Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Wednesday, February 23, 2011

kisah pasar malam

Hari ni ke pasar malam di taman maju. Suasana mendung saja. Bermacam-macam orang dapat dilihat di sini. Meh nak kongsi kisah pasar malam. :)

Yang kurang

Yang kurang (peminta sedekah) banyak dilihat di tepi-tepi jalan. Kebanyakannya cacat penglihatan, warga emas, dan orang kurang upaya. Sampai kadang-kadang tak sampai hati nak tengok. Terfikir jugaklah, di manalah anak-anak diorang. Jauh di sudut hati, syukur padaNya dipinjamkan fizikal yang sempurna. Ada juga hidupnya susah, hingga terpaksa meminta sedekah. Terpukul jugak dengan keadaan sekarang, hidup senang lenang, yang kadang-kadang boleh membuatkan diri lupa mereka yang susah. Kesenangan yang kadang-kadang membawa kemudharatan. Hm~

Yang usaha

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[Al-Jumu'ah : 10]

Suasana mendung, penjual-penjual di pasar malam tadi kurang. Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam penjualan mereka. Pastinya, ada naik dan turunnya. Namun itulah mereka yang usaha, demi sesuap nasi, demi pendapatan sampingan. Belajar melihat hikmahnya. Tiada alasan untuk diri mengalah dalam kehidupan, jika melihat situasi mereka yang lagi susah hidupnya jika nak dibandingkan dengan kehidupan sendiri.

Kasih ibu

Di gerai orang menjual nasi lemak, kelihatan anak dan ibu, sedang menunggu giliran. Tiba-tiba salah satu plastik daripada tangan si anak jatuh ke atas jalan. Yang turun menunduk dulu si ibu, mengambil plastik yang jatuh itu di kaki si anak. Terdetik jugak di situ, kenapa mesti si ibu yang menunduk dan mengambil plastik di kaki si anak tersebut. Sedangkan di tangan si anak, hanya ada beberapa plastik sahaja jika nak dibandingkan dengan plastik di tangan si ibu. Walaupun benda ni kecil, tapi daripada sekecil-kecil perbuatanlah akan membawa kepada perubahan sebesar-besar perbuatan. Kasihnya ibu, tiada taranya. Yang susah mahu dikendongnya, yang senang mahu juga dijinjingnya.

Kasih anak

Penjual-penjual di pasar malam, kebanyakan pembantu mereka adalah anak mereka sendiri. Tangan si anak pantas saja menyiapkan pesanan pelanggan. Kagum melihat mereka yang diasuh berdikari mencari sesuap rezeki demi menjamin kejayaan dalam hidup. Merenung jauh ke dalam kehidupan sendiri, jika nak dibandingkan dengan mereka, jauh bezanya. Tidak perlu turun padang bersama ibu abah untuk mencari rezeki. Cukup sekadar belajar hingga berjaya. Amanah besar dalam hidup.

Moral of the story : Muhasabah jom. Jangan sampai lupa warna rumput di kaki, kerana asyik melihat pelangi yang sementara di langit.

2 buah fikiran:

Syamil Johan said... [Reply to comment]

BAGUIHNYA CIKYAH..pi pasar malam dengan penuh pemerhatian..ak pi tgk makanan jaa..ehheeh

annaqia said... [Reply to comment]

eh, xde la.
kalo dah tiap2 mgu pegi. da tau sgt da pattern makanan. tgk org la plak menariknye. huhu.

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...