Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Doa

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful



Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya, an article that is worth to ponder on.

p/s : I'm blessed with beautiful family members and friends that always pray for me. Syukurlah. :)

Friday, April 6, 2012

Have you read the Al-Quran today?

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Happy Friday my dear friends.
Friday our Sayyidul ayyam (The master of all days).

Have you read the Al-Quran today?

The rainbow Al-Quran image I got from here and edited by myself

Just a friendly reminder from me to you my dear friends and myself.
Read a page of Al-Quran a day instead of having an apple a day.
Let's make it as a habit.

p/s : We can do it right? As we are ummat Nabi Muhammad saw. :)

Saturday, April 2, 2011

persiapan.

Assalamu'alaikum!

Hari ini nak berbicara sedikit tentang persiapan. Persiapan tu persediaanlah ye kawan-kawan. Ataupun mempersiapkan diri. Dalam kehidupan kini, segala benda nak buat perlu ada persiapan. Meh nak bagi contoh-contoh persiapan dalam kehidupan.

Makan, minum, urusdiri



Nak makan, persiapannya, kena masak dulu. Nak masak pun kena siapkan ingredients dulu. Kena basuh tangan dulu. Minum pun sama, kalo ade air dalam jag, kena tuang dalam cawan dulu, baru boleh minum. Kalo tengah berdiri, kena duduk dulu. Tak susah, kalo dah jadi tabiat, kalo yang mula-mula nak mula tu je la yang rasa sulit amat.

Belajar atau study
Nak study pun sama. Nak study subjek energy (contoh saje lah), kena bukak lecture notes energy dulu, amek pensil, pen, higlighter. Kalo yang jenis suka dengar lagu, kena bukak mp3 dulu. Betulkan papan punggung kat atas kerusi, dah selesai bersedia, barulah boleh study dengan aman. Kalo dah nak dekat final exam, lagilah kita bersiap untuk memastikan kita dapat jawab soalan final exam. Jaduallah, stationarieslah, tak main hujanlah, vitaminlah, kurangkan time berfacebooklah. Tak gitu kawan-kawan?

Solat

Bab solat pun samalah kan? Nak solat, kena bersiap ambil wuduk dulu. Kalo yang jenis angin banyak, dua tiga kalilah amek wuduk. Kalo yang perempuan, kena pakai kain telekung dulu, baru boleh solat. Dah selesai bab persiapan fizikal, persiapan rohani pun perlu. Istighfar dulu, niat dulu, betulkan dulu perkara-perkara kat hati, barulah solat. Tapi dah tak susah, kalo sudah jadi tabiat kan?

-------Adoyai, apelah nasib. Katrij gilo. Katrij gilo. Aaaaaaaaaaa. I dunlike!---------

Iklan sekejap. I 'sukelah' kalo printer I wat hal. Rasa mendidih je darah. #___#
Okeh, selesai membebel.


Kerja
Nak kerja pun kena ada persiapan. Sebelum nak dihire tu, kena interview dulu. Bila dah jadi staff, ade training plak, untuk mempersiapkan staff supaya dapat bekerja dengan cemerlang. Even nak cuti pun, kena perlu plan awal-awal (persiapan jugak). Nanti susah nak cutilah, cuti terhad lah. Macam-macam kesah lagilah. Mental pun kena bersiap, amanah fatonah semua dalam kerja semua.

Kahwin


Sebenarnya, nak cakap, aku beli buku ni tadi. ngeh~

Bab kahwin pun perlu jugak bersiap. Bukan bersiap time nak sanding, akad nikah bagai tu je. Tapi, perlu bersiaplah, rohani sekali. Nanti nak jadi ibu atau ayah pulak. Macam mana nak ajar anak, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak ajar isteri, kalo kita sendiri pun gelong kan? Macam mana nak dapat suami yang baik, kalo kita sendiri pun yang gelong kan?

Mati
Eh, lepas kahwin, ade lagi. Mati. Dah bersediakah kita? Dah cukup persiapan dah ke kita? Setiap manusia tidak akan terlepas daripada mati. Tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau satu saat pun waktu mati. Lepas mati, kena kafankan masuk dalam liang lahad. Dah kena lalui, alam kubur pulak, time nilah interview paling penting berlaku. Kalo jawab dengan baik, insyaAllah, husnul khatimah (pengakhiran yang baik) lah kita. Kalo tak dapat jawab, (naudzubillah) tak tenang sampai kat padang mahsyar lah kita. Bila dah setel kat alam kubur, kat padang mahsyar pulak. Mahkamah Yang Esa. Tiada siapa dapat membantu, melainkan amalan kita kat dunia ni je. Kiranya dapat menerima kitab amalan di tangan kanan, bahagialah kita selama-lamanya. Indahnya taman firdausi, tak terbayang di mata, tak terjangkau di hati, kurniaan yang abadi.

Mari muhasabah. Mungkin ada yang tengah bermasalah. FYPlah, belajarlah, hatilah, duitlah, segala perkara yang tak menenangkan hatilah. Mari mempositifkan masalah. Inilah masa kita, mengaut segala peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jangan kata kamu bertaqwa sehinggalah kamu diuji. Moga ujian yang ada, menjadi persiapan kepada kita untuk kembali ke kampung halaman kita yang kekal abadi kelak (syurga yang abadi) sekaligus mendapat redhaNya dunia akhirat.

Yakinlah, Allah itu ada dekat.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." - Qaf : 16

Kesimpulan, mari menyiapkan diri. :)

Wednesday, February 16, 2011

kenapa perlu mencintai Rasulullah SAW?

  • Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman
Sabda baginda, "Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasa kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua mencintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Manifestasi cinta kepada Allah
Sabda baginda,
"Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku." (Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

  • Melahirkan syukur dan terima kasih
Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadaNya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan belas dan kasih sayangnya kepada orang-orang beriman." (at-Taubah: 128)

Telah dijanjikan keistimewaan kepada umatnya yang tidak pernah melihatnya tetapi merindui dan beriman sungguh-sungguh dengannya. Itulah kita umat akhir zaman. Telah ditinggalkan kepada kita petunjuk untuk selamat di dunia ini dan selamat dalam perjalanan menuju akhirat. Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

  • Untuk mengharapkan syafaat Nabi
Pada hari kiamat, ketika semua manusia dihimpunkan dalam hiruk-pikuk di Padang Mahsyar, setiap orang mengharapkan syafaat atau pertolongan. Dan umat Nabi Muhammad SAW - umat yang mencintai baginda dan memperjuangkan sunnah baginda mendapat keutamaan untuk mendapat syafaat baginda.

  • Untuk bersama dengan Nabi di syurga nanti
Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk bersama baginda di syurga kelak, cinta kepada baginda menjadi prasyarat utama. Apabila kita benar-benar mencintai Nabi, kita akan mengikut sunnah atau perjalanan hidup baginda, malah akan memperjuangkannya. Seluruh hidup kita diusahakan agar selari dengan perjalanan hidup baginda. Itulah jalan untuk bersama baginda di syurga kelak.

  • Untuk mengelakkan kemurkaan Allah
Firman Allah SWT,
"Katakanlah! Sekiranya ayah-ayah, anak-anak, adik-beradik, para isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (at-Taubah: 24)

Jangan sampai Allah murka dan Allah membiarkan kita tanpa mendapat petunjuk. Wal'iyazubillah.

Salam Maulidur Rasul 1432H.
Jom amalkan sunnah-sunnah baginda. Kalo bukan kita sebagai umat baginda, siapa lagi kan?

sumber : majalah ANIS bilangan 162

Wednesday, January 19, 2011

Cakak tganung

'Orang yang jage semayang, tak same dengan orang yang tak jage semayang. Kalo orang kate, dia dop semayang hati baik, pale hotok die' - Ustaz Azhar Idrus.

Aku suke banget dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Dia ajar sangat telus. Pendekatan dia dekat ngan kehidupan manusia sekarang. Memang paham apa yang diajar. Contoh yang diberi memang melucukan, tapi penuh dengan mesejnya. Boleh ambil pengajaran dari cerita lucu beliau. Kadang-kadang aku lebih ingat part lucu, dari part serius. hehe.

Dialek terengganu dia amatlah pekat. Oh, selain ngan Zizan Raja Lawak, aku belajar cakak terengganu jugak ngan Ustaz Azhar Idrus. Kalo Zizan Raja Lawak hanya ajar cakak terengganu level satu je, tapi kalo Ustaz Azhar Idrus ni, memang da kira level 10 da kot. Kadang-kadang lawak gak dengar dialek beliau. Unik betul cara beliau cakap.

Kira kalo nak agama boleh dengar ceramah beliau, kalo nak ilmu boleh dengar ceramah beliau kalo nak hiburan pun boleh dengar ceramah beliau. Korang-korang yang tak paham tu, mungkin boleh mintak tolong member yang faham. Serius, memang tak rugi belajar cakap terengganu semata-mata nak dengar ceramah ni. Beliau superb!

Nak tahu biodata beliau, boleh klik sini.

Sebelum tido, jom baca dan fahamkan ayat di bawah, same-same muhasabah jom.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[Al-Baqarah : 208]

Friday, January 14, 2011

for mak and abah.

(one post before gi lab. ngeh~)

“And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) “Uff” nor chide them, and speak to them a generous word.”
[Surah Bani Israel: 23]


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
[Surah Bani Israel : 24]

semoga jadi anak soleh dan solehah semuanya. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...