"Seronaklah, kalo hari-hari macam ni" - detik hati yang kepenatan.
Sudah masuk minggu kedua berkampung di lab. Hari-hari guna mesin polisher. Oh, alhamdulillah, hari ini sudah guna mesin baru, microhardness testing machine. Belajar ilmu baru hari ni. :)

Ini mesin polisher, milik peribadi SV kesayangan. hehe.
Penat menunggu cik mesin polisher menjalankan tugasnya. Sambil-sambil tunggu baca House Rules yang tak abis-abis lagi bace. Kadang-kadang rasa macam main masak-masak aje wat FYP ni.
Masih lagi tidak diketahui status FYP 2, sama ada kena enrol sem ni, atau sem depan. Subjek yang nak amek sem ni pun masih samar-samar. Ish, ni penangan perubahan struktur akademik la ni. Agak kelam kabut jadinya. Menunggu timetable untuk menjelmakan diri, nak plan untuk balik chinese new year ni. Fuh, ya Allah tolong permudahkan.
Papepun,

Lepas target, bolehlah usaha lebih. hehe
FYP 2 this sem, or next sem tak kisah, sebab dua-duanya ada baik buruknya. Hm, mengharapkan yang terbaek punye.
Berjuang memang pahit..Kerana syurga itu manisBukan sedikit mahar yang perlu dibayarBukan sedikit pedih yang ditagih

0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^