2004
dapat tawaran belajar di sms kuala terengganu. masa tu, langsung tak tahu kat mana la sekolah ni. down kejap, sebab ada pihak-pihak tertentu macam look down to me, sebab sekolah yang dapat tu tak la sepopular nama-nama gah sekolah asrama yang lain.
maka bermulalah episod bersekolah jauh dari mak and abah. time tu, hampir sebaldi kot air mata. sedih-sedih, pertama kali berjauhan dari mak and abah. oh, nama manja sekolah saye, sester ye kawan-kawan. :)
gambar masa mula-mula masuk sester
ambil gambar dengan tak kenal siapa-siapa pun kecuali nini (member dari sekolah masa lower form dulu)
sekolah saya dulu di belakangnya ada bukit, Bukit Besar kami panggil. Masa orientasi kalo tak silap, kami dikehendaki mendaki bukit tu beramai-ramai. Itulah pertama kali mendaki bukit. Seronok walaupun agak letih. Form 4 banyak la bermain dengan air mata. Apa nak buat, sakit rumah yang amat ye kawan-kawan.
masa form 5, hidup berasrama dinikmati sikit demi sedikit. hidup berukhuwah dinikmati. wah!
saye rindu kalian, zathi, ghah, ily, by, pipah, mai, azi semualah rindu. (yang mana tak tersebut bukan lupa ye)
saya rindu time kita beramai-ramai ke dewan makan. waktu kita berborak-borak dengan cikyah and the gang. ingat tak, kalo setiap balik dari solat zohor je, mesti kena beratur panjang-panjang. tapi, tak pernah risau akan lauk habis, cuma risau takut nanti terlewat prep. time lauk best je, alamat sampai ke meja belakang la kita beratur. tapi, lauk cikyah and the gang tak pernah mengecewakan. sedap sokmo!
kalo breakfast je, mesti akan tunggu sampai semua dah tiada kat dewan makan, mesti ambil lebihan makanan dewan makan. ingat tak zathi, awak selalu ambil nasi lemak, dan saya pasti akan tumpang sekaki. kalo bukan nasi lemak, mesti roti canai. breakfast makanan tu je yang ingat. saya pula tak akan miss ambil bekalan biskut time supper. memang makan kat dewan makan tak pernah miss. bukan apa, nanti kalo lapar, nak cari makanan kat mane? itu cerita bab makan dan dewan makan.
cerita bab pergi surau pun ada. waktu yang paling best, time zohor hari jumaat. ladies time. lelakis semua ke masjid luar sekolah, berjumaat. masa tulah berkongsi masalah agama semua. saye suka. kat situ lah time kami relax-relax bercerita, bila da keluar dari surau, semua buat kerja masing-masing. study macam zombie semua. (haha, macam zombie ke? entahlah. perumpamaan sahaja)
ini surau sester. pandangan tepi je dapat ambil
saye sangat-sangat suka surau sester. isk, lupa plak nama surau. suasana nya best. nak mengaji lama-lama kat dalam surau tu pun takpe. sangat selesa walaupun takde aircond. oh, nak tido lame-lame pun selesa. haha. kalo dulu, time lepas isyak dan ma'thurat je, semua terbongkang dalam kain sembahyang macam mayat hidup. rindunya!
masa belajar pun best! semua pulun yang amat time kalo ade ujian atau peperiksaan. kalo saye dulu, memang hanya boleh belajar kalo berada di kelas. dalam bilik hanya untuk terbongkang sahaja. masuk belajar pada jam 7.30 am. habis waktu belajar pada jam 2.30pm. sambung prep pada pukul 3.00pm ke 3.30pm (lupa sudah) sampai 4.30pm. malam pulak, prep start kul 8pm sampailah kul 11.30pm. padat sekali. tapi still rasa tak cukup waktu belajar.
hari jumaat takde prep, hari sabtu ada prep, kul 8.30am sampai kul 10.30am (if i not mistaken la). petang tu rest time. dulu hanya dua kali je keluar outing. tak sempat round la bandar kuala terengganu tu. malas nak bersusah payah berjalan mencari makan. cukup sudah apa yang ada. kalo ada benda nak beli pun, mesti pesan kat member-member.
time spm lagi best, sebab time tu, kanak-kanak form 4 sudah pulang, sunyi sahaja kawasan sekolah, aku dan member laen akan mengkongker kawasan astaka dan kawasan-kawasan akademik yang laen.
time belajar dalam kelas lagi best, budak-budak asrama ni mudahlah mengantuk, adalah kesah lucu, dimana member aku tersengguk-sengguk depan cikgu. haha. cikgu hanya mampu menggeleng-geleng. cikgu pun ada tanye "kamu orang ni, tidur lewat ke malam tadi macam semua tak cukup tidur je" haha. entahlah cikgu, nak kata tak cukup, cukup aje. mungken terlalu letih dengan jadual yang terlalu ketat.
ni gambar graduasi. nampak tembam kan? hee~
hari berganti hari, bulan berganti bulan. tahun berganti tahun. itu kenangan 5 tahun yang lepas.
panjang cerita hari ini. macam banyak lagi yang tertinggal, nanti lah cerita apa yang tertinggal. banyak gambar dulu-dulu, tapi malas nak scan. hehe. gambar yang kurang kualiti di atas, hanya bermegapixel 1.3MB sahaja.
dulu merasakan sester la tempat paling tak best. tapi sekarang, teringat-ingat balik.
4 buah fikiran:
tringat masa naqiah bleh tawaran..nangis masa hri last naqiah kat smip..wuwuwu..
hehe. sy ingt tu!
balik tu, boleh plak abah tanye,
"sedih ko?"
haiyya, ore ape lagi, waa terus la dale keto. haha. :')
surau al-firdaus rasenye...kalo x silap la..
aah, btul rasanya. hee~
tq. :)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^