Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, December 5, 2010

kelasnya bergerak

Okey, lately ni mood nak mengenang kisah lama saja. semalam dah belek-belek album sester. hari ni pula nak flashback sekolah masa lower form dulu. nama sekolah saye masa lower form dulu, smk ismail petra. nama manjanya smip.

Sekolah ini pun menyimpan seribu satu kenangan pahit manis masam masin selama tiga tahun.
Masa lower form dulu, belajar serba sikit bahasa arab. Seronok belajar bahasa arab. Masa form 1 dan form 2, ustazah bahasa arab cool aje. Sampai sekarang teringat lagi kerlipan mata ustazah. haha. Naek form 3, ustazah lain pulak mengajar kami. Kali ni, ustazah cantek. Pakaian beliau ade tema. Kalo ari merah, baju merah, kasut merah, handbag pun merah. Oh ya, kadang-kadang cincin pun merah. haha. (mase kecik-kecik dulu suka sangatlah buat observation, jadi tabiat sampailah sekarang.)

Sekolah saye ni, mengamalkan konsep kelas bergerak. Masa mula-mula start belajar kat sekolah ni, memanglah takut yang amat, sebab nanti takut sesat, tak tahu kelas kat mana. Pernah terdengar, daripada siapa dah lupa, kelas bergerak ni tiru konsep macam di universiti. Kelas bergerak macam ini ye kawan-kawan, kalo sekarang waktu matematik, pelajar ke kelas matematik, waktu sains, pelajar ke kelas sains, bukan kelas yang bergerak, tapi students yang bergerak ke kelas yang sepatutnya. Memang students tak akan stay lama pada satu kelas kalo dalam satu hari tu. Suka bila ingat balik, time pertukaran waktu tu, berduyun-duyun la manusia pelajar ke kelas masing-masing. Alamat kalo hari tu bawak buku banyak, memang akan pikul beg berat macam batu start dari kelas pertama sampailah ke kelas terakhir. Awesome! Patutlah masa dulu rasa macam tough gile, hari-hari exercise. haha.

eh, mane boleh duduk atas buku. ish~ letak gambar ni nak cakap, buku banyak kalo belajar dulu. heh~

Kelas favourite of course kelas kat groundlevel, tak payah susah-susah panjat tangga. Kelas paling tak best, kelas yang kat level atas sekali. Dah la saye ni ade altophobia. Memanglah akan berpeluh kaki dan tangan setiap kali nak mendaki tangga ke level paling atas. Eh, sampai sekarang ada altophobia, tapi sekarang dah boleh dikawal. hehe.

Kalo dulu, sayelah penyumbang terbesar bayar denda datang lewat. Aiguh~ tiap-tiap hari lewat, dan setiap kali datang lewat, kena denda 50 sen. Kalo datang awal tu, memang miracle sangat! haha. Bayangkanlah, kalo lima hari bersekolah, setiap hari jugak lewat, setiap hari kena denda 50 sen, ditambah-tambah guna matematik, sebulan RM10 bayar untuk denda. kalo 6 bulan berturut-turut tanpa gagal datang lewat, RM60. Mencecah seratus jugaklah kot. haha. Setiap kali bayar denda, pasti akan ada resit. Resit tu da boleh buat buku dah. Malu weh! Muka nilah yang selalu datang lambat. Tapi lama-lama da hilang rasa malu. Dahsyat betul. Alah bisa tegal biasa lah orang kate. haha.
sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan kawan-kawan?

kantinnya, hurm, takdelah best sangat, sebab setiap kali nak makan kat kantin, aiyok, selalu penuh, memang tak akan berpeluang langsung untuk duduk bersenang-lenang makan. Oleh sebab itulah, saye dulu prefer beli makanan kat ko0p. Makan burger dengan air roselle. Masa tu da kira kenyang, kalo tak pun, makan keropok lekor bersambal belacan. Sedap! Suka yang amat air roselle dulu, murah-murah saje.

Itu cerita bab makan, bab surau pun ada. Tapi, pergi surau time ada kelas tambahan je kalo tak silap. Dah tak ingat sangat dah camne rupa surau. Librarynya, best2! beraircond. Tapi dulu, takdelah kerap sangat ke library tu. Oh ye, ada satu lagi library, em, library kecik, yang mana isinya ada buku-buku english sahaja. Suka library kecik ni, sebab kecik. Banyaklah buku-buku best. Tapi, aku dulu bukan suka sangat membaca buku cerita. haha. Entah apelah yang dibaca dulu.

Yang paling istimewa sekolah ni, setiap hari rabu ade bacaan yasin. Memang hari rabu excited ada bacaan yasin. Tapi di'spoilkan dengan hari kena pakai baju kokurikulum. Setiap kali saye pakai pakaian seragam je takde lah nak check, tapi kalo time tak pakai pakaian seragam, hah mulalah ada perhimpunan check sana-sini. haha. Macam tulah. Life is unexpected kan?

time ni lepak-lepak after peperiksaan. aish lupa plak tahun nye.

Kawan-kawan dulu semua sekepala lah. Time hindustan, abeslah satu meja minat hindustan. Ape lagi eh? Oh, memang akan sekepala cerita bab-bab secret admire masing-masing. Alahai, kanak-kanak betul la. Tapi, kadang-kadang adalah salah faham, gaduh sana, gaduh sini, tapi biasalah, kalo dah hidup berkomuniti dan masing-masing masih tak matang, gaduh aje lah. haha. Sekarang macam mane eh? Em, insyaAllah harap-harap takdelah gaduh-gaduh. Oh, semua da berjauhan, memang hanya perasaan rindu je membuak-buak dalam diri masing-masing. Betul tak kawan-kawan? hehe. :') rindunya kamu-kamu warga 1taqwa, 2taqwa dan 3ibnu rusyd.

Cekgu-cekgi pun tip top. Cekgu-cekgi tak pernah mengecewakan, ajar sampai kami faham. Tapi, kalo kat universiti, tak paham, paham-pahamkan ajelah. haha. Da tua, takkan nak spoonfed lagi kan? haish, siyesly, belajar kat U lagi susah. >_<

Hurm, da panjang bebelan ni. Flashback balik kenangan dulu. itu cerita tujuh tahun yang lalu. Wah, da rase semakin tua. Kenang balik untuk jadikan teladan yang mana baek, dan jadikan sempadan yang mana tak baik.

sungguh, rindu baju sekolah! :')

0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...