Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, July 31, 2009

cuti h1n1

SPECIAL ANNOUNCEMENT – CLOSURE OF UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DUE TO INFLUENZA-LIKE DECEASE (31st July 20009 – 6th August 2009)

In relation to the above, students are to inform respective parents and guardians on the above measure taken by the university to curb the spread of influenza-like decease in UTP. Please share with parents/guardians on the advisory notice and guidelines

++++++++++++++++++++++++++
Dear all,

I wish to inform all of you, in view of the Influenza-like Illness (ILI) among our students, we have decided to close the university beginning 3.00pm today, Friday, 31 July 2009 until 3.00pm, Thursday, 6 August 2009. All students (UG & PG) without symptoms of ILI are to leave the campus starting 3.00pm onwards and latest by at 12.00 noon, Saturday, 1 August 2009.

All academic activities will resume on Monday, 10 August 2009.

International students and students from Sabah and Sarawak can remain in campus. However, please note that you are not allowed to leave the campus during the above campus closure period.


utp kne cuti jugak~

terkejut gak dapat berita nih.

ni kali pertama aku menerima berita cuti tanpa excited.

bukannya apa,

bagi aku, ini sem kritikal utk aku.

dgn etp nye, dgn asemen nye, dgn koir konvo nye, dgn projek2 nye.

tapi,

aku pasti, ada hikmah di sebalik kne balik bercuti ni.

jd, berlapang dada lah dengan apa yg berlaku.

^_^


Tuesday, July 28, 2009

kusut~

adoyai,
asal rasa cm rilex je lagi,
duhai empunya diri?
kerja semakin bertambah,
pergerakan hidupku dirasakan masih berada di takuk yg sama.
huhu~

mungkin kerna terlalu memikirkan,
perkara2 yg bakal berlaku akn menyesakkn otak,
smpai sekarang pergerakan minda masih terlalu perlahan.

  • etp dalam proses-pembikinan idea
  • asaimen mantech - belum sentuh lg!
  • grup asaimen econ - br je tgk weyh~
  • kuiz fluid - jumaat.
adeh,
naqiah!
wake up bebeh!!
huhu~
i need a booster.
momentum!!
argh!!!

adoyai,
masalah hati yg sama dialami,
baru je nk neutralkan,
xsempat kot nak neutral,
dah kembali kpd asid,
menambahkan sakit di dada (cewah~)
siyesly,
napelah maseh memikirkan perkara yg xspttnya dipikir,
aku sendiri konfius,
maybe sbb kesenangan utk bertembung,
dan membuahkan buah yg tidak spttnya hadir di benak ini.
pening!
xnk perasaan ini bergayut di hati,
lemas,
sbb mengharapkan sesuatu yg xpasti itu menyakitkan~
hish!
hrp2 lps post benda nih,
zup,
tbe2 perasaan tu hilang.
huhu~
berharap sgt.
amat menantikan ari itu tiba,
tp,
tidaklah mahu perkara itu bermain di fikiran,
hingga gagal mengawal emosi sendiri.
haish~
inginkan sesuatu yg berlaku dgn normal,
dgn ketentuanNya.
amin~

Sunday, July 26, 2009

surprise!

250709

cukup dua mgu bdayku~

tka: kitorg nk g vangge, jom la ikut skali
aku: owh, kt ipoh tu ke?
tka: aah, xde la jauh sgt.


dlm hati : haish, da kenyang mkn nasi. xkn nk ikut lagi. fatin pun mesti xnk ikut gaks. biarlah.

tka: jom la.
aku: fatin nk g ke?
tka: fatin ckp ok je. dia nk g slps anta kakp ngan zini g klinik.
aku: owh ye ke?ok2.

dalam hati: fatin nk ikut? pelik btul~

aku: diorang ni nak g vangge, nak ikut gak ke?
fatin: tau, boley je.
aku: owh, ok2
fatin: kte g lps anta kakp ngan zini g klinik.
aku: owh, ok2.

bila da ramai2 sampai kt parking keta.

tka: hah, jum2, kumpul2 dlu.

dalam hati: haish, pelik nih. da nk dkt kul 10 ni. vangge bkk lg ke?

aku pun berlari-lari ke keta nk amek beg. tiba-tiba tka jerit.

tka: cikyah! nk g mane tuh??
aku: jap2. amek beg.

da slesai amek beg, aku kembali ke tempat berkumpul.

zapp!! tka keluarkan tudung2nye daripada beg.

tka: hah, ikat2 semua.

dalam hati: adeh, apekehenye nih? nk g vangge pn kne tutup mata ke? banyak lak tu tudung nye. isk~ xsdap tul rase nih.

fatin ikat mata aku.

antara mangsa ikatan mata : farah, bib, zini, anis dan aku

naik keta bergerak smpailah ke satu tmpt.

tiba-tiba je ade satu tgn pegang tgn aku. ditariknye aku, terhuyung hayang rasa badan bergerak.

bila dbenarkan bkk ikatan mata tu,

hepi besday to u,
hepy besday to u,
hepi besday to,
farah, bib, zini, anis, cikyah
hepy bday to u.

rasa cm nk nangis pn ade gaks. ade org wat serperais party kt aku. wpun berlima, rasa sgt bahagia. hoho~

kami mkn dengan sepenuh hati. dan amek gmba sepenuh hati.

^_^



selepas dibenarkan membuka ikatan mata.



sampai2 je, terus bergambar




ilah ngan kin bagi hadiah kat kitorg~ ^_^ tq!



bday girl kne g basuh pnggan. tp aku xwat pun. haish~ sori ye kwn2~



background bday party kami~ macam ni lah kwn2 saye termasuk saye~




tq to aini. our cameragirl~



pulang~

terima kasih buat teman semua.
rumet, ilah, fatin, emie, fani, zatul, kakp, aimi, nadiah, kin.

ps: saye sayang kawan2 sy.
pss: kenangan yg manis utk diingti~

Saturday, July 25, 2009

tacoma narrows bridge

semasa kelas vibration semalam, lecturer ade menunjukkan satu gambar jambatan yang runtuh pada 7 November 1940 due to the vibration. kata beliau, kat youtube pun ade video pasal jambatan ini sebelum runtuh. jadi, aku terus mengyoutubekan diri cari pasal Tacoma Narrows Bridge ini. rupa-rupanya banyak orang yang uploadkan video pasal jambatan ini.

Galloping Gertie: The Collapse of the Tacoma Narrows Bridge

masa mula-mula bukak jambatan tu, jambatan tu da bergerak macam ombak. sampaikan orang letak nama Galloping Gertie tu. tapi, engineer risau, sebab perkara macam tu tak sepatutnya berlaku. sampailah satu tahap, jambatan tu terus collapsed. sebelum collapsed tu, jambatan tu bergerak macam roller coster.

huhu, xdpt nk letakkan video tu di cni.

video tu yang paling menarik perhatian aku. tengok lah! ^_^


click cni je la

Friday, July 24, 2009

wabak

selsema
batuk

takutnya nak g klinik.
seram sejuk je tengok klinik yang ramai orang.
kawan-kawan semakin ramai yg mengalami perkara di atas.




hanya doa mengiringi mereka yang sakit termasuklah aku

kalo di rumah,
amat tidak terasa kehadiran pandemik ini.
huhu.
bila da rasa sakit2 macam ni,
mulalah ingat pada mati.
hmm..




dah bersedia ke aku nih?

Wednesday, July 22, 2009

entahla.


ya ALLAH,
hidupkanlah aku dalam iman.
matikan aku dalam iman.

Monday, July 20, 2009

3rd year 1st semester

alhamdulillah,
syukur kepada Illahi,
kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini,
dan dapat menyambung kembali perjalanan ilmu kami.

200709
semester baru bermula.
agak keletihan.
tetapi cukup gembira.
hari ni seperti biasa, acara merebut lab dimulakan.
untuk seminggu nih,
memang kami akan berlumba-lumba merebut lab.
semoga semua dipermudahkanNya.

antara subjek yang aku amek untuk semester ni ialah:-

  • MAB 3013 - ENGINEERING TEAM PROJECT
  • GAB 3113 - ENGINEERING ECONOMICS
  • MAB3032 - COMPUTER AIDED ENGINEERING
  • MAB 3023 - MECHATRONICS 2
  • MAB 3053 - VIBRATIONS
  • MAB 3062 - FLUID MECHANICS 2
  • MAB 3043 - MANUFACTURING TECHNOLOGY 2
kesemuanya berjumlah 18 credit hours.

azam baru?

3s
  • sasaran
  • strategi
  • sikap
hoho.
mungkin kali ini azamku lebih jelas.


semoga diberkati olehNya

Sunday, July 19, 2009

padat

selama 5 hari tilawah Al-Quran diadakan di UTP, maka tamatlah pada 18.07.09, semalam.



















Wednesday, July 15, 2009

tilawah Al Quran

majlis tilawah Al Quran
peringkat kebangsaan kali ke-52
tahun 1430H/2009M
"wahdah pemangkin khaira ummah"


di saat hati dirasakan sudah lama tidak diberus

jumpa ramai penceramah dalam tv.
seronok.
hati berbunga-bunga.
dah lama memasang niat utk masuk tilawah. huhu~


pentasnya cantek.
first time tengok live depan mata kepala sendiri.
^_^




orang ramai berpusu-pusu masuk chancellor hall.
tak pernah-pernah tengok orang seramai tu.
hoho~






jalan dalam UTP pun boley jam.
banyak bas ngan kereta masuk UTP.
sangat menarik~



ada orang buta yang baca Al Quran.
dan
ada adik yang penglihatan nya kurang sempurna baca Al Quran.
rasa sayu sangat.
hampir nk menitis air mata melihat mereka mengaji.
mereka gne braille utk mengaji.
bersyukur dikurniakan penglihatan yang sempurna.



ps : hati sayu bila mendengar bacaan Al Quran.




Tuesday, July 14, 2009

20

110789-110709
ckup dua dekad.
alhamdulillah.
masih dikurniakan masa untuk terus bernafas.
^_^
teringin nak makan kek hari lahir sendiri.hehe~

120709
sampai sudah d utp.
cukup 3 thn ku blaja d cni.
3rd year 1st semester la plak.
semoga dipermudahkanNya.
^_^

alhamdulillah, meningkat.

Tuesday, July 7, 2009

choral speaking

tadi, ikut mak aku ke pertandingan choral speaking. seronok tengok!

dalam banyak-banyak sekolah yang masuk tu, SMS Tengku Faris Petra la paling best.

aku sempat menunjukkan thumb up kt sorang pelajar smstfp yang aku suka tengok. ^_^

sungguh menghiburkan hati.

kalau nak tahu,
  • choral speaking is a recitation of poetry, dramatic pieces, etc. by a chorus of speakers.
  • choral speaking requires a group of students orally interpret and recite from memory.
  • students read the script text chorally
  • Talk about conveying meaning by:
  1. emphasising particular lines/phrases/words,
  2. using a range of voices, eg. one or two voices,
  3. assigning different sections to different speakers,
  4. varying pace, voices, volume,
  5. including possible gestures or actions
nak tahu cmne choral speaking tu, tgk la kt youtube.^^
************************************

kebetulan pulak, pertandingan tu diadakan di Dewan SMK Putera yang berhadapan dengan sekolah lama aku dlu, SMK Ismail Petra (smip).

aku berjumpa ngan ustazah zahriah, kalau xslp la.

cikgu-cikgu aku dulu masih ada di sekolah tu. ada sorang dua cikgu yang dah berpindah.

seronok jumpa ustazah dan dapat tahu pasal cikgu-cikgu.

seronok. teringat muka budak yang sengih bila aku tunjukkan thumb up. ^_^

syurga cinta




best!
byk mesej yang boleh dicedok daripada cerita ni.
seronok tgk.
semua nya lulus di mata untuk ditonton.
huhu.
semoga lagi banyak cerita yang berunsurkan agama camni keluar.
hati senang tengok cerita camni.
siyesly!~

mengharapkan diri sekuat dan sebaik watak cikgu syuhadah~
juga mengharapkan cinta sampai ke syurga.
^_^

Monday, July 6, 2009

melabuh tirai

cuti semakin ingin melabuhkan tirainya.
bermakna semester baru akan bermula.
rumahku syurgaku ini akan ditinggalkan lagi.
isi rumah pun akan ditinggalkan lagi.
pengalaman seterusnya di utp akan bermula.

persediaan?
belum berfikir sedalam-dalamnya lagi.
cuba untuk menghayati detik ini.
cuti maseh ada.
tidak mahu kusia-siakan.

terasa ingin post pasal ni, hati pun dirasakan sayu.

Saturday, July 4, 2009

sejenak 1

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

from iLuvIslam website

Friday, July 3, 2009

muhasabah cinta

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

i luv this song.

di saat hati mendamba cinta manusia, aku lalai dalam meneguk kasih ILLAHI.

Wednesday, July 1, 2009

orang tua dan anaknya

pagi tadi, aku menonton cerita anjakan paradigma bersama datuk dr hj fadzillah kamsah, daripada rancangan tv ni aku dapat satu kesah yang amat menarik untuk dikongsi.

kisah orang tua dan anaknya bersama seekor kuda.

alkisahnya, orang tua dan anaknya berjalan sambil menarik kuda bersama mereka untuk ke satu tempat. dalam perjalanan, mereka berdua bertemu dengan seorang pemuda A.

"mengapa ditarik sahaja kuda itu. adalah lebih baik jika kalian menunggang kuda itu." kata pemuda A.

"mm, betul jugak cadangan orang tu. jom kite tunggang kuda ni." kata si orang tua kepada anaknya.

maka mereka berdua pun menunggang kuda itu. dalam perjalanan, mereka bertembung pula dengan pemuda B.

"kenapa kamu berdua menunggang kuda itu. kesian kuda itu." kata pemuda B.

"iyalah, baik kamu turun berjalan, biar ayah sahaja yang tunggang kuda ini." kata si orang tua kepada anaknya.

maka si anak turun dan berjalan kaki sambil menarik kuda tersebut. mereka meneruskan perjalanan sehinggalah bertembung dengan pemuda C.

"kesian si anak, terpaksa menarik kuda. sepatutnya yang tua lebih beralah." kata pemuda C.

setelah mendengar kata-kata itu, si orang tua turun dari kuda dan menyuruh anaknya menunggang kuda itu. perjalanan diteruskan lagi, sehinggalah mereka bertembung pula dengan pemuda D.

"kejamnya si anak, membiarkan ayahnya yang tua berjalan kaki." kata pemuda D.

tercengang si orang tua tersebut kerana memikirkan semua cara yang dilakukannya salah di pandangan mata ramai. maka, mereka meneruskan perjalanan tanpa mendengar lagi komen-komen daripada orang yang lalu-lalang.

moral value :
  • kadang-kadang kita tidak perlu memberi sepenuh perhatian kepada pandangan orang, kerana tidak semua pandangan yang diberikan itu membina.
  • kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak, lain orang lain ragamnya.
another interesting story.Klik sini

mulut belanga boley ditutup. mulut orang manakan boley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...