Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyedut oksigen yang free ni. :)
Meh nak cite pasal rutin hari di makmal (laboratory).
Bukan nak gebang, bukan nak besarkan cerita. Cuma secebis cerita daripada kehidupan yang dianggap menarik untuk dikongsi. Tiada kesah semenarik FYP, kalo dah nama setudent tahun akhir kan? hoho~
Nak wat FYP ni, perlukan momentum, takde momentum, seminggu tak masuk makmal. Kalo dah ade momentum tu, hari-hari masuk makmal. Kerja sama je tiap-tiap kali masuk makmal, tapi sudah cukup buat anggota-anggota badan menjerit keletihan. (penggunaan metafora diperlukan. :P)
Bukannya rajin, tapi kena paksa rajin. Kalo tak rajin, diri sendiri jugak merana. Ada time tu, maleh nya, Allah saja tahu. Nak paksa diri rajin itu susah ye kawan-kawan, bukan sesenang mengupas kulit bawang merah.
Hari ni, masuk makmal lagi. Hari ni buat benda sama, mengilatkan sampel untuk membaca struktur kecik bahan tersebut. Kerjanya senang, lekatkan kat semi-automated polisher, set time, tunggu sampailah selesai. Sudah polish, inspect the surface, if ada calar-balar, teruskan mempolish, sampailah dapat imej cermin yang tiada calar.
Cakap itu mudah, tapi nak melaksanakan tu. Kadang-kadang sampel buat hal, calar teruk gile. Kadang-kadang, cloth polisher buat hal, buatkan sampel jadi calar teruk gile jugak. Nak dapatkan feel polish tu, hanya Allah saja tahu betapa lamanya. Sampel ni kadang-kadang ade mood jugak, time dia tak buat hal, memang hari yang paling bahagialah hari tu dirasakan. Tapi, kalo dah buat hal, daripada tak rasa letih, jadi letih. Hm~ Ikut nasib badanlah.
Jadi hari ni, nak letakkan gambar banyak-banyak, nak menggambarkan suasana makmalku. (dah jadi makmal aku dah la, hari-hari aku yang konker, tu belum bawak bantal ke, tilam ke. hoho~)
Orite, inilah bangunan yang selalu aku lawati untuk melaksanakan FYP tu. Boring-boring aku snap ini gambar. Kenangan tu. :) Bila dah pukul 5, abang technician datang check untuk kunci makmal ni. Makmal kat sini sejuk gilos, tambah-tambah kalo selalu guna air, lagi dabel sejuk.
Ini adalah bekas sampel aku. Sampel aku kecik sajo. Kelek benda ni lah hari-hari dalam beg.
Haa, ini keadaan dalam laci. Mangkuk-mangkuk tulah tempat muka sampel dipolish. Ada macam-macam kaler kan dalam mangkuk tu? Itu kite panggil diamond paste 1micron, 0.25 micron dengan diamond suspension. Diamond-diamond ni sume, adalah material yang mengilatkan muka sampelku.
Haa, there, my hero incek kuning. Mesin polisher aku. Kaler biru tu mangkuk diamond paste 1 micron. Yang kotak kaler itam tu, time machine. Sebelah encik kuning tu, microhardness testing machine. Sabun basuh pinggan tu perlu untuk basuh material aku. Heh~ semua nak ceritalah.
Dalam tempoh menunggu tu, mestilah ada perasaan bosan menggamit jiwa keseorangan. Jadi inilah aktiviti aku bagi mengubat kebosanan.
Okeh, encik purple nih, setia berkhidmat mengalunkan nyanyian yang merdu, sayu, menggamit jiwa. Tapi ada jugaklah time dia wat telinga aku bingit. Dung dang dung dang. Hampir 3 tahun kami bersama. Teruskan berkhidmat ye incek purple. :)
Bila dah nyanyian encik purple kadang-kadang tak menghilangkan bosan. Aku melukis. yes, aku pandai melukis. Tapi tahap lukisan setakat darjah satu je lah. Tak macam budak umur 22 lah ye. Tapi, aku baru perasaan, lukisan aku semakin improve daripada segi kehalusan tu. Kalo dulu, nak lukis arnab jadi gajah, sekarang dah jadi arnab dah. haha. (lukisan tadi, segar dari ladang)
Bila dah agak-agak insaf melukis, aku mulakan membaca. Studylah yang mana rasa boleh masuk. Makmal ni boleh ganti IRC (tempat saye suke stdy). Tapi tak se'selesa IRC lah. IRC ade karpet, kat sini, takde. Sejuk dah macam IRC dah, sunyi dah macam IRC dah. Tapi, kadang-kadang tumpas jugak. Baca 2 lecture notes pun dah jadi satu kemenangan besar kalo study kat sini. heh~
Last sekali, kalo dah tepu otak (walaupun takdelah baca banyak sangat), aku mulalah amek gambar. Ingat nak letak gambar muka sendiri. Tapi malu lah plak. Kat facebook dah berlambak-lambak orang tengok, kat blog takyah lah deh~ peace! :)
Aku ingat, setel FYP nak kahwinlah. Nak kahwin dengan 'awak' boley? Ngeh~
Okeylah kawan-kawan, selesai sesi cerita bergambar hari ini. Tolong doakan moga FYP saye dan kawan-kawan yang lain selesai dengan amannya deh. InsyaAllah, kita doakan makhluk di bumi, makhluk di langit akan turut mendoakan kita. Mari berdoa. Doakan senjata mukmin. yeah~ :)
Aku ingat, setel FYP nak kahwinlah. Nak kahwin dengan 'awak' boley? Ngeh~
Okeylah kawan-kawan, selesai sesi cerita bergambar hari ini. Tolong doakan moga FYP saye dan kawan-kawan yang lain selesai dengan amannya deh. InsyaAllah, kita doakan makhluk di bumi, makhluk di langit akan turut mendoakan kita. Mari berdoa. Doakan senjata mukmin. yeah~ :)
4 buah fikiran:
rajin cikyah.. keep it up
paksa rajin ye encik tenangsudey. huhu~
nak kawen jugak boleh cikyah??
boleh hana,
doakan semoga jodoh cepat sampai deh.
:)
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^