Hari ni nak menulis tentang cinta. Aicewah, jiwang nye. Eh, cinta tu kan fitrah manusia. Mari kita bukak minda. Bercerita tentang cinta. Cinta itu memang ada dalam jiwa manusia, sama ada dia sedar atau tak.
Matlamat jelas
Hidup tanpa matlamat, ibarat bermain bola tanpa ada jaring gol, disepak-sepak bola tanpa tujuan, bukankah pelik kalo dilihat tu. Begitu jugak cinta, perlu ada matlamat. Nak ke manakah kita dengan cinta. Selalu dengar kan, quote 'Cinta sampai syurga'. Inilah matlamat sebenar-benarnya untuk cinta. Biarlah cinta yang menjadi fitrah kita itu, membawa kita ke syurga dengan pandangan rahmat daripadaNya.
Pada yang Haq dan yang berhak
Cinta itu datang tanpa diundang dan kadang-kadang ia terjadi di luar kawalan kita. Mungkin pada suatu ketika, kita rasa cinta pada seseorang, namun tiada sebab yang kukuh untuk menyatakan mengapa kita cinta padanya. Itulah fitrah. Namun, ia perlulah dilorongkan pada jalan yang betul. Cinta pada yang Haq dan yang berhak, pastinya ada kesudahan yang baik. Mungkin kita boleh nilai kembali, sejauh mana cinta kita pada yang Haq. Dan, adakah cinta kita dicurahkan pada yang berhak.
Belajar daripada cinta tentang kecewa, sedih, sakit, sendu. Begitulah kehidupan. Kalo bukan bahagia, kecewa gantinya. Namun, kita perlu bangkit daripada cinta yang menyakitkan kerana, cinta kita masih perlu pada yang Haq, dan masih bukan pada yang berhak.
Mencari yang berhak itulah, perjalanan yang kita tak tahu kesudahannya. Itulah kecantikan hidup. Yang misteri menjadikan hidup lebih berseri. Mari menjaga cinta. Biar berlandaskan matlamat yang jelas dan pada yang Haq dan yang berhak. Simpan cinta dahulu, moga menjadi pengajaran untuk kehidupan masa hadapan.
Tq for the memories.
6 buah fikiran:
cntk cincin!
good info..:)
nik lan nik mat,
itu gambar amek kat gugel je. :)
kak farah,
tq. :)
nice rings..:-)..hrp sgt dpt pkai nanti slh satu rings tu dgn someone special in my life..aamin..
@mohd khalis farouk Agil: insyaAllah. doakan yg tbaik. moga Allah mudahkan. :)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^