanya khabar pada iman. Sihatkah iman hari ini?
Dari Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu). Kecuali tiga perkara (yang berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Kita yang masih lagi bernafas dengan oksigen daripadaNya, masih mampu berfikir waras. Bersyukurlah masih ada masa lagi untuk mempersiapkan bekalan.
Bersabda Rasulullah s.a.w: "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik"
-daripada Ibnu Umar
Ingin menjadi yang paling cerdik, tapi kadang-kadang tewas jugak. Manusia seperti kita, iman kadang-kadang meningkat, kadang-kadang menurun. Tiada daya dan upaya, hanya dengan mengharapkan Dia pegang hati kita, dan tidak membolak-balikkannya sehingga kita alpa dan lalai.
In case awak terlupa, saya ingatkan. Masa saya terlupa, harap-harap ada yang ingatkan.
Notahati : Tujuan hidup perlu lebih jelas, moga tidak kecewa dengan hal-hal dunia semata.
Wednesday, April 6, 2011
sakit rumah
Sejak dua menjak tiga menjak ni, masalah kecil pun jadi macam masalah besar. Haish, apekehei pun tak taulah. Pastu, mulalah rasa nak balik rumah. Hm, balik rumah walaupun takde lah setel masalah tu, cuma psikologi sahajo serasa aku.
Sejak dua menjak tiga menjak ni, banyak benda difikirin. Masa depan barangkali. Huish, itu perkara penting kot. Tapi, itu hal manalah kita ada kuasa kan? Hm, ini membantutkan tumbesaran otak sahaja.
Kamonlah.
Kata nak enjoy student life.
Masalah, pasti ada penyelesaian.
Mari membersihkan otak dan hati.
Sudah-sudahlah.
Stop whininglah nona.
Jangan sampai kufur nikmatlah.
Allah sebaik-baik perancang.Mari bersangka baik padaNya.










