Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, April 22, 2011

sikit je lagi

Assalamu'alaikum!

Apa khabar sume? Harap sihatlah ye. Pelajar tengah menghitung hari untuk menghadapi minggu lambakan test pada minggu depan. Sudah masuk era kesibukan yang amat dalam hidup pelajar.

Final draft jadual peperiksaan pelajar sudah keluar. Cukuplah dengan 4 kertas dalam masa 2 minggu. Apa lagi yang mahu diharapkan. Jika dulu lagi teruk, sekarang ni alhamdulillah, syukur saja. Janji setadi sampai gugur-gugur rambut sume. Harap-harap tak botak lah, bila dah habis belajar nanti.


Haa, inilah jadual peperiksaan pelajar. Doakan pelajar dan kawan-kawan dapat jawab exam dengan mudah deh.

Maka bermulalah musim berkampung di library, lebih biasa pelajar panggil IRC. IRC is stand for Information Resource Centre atau nama melayu nya, Pusat Sumber Maklumat.


Inilah pemandangan semasa pelajar belajar di IRC. Damai kan?

Pelajar merasakan,belajar di IRC lebih 80% dapat masuk dalam hati sanubari, otak serebrum dan sereblum pelajar. Alhamdulillah, syukur. :)

Tetapi, perkara examination itu lagi 2 minggu perlu pelajar hadapi. Minggu depan juga minggu genting bagi pelajar, memandangkan pelajar telah dilambakkan dengan ujian kedua bagi setiap mata pelajaran yang pelajar amek semester ini.


Pengiraan hari untuk test dan exam pelajar. Ya Rabb, permudahkanlah.

Alhamdulillah, walaupun agak nampak padat, semua projek telah setel dengan jayanya minggu ini. Maka pelajar dapat fokus dengan sepenuh hati pada test dan exam. Syukur lagi sekali. :)

Dalam kegelutan test dan exam, pelajar telah dikhabarkan oleh pensyarah tentang penukaran skop Final Year Project (FYP) pelajar. Nampaknya, pelajar perlu membuat research dengan tajuk baru tersebut. Ada hikmahnya pelajar pujuk hati sendiri. Nak berjaya, tiada jalan mudah kan kawan-kawan?

Begitulah, kesah kehidupan pelajar iaitu saye. Sikit je lagi tinggal untuk menghabiskan semester ini. Moga beroleh kejayaan yang mantoplah hendaknya.

Belajar itu susah, sebab nanti nak jadi orang senang.

2 buah fikiran:

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

tu blom lg 6 paper dlm mgu terakhir peperisaan..dimana semua org da packing2 nk blk kg

anNaqia said... [Reply to comment]

huhu. 6 paper dlm minggu terakhir itu menyeksa jiwa namanya.

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...