Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, February 22, 2009

kerdilnya diri ini.

kesedihan yang tak terungkap..

kesedihan melanda seluruh jiwaku. air mata yang keluar tidak mampu untukku kawal.

astaghfirullah..

di telingaku, setia alunan itu menjalankan tugasnya.

sungguh sayu hati ini. tidak mampu kuertikan dengan kata-kata makna kesedihan hati ini.

terasa kerdil tatkala menghayati ayat-ayat zikrullah ini.

alunan itu sungguh menusuk kalbuku.

alunan itu terus beralun dengan syahdunya.

ya Allah...

mengapa aku selalu alpa menjalankan tugas sebagai hamba kepadaMu.

tubna ya Allah.

tubna ya Allah.

tubna ya Allah.

Tuhanku,

aku tidak layak masuk syurgaMu.

namun, tidak upaya menghadapi api nerakaMu.

terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku,

sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.

jika Engkau tidak menerima taubatku,

pada siapa lagi mahu aku bergantung harap.

hati,

jangan kamu lalai lagi.

ya Allah,

pegang hati ini ya Allah,

jangan Kau bolak-balikkan hati ini.

sesungguhnya, aku insan hina yang hanya bergantung harap padaMu.

:'(

:'(

2 buah fikiran:

Admin said... [Reply to comment]

kuat smgt mek yah~

anNaqia said... [Reply to comment]

heheh~
ok2
:)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...