Do the people think that they will be left alone after they have once said, "We have believed," and they will not be tested? [Al-Ankabut:2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-Ankabut : 2]
Baru lepas baca blog ni, Not the primrose path
Baca blog ni, it makes me thinking. Sehebat mana pun manusia, mereka akan terus diuji, diuji dan diuji. Pernah jugak merasa perit seperti ni. Sungguh, bila diuji dengan nikmat kesihatan, seluruh dunia dirasakan gelap. Satu saat dirasakan tiada siapa yang dapat menolong, tiada siapa yang dapat memahami kesakitan yang dirasakan.Betullah, bila diuji, hati turns to Allah dengan sebenar-benarnya. He is the only hope that we have.
Baca blog ni, mengingatkan aku kisah 6 tahun lalu. Saat yang paling tak boleh lupa, bila melihat abah dan mak menitiskan air mata disebabkan melihat kondisi aku. Sungguh, sakit yang dirasakan tak sesakit melihat mak dan abah menangis sebab kondisi diri ini. Sedih yang amat, bila fikir, muda-muda dah sakit, muda-muda dah kena makan ubat, muda-muda dah kena masuk wad.
Melalui tahun-tahun yang mencabar dengan sokongan padu famili. Tahun demi tahun diuji. Ujian kesakitan ini membuat aku terfikirkan betapa dekatnya dengan kematian. Kisah duka dulu banyak memberi kesan kepada kehidupan sekarang. Syukur, kerana semua telah berlalu.
Doktor pernah cakap, "Penyakit awak tidak akan sembuh selama-lamanya"
Agak terkedu jugaklah. Redha is the word. Ada ketika sakit tu, susah hatilah jugak. Sekarang alhamdulillah, syukur dipanjatkan, kesihatan semakin meningkat. Ubat masih perlu makan dan appointment doktor masih diteruskan. Doakanlah moga aku terus bertahan sampai ke akhir hayat.(Reminder untuk diri sendiri : Makan ubat, jaga makan, jangan susahkan hati mak abah lagi.)
Syukur padaNya, banyak lagi insan yang kurang bernasib baik yang di luar sana, kalo nak dibandingkan dengan kondisi diri.
2 buah fikiran:
heyaa menarik lha entry . follow me :)
hehe. dah. folo me back k! hehe. :)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^