Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, August 26, 2012

Ramadhan, Syawal

Ramadhan sudah berlalu. Syawal menjelma kini.

Kisah Ramadhan,
First time berpuasa sebagai pekerja.
First time puasa tanpa ada sumber makanan senang didapati.
Jika dulu, ada cafe universiti, kalo malas nak ke bazar.
Sekarang sumber makanan senang adalah hanya dengan memasak.
Makanan kat bazar tidak sesedap bazar di universiti dulu.
First time juge puasa tiada geng untuk berterawih.
Hasilnya, tiap-tiap malam akan berterawih sendiri di rumah.
Moga Allah menerima secebis amalan kite di bulan Ramadhan lepas. Amin~~

Tomyam cubaan pertama saya


Asam pedas ikan tenggiri pertama saya

Hasil tiada cafe.

Syawal.
Macam biasa, adik beradik berkumpul semua.
Kali ni, saya belajar baking kek.
Yang paling saya ingat, kne masak spagetti bolognese untuk tetamu, iaitu kawan lama mak.
Oh, ini pun first time masak untuk tetamu. Nasib baik habis jugak spagetti tu.
Sedap ke tak, wallahua'lam. hahah.
Syawal kali ini tiada konvoi beraya ramai-ramai, disebabkan undangan walimah teramat banyak.
Moga Allah berkati setiap pasangan yang berkahwin.

Esok sudah isnin, hari memulakan kerja. Rasa sangat sekejap minggu raya. Dah kena bertugas kembali.
Mari mengumpul tenaga untuk bekerja lillahi Ta'ala.

Regards,
Naqiah





2 buah fikiran:

Ku Syida said... [Reply to comment]

Orang makan habis tu sedap lah :) Selamat hari raya naqiah :)

anNaqia said... [Reply to comment]

@Ku Syida: syida, maaf baru nampak komen ni. adeh la. :) slmt hari raya haji syida. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...