Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Tuesday, March 27, 2012

Segmen Cik Mun : Dia Pilihanku...Cikgu!

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Lagi satu janji yang ingin dilangsaikan hari ini, iaitu dengan join segmen daripada Cik Mun. Dalam segmen ni, saya perlu bercerita tentang cikgu kegemaran saya.

Banner Segmen Cik Mun

Jadi hari ini, saya ingin bercerita tentang seorang pensyarah yang amat saya gemari, iaitu supervisor Final Year Project saya. (pensyarah pun masuk dalam kelompok guru juga kan Cik Mun? hehe) Meh tengok gambar beliau dulu.

Dr Azmi A.Wahab

Nama beliau seperti dalam caption di atas. Beliau amatlah baik dan sporting. Time masuk lab, mesti dia akan turun. Beri tunjuk ajar. Time kena hantar report, beliau taklah strict sangat. Asalkan hantar, setel keja. Cara beliau, kalo nak jumpa, kena buat appointment dulu. Kalo nak main terjah camtu, memang tak dapatlah. Selalu kalo jumpa beliau, macam-macam ceritalah keluar. Syukur sangat Allah kurniakan beliau jadi supervisor subjek FYP ku. Semoga Allah memberkati hidupnya sekeluarga dunia akhirat. amin~

Sekarang, kita masuk bahagian cikgu kegemaran pulak. Kalo dulu, tersangatlah suka kepada ustazah Bahasa Arab semasa saya di tingkatan tiga. Ustazah Normah. Kenapa saya suka beliau? Sebab beliaulah, saya sangat-sangat mencintai Bahasa Arab. Beliau selalu senyum. Kalo dulu, selepas habis waktu Bahasa Arab, kami akan bersalaman dengan beliau, dan pasti tangannya akan ada bau lotion baby. Wangi banget! hehe. Satu lagi sebab saya suka beliau ialah beliau selalu ada tema warna setiap hari. Maksud saya, kalo hari ini beliau pakai baju merah, jadi kasut dan handbag beliau pasti akan sedondon warna merah. Saya sangat-sangatlah suka tengok beliau berpakaian. Ceria. Belajar pun bersemangat bila melihat ustazah cantik macam beliau! hihi.

Amboi, panjang bebenor cerita saya. Jadi inilah alkisah dia pilihanku.

Terima kasih kepada semua cikgu dan pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa guru dan pensyarah akan saya hargai sampai akhir hayat saya. Terima kasih sekali lagi. :)

p/s : Kalo nak join, sila tekan Banner Segmen Cik Mun di atas. :)

2 buah fikiran:

Pecinta pink^^ said... [Reply to comment]

salam sggah bw dari segmen yg same^^
http://akmaluv90.blogspot.com/2012/03/segmen-cik-mun-die-pilihanku-cikgu.html..jmput bace,,hikhik..maseh:)

anNaqia said... [Reply to comment]

Pecinta pink^^: wsalam pencinta pink. terima kasih singgah sini. dah singgah blog awak dah. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...