Assalamu'alaikum
kawan-kawan. Semoga semua berada dalam rahmat Allah. :)
Hari ini, saya mahu
ceritakan pengalaman pertama saya melancong ke luar negara (Vietnam).
Selalunya orang akan
tanya, "Oh ke Vietnam ke mane?"
Dan selalunya, orang
mengajukan soalan begitu kerana,Vietnam ada dua tempat pelancongan yang
berbeza, satu di Ho Chin Minh (HCM) dan satu lagi di Hanoi. Dengar ceritanya,
Hanoi mempunyai cuaca 4 musim. Ho Chin Minh sama sahaja cuacanya seperti di
Malaysia.
Jadi, trip pertama saya
ini adalah ke Ho Chin Minh.
Saya akan bahagikan
Travelogue ini kepada 3 bahagian.
- Bahagian pertama - Details pelancongan saya
- Bahagian kedua - Aktiviti saya di sana
- Bahagian ketiga - Tips ke Ho Chin Minh
Hari ini, bahagian pertama lah dulu
ye kawan-kawan. :)
Travelling
Saya ke sana selama 4 hari 3 malam.
Menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. HCM awal sejam dari Malaysia,
jadi perjalanan ke HCM kita dapat jimatkan sejam dan pulang semula ke tanahair
kita rugi sejam. Kami mengambil perkhidmatan kargo 40kg. Khidmat jualan kargo
di lapangan terbang juga boleh didapati, namun disarankan untuk book terlebih
awal perkhidmatan kargo tersebut.
Tempat yang dilawati
- Sungai Mekong
- Chu Ci Tunnel
- Ben Thanh Market
yang tak sempat dilawati
- War Museum
- Post Office
Accomodation
Kami menginap di An Tam Hotel. Hotel
tiga bintang, servisnya amatlah memuaskan hati.Tambahan pula, kita boleh
dapatkan khidmat tourist guide di hotel terus untuk melawat kawasan-kawasan
yang popular untuk dilawati. Boleh request untuk tambahan katil,untuk penginap
yang ramai.
Meals
Kami makan pagi di hotel. Makan
roti, telur masak separuh bersama secawan kopi. Cukup untuk makan pagi. Depan
hotel An Tam ada kedai Melayu Champa (Islam) yang menjual makanan pagi sampai
malam. Kami membeli bekal nasi di kedai makan tersebut sebelum memulakan
perjalanan untuk melawat memandangkan, di tempat yang kami lawati itu, tiada
perkhidmatan makanan halal disediakan. Kami makan malam di kedai makan sama,
Quin An Halal Champa Muslim dan Vietnam Delight yang berdekatan kawasan hotel
kami.
Attire
T-shirt dan blaus yang bersesuaian
dengan cuaca di HCM yang panas,mendung dan hujan seperti Malaysia. Seluar jeans
beserta sneakers. Saranan saya, pakailah baju yang betul-betul menutup aurat
untuk memudahkan anda solat. Saya juga menyarankan anda bawalah bersama
telekung solat, kain sarung, wet tissue dan apa sahaja yang akan memudahkan
urusan solat anda. Solat itu wajib walau di mana anda berada.
Solat
Berada di negara bukan Islam
membuatkan nikmat Islam itu dirasakan teramat-amatlah besar. Secara jujurnya,
nak solat di HCM teramatlah susah untuk medapatkan tempat yang selesa seperti
surau di tempat kita(Malaysia). Bila berada dalam keadaan begini, iman
betul-betul tercabar. Syukur sangat-sangat dikurniakan kawan-kawan yang menjaga
solat. Solat sahaja di mana-mana yang anda yakin bersih. Sentiasalah alert dan
tengok waktu, kerana waktu solat di sana amatlah awal berbanding di tempat
kita. Sekiranya kita berjalan dalam satu kumpulan, pastikan kita inform the tourist
guide that 'we need to pray', akan ada tourist guide yang faham. Jadi,kita yang
kena usaha menjaga nikmat ini sebenarnya.
Banyak hikmah, pengajaran dan
pengalaman dapat dicedok daripada perjalanan ini. Syukur Allah berikan peluang
untuk turut merasai seperti orang lain. :)
Regards,
anNaqia
9 buah fikiran:
Wa'alaikumussalam.
1) Never been to Vietnam. Tp teringin gak la. Rezeki x de lg kot.
2) But saya prnh gi Europe masa lawat abg saya kat London awal tahun ni. And ada gak trip ke Paris. Alhamdulillah la ada rezeki..Hehe. Surprisingly, halal restaurants byk kat belah Europe.
3) Saya sgt can relate pasal solat tu. Kat sana mosques are quite limited. Siap ada yg kunci sbb takut org vandalise. But solat penting gak nonetheless. 5 times a day :-)
Waa, ke london eh choki. Teringin gak nk g london. InsyaAllah. Woo, ade yg nk vandalise mosque? Haish. ><"
saja highlightkn solat kat sini, sbb masa pegi vietnam aritu, ade tny sorang ni, nk solat cane sume, skali dia jwb, 'xtaula, kt dalam blog xde plk cite psl solat' ketuk dahi laju2. Harap, sape yang nak melancong, dpt sikit idea utk solat.
selamat bercuti...
hurmm best tak ke sana..
maybe next plan cuti2 oversea..manalah tau kan..
salam ziarah sini...
bestnya dapat g oversea >.<
Naqiah,
Bestnye dpt jln vietnam.. Cuba cari psl 'khuf', ruksah berwuduk utk musafir. InsyaAllah lagi lancar nk menunaikan solat. And jgn lupa bawk tikar smyg travel buat dr plastik n kompas kiblat (apps kat ipon pon ada) klo ssh nk cari masjid... Hehe.
paling jauh kaki ni jejak singapore dgn siam je., seronok lah boleh terbang jauh., biasanya bab tempat solat ni ok je, mane² pon boleh solat., yg tak oknya waktu dia., kadang² waktu solat boleh terbabas pasal tak tahu..
dear, jmput join ga hello kitty sy..
leh tambah ramai kenalan.. http://belogzeera.blogspot.com/2013/06/giveaway-by-zeera-lily.html
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^