Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label suke. Show all posts
Showing posts with label suke. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

ana anta anti

Assalamualaikum kawan-kawan!

Bahasa Arab

Sudah lama tinggal Bahasa Arab.
Last, belajar masa tingkatan 3.
Sekarang nak start belajar balik.
Seronoknya!
Mari belajar bersungguh-sungguh. 
:)


Wednesday, April 25, 2012

wordless wednesday #12



Monday, April 9, 2012

Sticker Comel by CKJ

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Semalam, semalam, Cik Kay Jue aka CKJ sangat bermurah hati ingin menghadiahkan sticker free kepada 10 orang terawal sempena hari lahirnya. Saya bertuah kerana termasuk dalam golongan 10 orang terawal.

Inilah hasil tangan CKJ.


Cantik kan? Kreatif bebenor CKJ ni.
Sticker ni saya nak tukar jadi watermark gambar. Excitednya saya!
Terima kasih CKJ. Kagum dengan beliau, birthday girl bagi hadiah kat orang.

p/s : First time dapat hadiah daripada kawan maya. Terima kasih sekali lagi CKJ. *terharu* :)

Tuesday, March 27, 2012

Segmen Cik Mun : Dia Pilihanku...Cikgu!

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Lagi satu janji yang ingin dilangsaikan hari ini, iaitu dengan join segmen daripada Cik Mun. Dalam segmen ni, saya perlu bercerita tentang cikgu kegemaran saya.

Banner Segmen Cik Mun

Jadi hari ini, saya ingin bercerita tentang seorang pensyarah yang amat saya gemari, iaitu supervisor Final Year Project saya. (pensyarah pun masuk dalam kelompok guru juga kan Cik Mun? hehe) Meh tengok gambar beliau dulu.

Dr Azmi A.Wahab

Nama beliau seperti dalam caption di atas. Beliau amatlah baik dan sporting. Time masuk lab, mesti dia akan turun. Beri tunjuk ajar. Time kena hantar report, beliau taklah strict sangat. Asalkan hantar, setel keja. Cara beliau, kalo nak jumpa, kena buat appointment dulu. Kalo nak main terjah camtu, memang tak dapatlah. Selalu kalo jumpa beliau, macam-macam ceritalah keluar. Syukur sangat Allah kurniakan beliau jadi supervisor subjek FYP ku. Semoga Allah memberkati hidupnya sekeluarga dunia akhirat. amin~

Sekarang, kita masuk bahagian cikgu kegemaran pulak. Kalo dulu, tersangatlah suka kepada ustazah Bahasa Arab semasa saya di tingkatan tiga. Ustazah Normah. Kenapa saya suka beliau? Sebab beliaulah, saya sangat-sangat mencintai Bahasa Arab. Beliau selalu senyum. Kalo dulu, selepas habis waktu Bahasa Arab, kami akan bersalaman dengan beliau, dan pasti tangannya akan ada bau lotion baby. Wangi banget! hehe. Satu lagi sebab saya suka beliau ialah beliau selalu ada tema warna setiap hari. Maksud saya, kalo hari ini beliau pakai baju merah, jadi kasut dan handbag beliau pasti akan sedondon warna merah. Saya sangat-sangatlah suka tengok beliau berpakaian. Ceria. Belajar pun bersemangat bila melihat ustazah cantik macam beliau! hihi.

Amboi, panjang bebenor cerita saya. Jadi inilah alkisah dia pilihanku.

Terima kasih kepada semua cikgu dan pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa guru dan pensyarah akan saya hargai sampai akhir hayat saya. Terima kasih sekali lagi. :)

p/s : Kalo nak join, sila tekan Banner Segmen Cik Mun di atas. :)

Tuesday, January 17, 2012

Baby being a mother

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Srot, srot. Uhuk, uhuk. My body temperature is getting higher I guess.
Got a fever plus runny nose and cough. A complete set lah.
Complete set pun, still gagah menulis di sini. Hehe.
Besides, Mr. Idea is here. Let's mumble and ramble. :)

Date : 15th January 2012

Back to the topic, 'Baby being a mother', Baby is the name of our favourite cat. One of the cats that is living with us.

Our Baby and Baby besar

She is being pampered by my mum, she is the only cat that can eat fishes freshly in the kitchen. Yang lain semua kena makan kat luar rumah. Haha. Favorite cat la katakan.

To share the happiness with you, readers.
Alhamdulillah (all praise due to Allah), she became a mother of four grey kittens last Sunday.This little princess was eating like monster during her pregnancy.

There she is with the cute little kittens

She became serious after becoming a mother. Muka ketat je memanjang. Being a mother is not an easy job. (even cat pun became serious after having a baby)

Total of our cats in the house (add up with the new-born babies) is ten. Haha.
BANYAK kan?
Sampaikan, my best buddy said, my house can substitute SPCA.
And for your information, SPCA is abbreviation of Society for the Prevention of Cruelty to Animals, a non-profit animal welfare organization that prevents cruelty to animals, provides shelter to animals and etc.
SPCA pun SPCA la, janji bahagia.
May Allah protect all of them.

p/s: Nabi Muhammad s.a.w pun bela kucing. :)

Wednesday, January 11, 2012

wardrobe : wide-leg pants

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Since Mr. Idea and Ms. Mood are around, I will grab the chance to ramble here.

Being an unemployed is such a great pleasure for me. I can sleep late. I can wake up late. But sometimes, I become restless when thinking about my future work. *restless sigh*

Since being unemployed, almost everyday I watch Korean variety show (Korean wave effect punye pasal). Besides of getting the entertainment, I am also learning the Korean language (just a little la).

Seohyun SNSD (source: Soshified)

She is wearing striped long sleeve top with a pleated wide-leg pants. I had fall in love with her outfits. She is spotted wearing this outfits during the Big Brothers show in KBS2. You can watch the show in youtube.

I love the pants, it makes her legs look longer. Lagipun tak ketat, it is suitable to wear for a muslim. The material pun different from jeans. Sape-sape nak try style baru instead of jeans je, boleh la try this pants. I'm looking forward for this type of pants. *drool*


wide-leg pants (source : Stylehive)

Inilah pants yang saya maksudkan. Simple but nice. I have googled about the pants, these are some of the pattern for the wide-leg pants, you can click here . Macam-macam pesen ada. Silalah mencuci mata (window shopping). ^^

This pants will be kept in the wishlist of outfits, in order to achieve the wishlist of 2012. (improve my fashion-wise) hehe.

From,

Sunday, June 5, 2011

addiction : drama

Assalamu'alaikum!

Apa kabo semua? Harap-harap sihatlah ye. :)
Sejak dua menjak ni, mek kekeringan idea. Time ada idea, malas. Time rajin, takde plak idea nya. Hari ni, mek ada dua-dua. Idea dan kerajinan untuk mencatat sket di laman Live and Learn ni.

Mari bercerita pasal addiction, atau dalam bahasa melayunya, kegilaan atau ketagihan.

Sekarang ni, sebut je Nora Elena, mesti semua tau kan, drama yang sedang hot di tv3. Adaptasi longgar daripada novel 'Kasih yang Suci' karangan Meen Zulaikha. Sebut adaptasi longgar, memanglah agak lain sikit pengolahan cerita kat drama berbanding dalam novel. Yang pastinya kat novel lagi best pengolahannya, yang kat drama, best tengok pelakon-pelakonnya. Yang perempuan cantik aje, yang lelaki ensem aje. :) (Dapat yang inside nye ensem pun dah cukup bersyukur~ ngeh.)

Drama Nora Elena ni, macam ada tempias sikit-sikit dalam kisah hidupku. Ececeh, tiba-tiba jiwang plak. Dengan Seth Tan menunggu Nora Elena selama 10 tahun. Dengan Nora Elena suke bunga. Dengan kejadian pelangi. Heh~

Kalo sebelum Nora Elena, aku ketagihan drama Korea. Mak aih, tak dapek nak stop kalo dah start nontonnye. Tengok satu episod, menggamit hati untuk tengok yang episod seterusnya.

Inilah aktiviti semasa weekend. Sungguh lagha ye kawan-kawan. Hm, esok pasti lebih baik. Dah tengok semua drama yang nak ditengoknye. Janji esok, start berperangai sebagai pelajar balik. Janji.


Nora Elena


Playful kiss



Tuesday, April 12, 2011

seuntai kata untuk dirasa



Hari ni nak menulis tentang cinta. Aicewah, jiwang nye. Eh, cinta tu kan fitrah manusia. Mari kita bukak minda. Bercerita tentang cinta. Cinta itu memang ada dalam jiwa manusia, sama ada dia sedar atau tak.

Matlamat jelas

Hidup tanpa matlamat, ibarat bermain bola tanpa ada jaring gol, disepak-sepak bola tanpa tujuan, bukankah pelik kalo dilihat tu. Begitu jugak cinta, perlu ada matlamat. Nak ke manakah kita dengan cinta. Selalu dengar kan, quote 'Cinta sampai syurga'. Inilah matlamat sebenar-benarnya untuk cinta. Biarlah cinta yang menjadi fitrah kita itu, membawa kita ke syurga dengan pandangan rahmat daripadaNya.

Pada yang Haq dan yang berhak
Cinta itu datang tanpa diundang dan kadang-kadang ia terjadi di luar kawalan kita. Mungkin pada suatu ketika, kita rasa cinta pada seseorang, namun tiada sebab yang kukuh untuk menyatakan mengapa kita cinta padanya. Itulah fitrah. Namun, ia perlulah dilorongkan pada jalan yang betul. Cinta pada yang Haq dan yang berhak, pastinya ada kesudahan yang baik. Mungkin kita boleh nilai kembali, sejauh mana cinta kita pada yang Haq. Dan, adakah cinta kita dicurahkan pada yang berhak.

Belajar daripada cinta tentang kecewa, sedih, sakit, sendu. Begitulah kehidupan. Kalo bukan bahagia, kecewa gantinya. Namun, kita perlu bangkit daripada cinta yang menyakitkan kerana, cinta kita masih perlu pada yang Haq, dan masih bukan pada yang berhak.

Mencari yang berhak itulah, perjalanan yang kita tak tahu kesudahannya. Itulah kecantikan hidup. Yang misteri menjadikan hidup lebih berseri. Mari menjaga cinta. Biar berlandaskan matlamat yang jelas dan pada yang Haq dan yang berhak. Simpan cinta dahulu, moga menjadi pengajaran untuk kehidupan masa hadapan.

Tq for the memories.


Monday, April 4, 2011

alkisahnya kampung dulu-dulu

Baru lepas mengenang kesah kanak-kanak dengan rumet. Seronoknyelah.

Bangun pagi-pagi mandi air perigi, air dalam tempayan.

Tengahari, keliling kampung dengan basikal tua atuk.

Memancing kat tali air kat sawah padi.

Main baling selipar.

Main ting ting (dekcoklah kalo orang klate sebut)

Main batu seremban (woh selambut orang klate sebut)

Makan jambu batu cicah perencah megi kari.

Makan ais krim pong.

Main bina istana guna kusyen kat rumah nenek.

Main masak-masak guna kuali yang orang buang. Korek tanah liat, jadikan jejemput.

Jaranglah tengok tv ke, main game dalam komputer ke, semua aktiviti fizikal.

Time musim buah, beramai-ramai panjat pokok. (aku tunggu kat bawah pokok selalunye, heh~)

Buat colek beramai-ramai.

Malam pulak, kena pergi surau, rutin nenek.

Selalunya tidur awallah, sebab esok nak kerah tenaga untuk bermain lagi.

Setiap hari, pasti ade benda baru yang dilakukan.

Sekarang masih ada ke, kanak-kanak main macam dulu-dulu?

Oh, rindu suasana kampung.

Bersawah padi, bertali air, bertahi ayam, berperigi, bertempayan.

Bukan hanya kampung boy, kampung girl pun ade lah. :)


Teringin, nak duduk mengadap sawah padi atas tikar sambil minum petang dengan suami. haha~ (berangan lagik!)



Saturday, April 2, 2011

persiapan.

Assalamu'alaikum!

Hari ini nak berbicara sedikit tentang persiapan. Persiapan tu persediaanlah ye kawan-kawan. Ataupun mempersiapkan diri. Dalam kehidupan kini, segala benda nak buat perlu ada persiapan. Meh nak bagi contoh-contoh persiapan dalam kehidupan.

Makan, minum, urusdiri



Nak makan, persiapannya, kena masak dulu. Nak masak pun kena siapkan ingredients dulu. Kena basuh tangan dulu. Minum pun sama, kalo ade air dalam jag, kena tuang dalam cawan dulu, baru boleh minum. Kalo tengah berdiri, kena duduk dulu. Tak susah, kalo dah jadi tabiat, kalo yang mula-mula nak mula tu je la yang rasa sulit amat.

Belajar atau study
Nak study pun sama. Nak study subjek energy (contoh saje lah), kena bukak lecture notes energy dulu, amek pensil, pen, higlighter. Kalo yang jenis suka dengar lagu, kena bukak mp3 dulu. Betulkan papan punggung kat atas kerusi, dah selesai bersedia, barulah boleh study dengan aman. Kalo dah nak dekat final exam, lagilah kita bersiap untuk memastikan kita dapat jawab soalan final exam. Jaduallah, stationarieslah, tak main hujanlah, vitaminlah, kurangkan time berfacebooklah. Tak gitu kawan-kawan?

Solat

Bab solat pun samalah kan? Nak solat, kena bersiap ambil wuduk dulu. Kalo yang jenis angin banyak, dua tiga kalilah amek wuduk. Kalo yang perempuan, kena pakai kain telekung dulu, baru boleh solat. Dah selesai bab persiapan fizikal, persiapan rohani pun perlu. Istighfar dulu, niat dulu, betulkan dulu perkara-perkara kat hati, barulah solat. Tapi dah tak susah, kalo sudah jadi tabiat kan?

-------Adoyai, apelah nasib. Katrij gilo. Katrij gilo. Aaaaaaaaaaa. I dunlike!---------

Iklan sekejap. I 'sukelah' kalo printer I wat hal. Rasa mendidih je darah. #___#
Okeh, selesai membebel.


Kerja
Nak kerja pun kena ada persiapan. Sebelum nak dihire tu, kena interview dulu. Bila dah jadi staff, ade training plak, untuk mempersiapkan staff supaya dapat bekerja dengan cemerlang. Even nak cuti pun, kena perlu plan awal-awal (persiapan jugak). Nanti susah nak cutilah, cuti terhad lah. Macam-macam kesah lagilah. Mental pun kena bersiap, amanah fatonah semua dalam kerja semua.

Kahwin


Sebenarnya, nak cakap, aku beli buku ni tadi. ngeh~

Bab kahwin pun perlu jugak bersiap. Bukan bersiap time nak sanding, akad nikah bagai tu je. Tapi, perlu bersiaplah, rohani sekali. Nanti nak jadi ibu atau ayah pulak. Macam mana nak ajar anak, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak ajar isteri, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak dapat suami yang baik, kalo kita sendiri pun yang gelong kan?

Mati
Eh, lepas kahwin, ade lagi. Mati. Dah bersediakah kita? Dah cukup persiapan dah ke kita? Setiap manusia tidak akan terlepas daripada mati. Tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau satu saat pun waktu mati. Lepas mati, kena kafankan masuk dalam liang lahad. Dah kena lalui, alam kubur pulak, time nilah interview paling penting berlaku. Kalo jawab dengan baik, insyaAllah, husnul khatimah (pengakhiran yang baik) lah kita. Kalo tak dapat jawab, (naudzubillah) tak tenang sampai kat padang mahsyar lah kita. Bila dah setel kat alam kubur, kat padang mahsyar pulak. Mahkamah Yang Esa. Tiada siapa dapat membantu, melainkan amalan kita kat dunia ni je. Kiranya dapat menerima kitab amalan di tangan kanan, bahagialah kita selama-lamanya. Indahnya taman firdausi, tak terbayang di mata, tak terjangkau di hati, kurniaan yang abadi.

Mari muhasabah. Mungkin ada yang tengah bermasalah. FYPlah, belajarlah, hatilah, duitlah, segala perkara yang tak menenangkan hatilah. Mari mempositifkan masalah. Inilah masa kita, mengaut segala peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jangan kata kamu bertaqwa sehinggalah kamu diuji. Moga ujian yang ada, menjadi persiapan kepada kita untuk kembali ke kampung halaman kita yang kekal abadi kelak (syurga yang abadi) sekaligus mendapat redhaNya dunia akhirat.

Yakinlah, Allah itu ada dekat.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." - Qaf : 16

Kesimpulan, mari menyiapkan diri. :)

Sunday, February 6, 2011

batri, the talkative


Batrisya : Oh, tudung yuna!
Nona : Hah? hahah. Tudung yuna eh?

Batrisya : Oloh, dua nah buku?
Mak : Haa, dah tu nak berapa?
Batrisya : Haa, takpe takpe.

Batrisya : Oh baby. Nama gapo?
Mak cik dukung baby : Haa. Panjang namanya.

Batrisya : Kakcik tulis la semua.
Acik : Mane boleh, batri lah tulis. Buku Batri.

Si kechil ni sungguh banyak cakap. Sana sini cakap. Semua orang dia tegur. Kalo nak korek rahsia pun senang, dia maen cakap je. Kanak-kanak selalu bercakap apa yang dia nampak. Sungguh telus. Sukalah! :)

Monday, January 24, 2011

final year second semester

Oh, blogku da ade 50 follower lah. Terima kasih rakan-rakan, dan Wany menjadi orang yang ke 50. Setinggi-tinggi penghargaan buat Wany dan follower semua. (haha, macam ucapan pengawas kat perhimpunan jek~)Semakin banyak yang singgah ke blog ni. Terima kasih ya pelawat-pelawat semua. Kedatangan semua dialu-alukan. Semakin lama, semakin mendalami ilmu berblogging ni. Dalam proses belajar lagi. Diharapkan semua dapat memberi sokongan. hee~

*************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memulakan perjalanan semester kedua sebagai pelajar tahun akhir.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Fokus hari ini, ke kelas dan ke registrar, menyelesaikan hal subjek sume.
Rabbi yassir wala tu'assir ya Kareem.


Saturday, October 2, 2010

hoyeah,

dapat ayat best.

Cinta itu proses.

Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci.

Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci.


Sunday, September 5, 2010

epilog syurga cinta

tajuk di atas mewakili tajuk drama kat tv3.

sekarang ni, duk pulun tgk cte ni.
maybe because the heroin, pakai tudung. jadi, cte tu rasa dekat je dgn aku.
lagi satu, fesyen yg digayakan oleh heroin pn sempoi je.
tgk cte ni pn, sbb nak bandingkan dgn muvi nye, syurga cinta.

hero dia biasa-biasa aja.
suke watak mia.
comel!
innocent jgk~

aktiviti mengisi masa lapang di rumah.walaupun keja btimbun~ hahah

Sunday, December 27, 2009

pembelajaran part 1


hampir sebulan aku menetap di paka dan ber'intern' di kerteh. aku baru je balik dari rumah tersayang. cuti krismas. housemate kebanyakannya ambil cuti esok (isnin).

sekitar 4 minggu,
climbing boiler atau nama lain Heat Recovery Steam Generator (HRSG). first time naek. alhamdulillah, time naek tu, xde la pkir sangat pasal ketinggian boiler tu. da smpai atas baru la terasa seciput gementar.

mengenali turbine atau nama lain Steam Turbine Generator (STG). ada shutdown di bahagian turbine, di mana tubes in the heat exchanger tersumbat. masa ni jugak la aku belajar apa itu videoscope. alatnya ala-ala endoscope dalam perubatan. hehe, aku pernah merasa penangan endoscope itu. dan dalam pembelajaran plak,aku dsuruh untuk menjalankan videoscope tu dalam tube2 yang kecil dalam heat exchanger itu. kebetulan yang membuatkan aku tersenyum keseorangan. ^__^

belajar guna monkey ladder semasa nak naek ke atas cooling tower. woho, yang ni aku xdapat tahan gementar, sampai je kat atas kaki aku bergegar takut punya pasal. naik ke atas je aku berani guna ladder tu, tp bila da nak turun, aku sorang je guna tangga biasa. hehe. ada rezeki, len hari aku akan turun guna monkey ladder tu.

sudah melawat-lawat Air Separation Unit (ASU). sistem di sini, mengambil udara yang ada di sekeliling dan memproses udara tersebut hingga terseparate nya component2 gas dalam udara tersebut. output, argon, nitrogen dan oksigen. hanya melihat-lihat di sistem ini. tak banyak keja mencabar yang dapat dilakukan.

begitulah kesah aku sebagai budak intern untuk 4 minggu pertama. entah larat entah tak nak sambung cerita utk lagi 28 minggu berintern. hehe. kalo x, maafkan hamba ye.



Thursday, September 24, 2009

ziarah aidilfitri

aidilfitri kali ni telah mempertemukan aku dengan member2 sester.
geng2 terengganu turun beraya di klate.
kinah, nadiy, mirul, razi, sepu, fawwaz, fazli, abgnye mirul.
insyaAllah kalo diberi kesempatan, org klate lak trun terengganu thn dpn.

tengah hari tadi,
berjumpa member seskolah rendah dlu.
hajar.
kakaknya kawin ari ni.
semakin kurus member aku tu~
:)

petang nya ada masalah komunikasi,
aku trun dgn keta abah bertemankan acik.
alhamdulillah,
perjalanan lancar,
walaupun ade aksi2 cemas tadi.
hehe~
^_^

katanya mak juwe,
"mase ni la boleh meronda2 dgn member, nanti bila da kawin susah la mau gerak."
sukung sgt pendapat makcik~

geng2 klate yang join skali,
aku, juwe, ily, intan, pe'e, ngan acik~
kami sempat singgah di rumah juwe (dinner kt cni)
ngan rumah nuyu.
sampai umah dalam kul 10 lebih tadi.

edited:

owh ye,
forgot one thing.
hari raye ketiga ke rumah tqah.
heheh~
first time abah bagi bwk keta gi umah member~
:)
ily,hanim, ining n aisyah dtg umah.
plus wani ngn juwe ngan adik2 juwe.
tq korang!
^_^



kalo umur panjang, harap dapat berziarah dan bereunion macam ni lagik~
gambar xde. huhu~

Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri~

SALAM AIDILFITRI
maaf zahir batin

fuh!
baru dapat menulis blog dengan aman.
selalunya ada acik yang jadi peneman setia depan komputer.
heheh~
jum kte bedah siasat raya tahun 2009 ni.

raya pertamaku
macam biasa, bak kata mak, tempat wajib diziarahi,
umah ma (belah mak) dan umah tok ayah (belah abah)
owh ya, raya tahun ni kaler famili ku, hijau petronas.
raya kat umah ma, aku ngan adik jadi tulang belakang dapur.
memandangkan mak ngan ma jadi tuan rumah,
jadi kami lah yang membanting tulang, memerah keringat.
basuh pinggan,gelas,amek lauk,buat air etc
kali ni, tetamu di rumah ma agak ramai,
semuanya datang pada waktu yang sama.
seronok hati tua ma. ^__^

agak-agak petang sket,
kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke manek urai,
kampung abah.
adik-adik abah semua balik.
penuh rumah.
tapi da ade yang beransur pulang awal.
ke rumah mertua masing2.
3 baby baru pada raya kali ni.
heheh~

raya keduaku
ari ni, macam xraya.
bangun lewat.
tgk tv sampai lebam.
malam ke rumah sepupu,
memandangkan mak telah terberjanji dengan sepupuku tu.
jumpa ngan orang-orang tua yang umurnya 50 - 80thn,
pak cik mak cik mak aku.
seronok dengar diorang bercerita.
semua selalu menyebut pasal mati.
huhu.

raya ketigaku,
hari ni la maknanya,
baru lepas tolong mak sediakan juadah untuk rumah terbuka.
hari ni rumahku terbuka.
jemputlah datang umah.
:)
terpaksa mengundurkan diri dlu,
ade kerja-kerja yang menanti.

seronok walaupun xdpt banyak duit raya.

Sunday, September 13, 2009

bebas

alhamdulillah~!
yeah!!
hidupku sudah bebas dibelenggu test yang berduyun-duyun banyaknye.
bile da niat nk enjoy tu,
tiba2 ja, laptop wat hal~
(_ _ ")
ni pn tumpang member nye laptop.
[hamek ko, niat tu xbetul sgt~]

malam ni malam ke 23.
malam kebebasan wat dak2 mechy july 06.
rumet ade cte, coursemate aku ada yang mgantung lampu lip lap~
wah~
smgt tol diorg nih.
padahal mgu dpn da nk balik.
ngeh2~

rasa cm da start cuti la plak.
lupa yg mgu depan ade klas lagik~
huhu.

masih mencari.

Thursday, August 6, 2009

jalan klate

jalan-jalan di bumi klate tempat kelahiranku akan melalui pembaharuan.
kebanyakan divider jalan diketuk dan dibuang.
nak dijadikan sehala.
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
almaklumlah, klate skrg da sesak cm kt kl.
huish~
kate mak "nanti boley sesat di bumi sendiri nih"
hahah~
tengoklah camne nanti perantau-perantau pulang ke klate mase raye nanti.

______________________

selesai menghabiskan sebuah novel tadi.
'hanya DIA tahu' karya aleya aneesa.
best.
seronok melayan novel,
seolah-olah menonton cerita di layar putih.
cerita cinta fantasi, lebih meringankan kepala.
jika dibandingkan dengan kesah-kesah cinta di sekeliling.
dan lebih baek begini,
daripada melayan perasaan sendiri.
cewah~
serasa mahu aje menulis novel.
ngeh3~
mampukah?

mencari yang halal


________________________

owh ye,
esok nisfu sya'aban.
hari kelima belas dalam bulan sya'aban.
dan xlama lagi kite akan melangkah ke bulan ramadhan.
cepatnya masa berlalu.
semoga setiap masa yang diselusuri dirahmati Allah swt.
semakin meningkat umurku,
semakin banyak perkara difikir.
dan diharapkan umur diberi tidak disia-siakan.
amin~


Sunday, July 26, 2009

surprise!

250709

cukup dua mgu bdayku~

tka: kitorg nk g vangge, jom la ikut skali
aku: owh, kt ipoh tu ke?
tka: aah, xde la jauh sgt.


dlm hati : haish, da kenyang mkn nasi. xkn nk ikut lagi. fatin pun mesti xnk ikut gaks. biarlah.

tka: jom la.
aku: fatin nk g ke?
tka: fatin ckp ok je. dia nk g slps anta kakp ngan zini g klinik.
aku: owh ye ke?ok2.

dalam hati: fatin nk ikut? pelik btul~

aku: diorang ni nak g vangge, nak ikut gak ke?
fatin: tau, boley je.
aku: owh, ok2
fatin: kte g lps anta kakp ngan zini g klinik.
aku: owh, ok2.

bila da ramai2 sampai kt parking keta.

tka: hah, jum2, kumpul2 dlu.

dalam hati: haish, pelik nih. da nk dkt kul 10 ni. vangge bkk lg ke?

aku pun berlari-lari ke keta nk amek beg. tiba-tiba tka jerit.

tka: cikyah! nk g mane tuh??
aku: jap2. amek beg.

da slesai amek beg, aku kembali ke tempat berkumpul.

zapp!! tka keluarkan tudung2nye daripada beg.

tka: hah, ikat2 semua.

dalam hati: adeh, apekehenye nih? nk g vangge pn kne tutup mata ke? banyak lak tu tudung nye. isk~ xsdap tul rase nih.

fatin ikat mata aku.

antara mangsa ikatan mata : farah, bib, zini, anis dan aku

naik keta bergerak smpailah ke satu tmpt.

tiba-tiba je ade satu tgn pegang tgn aku. ditariknye aku, terhuyung hayang rasa badan bergerak.

bila dbenarkan bkk ikatan mata tu,

hepi besday to u,
hepy besday to u,
hepi besday to,
farah, bib, zini, anis, cikyah
hepy bday to u.

rasa cm nk nangis pn ade gaks. ade org wat serperais party kt aku. wpun berlima, rasa sgt bahagia. hoho~

kami mkn dengan sepenuh hati. dan amek gmba sepenuh hati.

^_^



selepas dibenarkan membuka ikatan mata.



sampai2 je, terus bergambar




ilah ngan kin bagi hadiah kat kitorg~ ^_^ tq!



bday girl kne g basuh pnggan. tp aku xwat pun. haish~ sori ye kwn2~



background bday party kami~ macam ni lah kwn2 saye termasuk saye~




tq to aini. our cameragirl~



pulang~

terima kasih buat teman semua.
rumet, ilah, fatin, emie, fani, zatul, kakp, aimi, nadiah, kin.

ps: saye sayang kawan2 sy.
pss: kenangan yg manis utk diingti~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...