Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.
Showing posts with label sester. Show all posts
Showing posts with label sester. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

SESTER banjir

Tertengok di facebook, Cikgu Jeff ada uploadkan gambar SESTER sekolah lamaku dulu banjir. Banjir berlaku around 6.50am until 7.45am.



sumber : Facebook Cikgu Jeff


Ada jugak terbaca Utusan Malaysia online. Berikut petikan daripada berita tersebut.

KUALA TERENGGANU 29 Mac - Hujan berterusan sesekali lebat sejak semalam menyebabkan beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir dengan lebih 748 terpaksa dipindahkan sehingga tengah hari ini.Jurucakap bilik gerakan banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, empat daerah yang teruk dilanda bencana itu ialah Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu.Mangsa dariapda 188 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan dengan daerah ini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 211 mangsa daripada 46 keluarga.


Kat Kerteh pun dengar cerita banjir jugak. Bersumberkan facebook member di Kerteh.

Semoga semua selamat hendaknya.

Thursday, March 24, 2011

alkisahnya SPM

Tarikh keputusan Sijil Penilaian Menengah (SPM) diumukan pada 23 Mac 2011, iaitu semalam. Kalo masa aku dulu, seingat akulah, 14 Mac 2006.

5 tahun yang lalu aku yang berdebor nak amek result. Semalam, adik aku pulak yang mengalami situasi sama. Aku pun turut gelisah jugak, dapat brape lak cek mek tu. Alhamdulillah, rezkiNya melimpah ruah kat acik. 

For me, it is a turning point, when it comes to SPM, you need to make wise decisions. Sebabnya, sekolah dengan universiti adalah dua alam yang berbeza. Kat sekolah, even kita tak minat subjek biology contohnya, tapi we got cikgu, yang boleh pupuk minat tu, and kita boleh paksa diri kita belajar. Tapi kat universiti lain, you sendiri yang kena survivekan diri sendiri. Tak minat, takde lecturer nak pupuk minat tu kat you, but you yourself yang kena paksa diri minat subjek yang terpaksa dipelajari. Lagi satu, kalo kita kandas kat sekolah, kita still boleh blaja sampai tingkatan 5. Kalo kat universiti, you kandas you out. 

Semua benda akan berubah. Jika dulu kat sekolah, cikgu add math ajar bersungguh-sungguh pagi petang malam sampai nak terkeluar anak tekak cikgu, semata-mata nak anak murid faham topik kebarangkalian, kat universiti sudah lain. Belajar jugak subjek kebarangkalian (statistics) tapi just from the slide, lecturer reads from the slide, you yang kena fahamkan sendiri. Itu normal. Dulu makan orang suapkan, sekarang kena makan suap sendiri, basuh tangan dulu, baru boleh suap. 

Cara belajar pun semestinya kena lain. Every person will have their own style of studying. Semua lain-lain. Ada yang boleh belajar dengan buat group study, ada yang hanya boleh belajar sorang-sorang, dan ada jugak yang boleh guna dua-dua methods, its depends. Dulu masa mula-mula masuk uni, aku agak tunggang langgang jugaklah study, bila dah lama-lama barulah stabil, tapi tulah, kalo da lama-lama baru nak stabil, pointer pun lambat sikitlah nak stabil. Jadi sape-sape nak masuk uni nanti, cari terus cara study yang sesuai dengan diri sendiri dan dapat skor tinggi. 

Masuk universiti semua membawa identiti masing-masing. Dari situlah belajar mengenal kerenah orang-orang sekeliling, kalo kat sekolah dulu, terasa kanak-kanak lagi, kalo fikir pun, bilalah kasut sekolah nak kering, bila abah nak datang amik, pukul brape nak sampai sekolah itu je. Tapi, bila dah meningkat umur, banyak dah benda nak fikir, itulah,inilah. Macam-macam hal. 

Banyaklah perbezaan hidup universiti dan sekolah. Tapi, ade jugak perkara yang tak perlu berubah, dan perlu ada dalam hidup. Rajin, usaha, tawakal, semua benda positif time kat sekolah dulu. Ramai yang cakap, tak guna dapat 10A pun, kalo kat universiti kecundang, itu nasiblah dan manusia mungkin terlupa untuk membawa bekalan positif dari sekolah ke universiti. Kehidupan orang ni kan lain-lain, ada Allah bagi bagus awal-awal, ada Allah bagi teruk akhir-akhir. Tapi, pegang satulah, nak berjaya, kena usaha, tak berjaya, tak semestinya gagal seumur hidup, kita ada akal untuk fikir, untuk bangkit balik, berjaya dunia akhirat dalam kasih sayang Allah itu kan lebih bermakna.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang nak meningkat dewasa yang akan masuk universiti, bersedialah mental dan fizikal. Perjalanan jauh lagi kalo kita dipanjangkan umur, jadikan SPM tu sebagai titik tolak untuk terus berjaya. Pada yang dapat skor, maintainkan skor sampailah abis universiti jika diizinkanNya, pada yang tak skor, Allah itu ada. Kalo kita usaha lagi selepas ni, insyaAllah, moga Allah pandang usaha kita, dan kita dapat result yang lebih baik, bukan di SPM, di universiti mungkin. Orang yang bijak, orang yang tak jatuh pada lubang yang sama dua kali. 

Live and learn. Mari belajar daripada kehidupan sekeliling.

miss SESTER oredi. :') 

Saturday, December 4, 2010

hidupnya berasrama.

belek-belek album kat sester dulu. ting! terdetik nak post pasal kehidupan di sester dulu. jom-jom follow me, flashback. :)

2004
dapat tawaran belajar di sms kuala terengganu. masa tu, langsung tak tahu kat mana la sekolah ni. down kejap, sebab ada pihak-pihak tertentu macam look down to me, sebab sekolah yang dapat tu tak la sepopular nama-nama gah sekolah asrama yang lain.

maka bermulalah episod bersekolah jauh dari mak and abah. time tu, hampir sebaldi kot air mata. sedih-sedih, pertama kali berjauhan dari mak and abah. oh, nama manja sekolah saye, sester ye kawan-kawan. :)

gambar masa mula-mula masuk sester

ambil gambar dengan tak kenal siapa-siapa pun kecuali nini (member dari sekolah masa lower form dulu)

sekolah saya dulu di belakangnya ada bukit, Bukit Besar kami panggil. Masa orientasi kalo tak silap, kami dikehendaki mendaki bukit tu beramai-ramai. Itulah pertama kali mendaki bukit. Seronok walaupun agak letih. Form 4 banyak la bermain dengan air mata. Apa nak buat, sakit rumah yang amat ye kawan-kawan.

masa form 5, hidup berasrama dinikmati sikit demi sedikit. hidup berukhuwah dinikmati. wah!
saye rindu kalian, zathi, ghah, ily, by, pipah, mai, azi semualah rindu. (yang mana tak tersebut bukan lupa ye)

saya rindu time kita beramai-ramai ke dewan makan. waktu kita berborak-borak dengan cikyah and the gang. ingat tak, kalo setiap balik dari solat zohor je, mesti kena beratur panjang-panjang. tapi, tak pernah risau akan lauk habis, cuma risau takut nanti terlewat prep. time lauk best je, alamat sampai ke meja belakang la kita beratur. tapi, lauk cikyah and the gang tak pernah mengecewakan. sedap sokmo!

kalo breakfast je, mesti akan tunggu sampai semua dah tiada kat dewan makan, mesti ambil lebihan makanan dewan makan. ingat tak zathi, awak selalu ambil nasi lemak, dan saya pasti akan tumpang sekaki. kalo bukan nasi lemak, mesti roti canai. breakfast makanan tu je yang ingat. saya pula tak akan miss ambil bekalan biskut time supper. memang makan kat dewan makan tak pernah miss. bukan apa, nanti kalo lapar, nak cari makanan kat mane? itu cerita bab makan dan dewan makan.

cerita bab pergi surau pun ada. waktu yang paling best, time zohor hari jumaat. ladies time. lelakis semua ke masjid luar sekolah, berjumaat. masa tulah berkongsi masalah agama semua. saye suka. kat situ lah time kami relax-relax bercerita, bila da keluar dari surau, semua buat kerja masing-masing. study macam zombie semua. (haha, macam zombie ke? entahlah. perumpamaan sahaja)

ini surau sester. pandangan tepi je dapat ambil

saye sangat-sangat suka surau sester. isk, lupa plak nama surau. suasana nya best. nak mengaji lama-lama kat dalam surau tu pun takpe. sangat selesa walaupun takde aircond. oh, nak tido lame-lame pun selesa. haha. kalo dulu, time lepas isyak dan ma'thurat je, semua terbongkang dalam kain sembahyang macam mayat hidup. rindunya!

masa belajar pun best! semua pulun yang amat time kalo ade ujian atau peperiksaan. kalo saye dulu, memang hanya boleh belajar kalo berada di kelas. dalam bilik hanya untuk terbongkang sahaja. masuk belajar pada jam 7.30 am. habis waktu belajar pada jam 2.30pm. sambung prep pada pukul 3.00pm ke 3.30pm (lupa sudah) sampai 4.30pm. malam pulak, prep start kul 8pm sampailah kul 11.30pm. padat sekali. tapi still rasa tak cukup waktu belajar.

hari jumaat takde prep, hari sabtu ada prep, kul 8.30am sampai kul 10.30am (if i not mistaken la). petang tu rest time. dulu hanya dua kali je keluar outing. tak sempat round la bandar kuala terengganu tu. malas nak bersusah payah berjalan mencari makan. cukup sudah apa yang ada. kalo ada benda nak beli pun, mesti pesan kat member-member.

time spm lagi best, sebab time tu, kanak-kanak form 4 sudah pulang, sunyi sahaja kawasan sekolah, aku dan member laen akan mengkongker kawasan astaka dan kawasan-kawasan akademik yang laen.

time belajar dalam kelas lagi best, budak-budak asrama ni mudahlah mengantuk, adalah kesah lucu, dimana member aku tersengguk-sengguk depan cikgu. haha. cikgu hanya mampu menggeleng-geleng. cikgu pun ada tanye "kamu orang ni, tidur lewat ke malam tadi macam semua tak cukup tidur je" haha. entahlah cikgu, nak kata tak cukup, cukup aje. mungken terlalu letih dengan jadual yang terlalu ketat.

ni gambar graduasi. nampak tembam kan? hee~

hari berganti hari, bulan berganti bulan. tahun berganti tahun. itu kenangan 5 tahun yang lepas.
panjang cerita hari ini. macam banyak lagi yang tertinggal, nanti lah cerita apa yang tertinggal. banyak gambar dulu-dulu, tapi malas nak scan. hehe. gambar yang kurang kualiti di atas, hanya bermegapixel 1.3MB sahaja.

dulu merasakan sester la tempat paling tak best. tapi sekarang, teringat-ingat balik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...