sumber : gugel image
Pada suatu pagi yang lepas, saya berkesempatan melawat kubur datuk dan mak cik member. Ada tugasan yang perlu dilunaskan di tanah perkuburan.Berada di kubur pada pagi yang damai, membuatkan hati dan otak dapat memproses maklumat dengan laju.
Melihat sekeliling kawasan itu, terdetik juga di hati, bagaimana agaknya mereka di alam kubur sana. Baikkah?
Melihat satu persatu, ada kubur yang ditinggalkan, pokok-pokok tubuh melata di atas kubur tersebut. Terdetik di hati, tiada siapakah yang datang menjenguknya di kubur?
Melihat kubur itu disusun, ada ruang kosong, terdetik jugak, selepas ini giliran siapa pula yang memenuhi ruang kosong tersebut.
Reflect back to ourself.
Daripada detikan demi detikan hati itu. Mari kita reflect back to ourself.
Kita nanti bagaimana di sana. Mampukah menjawab soalan mungkar nakir dengan jayanya? Luaskah kubur kita nanti? Berseorangankah kita?
Masih adakah yang ingat, jika kita sudah berada di sana nanti? Ada orang yang masih mendoakan kesejahteraan kitakah walau sudah jauh terpisah?
Kitakah nanti yang memenuhi ruang kosong itu? Bersediakah kita nanti?
Sesi tepuk dada tanya iman.
Mari menepuk dada, bertanya khabar pada iman. Sihatkah iman hari ini?
Dari Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu). Kecuali tiga perkara (yang berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Kita yang masih lagi bernafas dengan oksigen daripadaNya, masih mampu berfikir waras. Bersyukurlah masih ada masa lagi untuk mempersiapkan bekalan.
Bersabda Rasulullah s.a.w: "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik"
-daripada Ibnu Umar
Ingin menjadi yang paling cerdik, tapi kadang-kadang tewas jugak. Manusia seperti kita, iman kadang-kadang meningkat, kadang-kadang menurun. Tiada daya dan upaya, hanya dengan mengharapkan Dia pegang hati kita, dan tidak membolak-balikkannya sehingga kita alpa dan lalai.
In case awak terlupa, saya ingatkan. Masa saya terlupa, harap-harap ada yang ingatkan.
Notahati : Tujuan hidup perlu lebih jelas, moga tidak kecewa dengan hal-hal dunia semata.
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^