Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, March 25, 2011

sembang jumaat

Mari menyembang!
Jumaat : class-free day.

Bangun daripada tidur, terus duduk depan laptop. Check email. Check facebook. Reply sana-sini. Pastu tekan link-link yang menarik. Yang menarik pagi ni, gempa bumi di Myanmar, dekat sempadan Thailand, agak jugak dekat dengan Malaysia. Hm, takut baca. Takut nak fikir.

Lepas tu, bukak page blog sendiri, baca blog orang lain yang dah diupdate pagi-pagi tadi. Baca pasal orang nak bunuh diri la, pasal orang putus cinta lah. Then terbaca satu quote menarik,


you should never give up for what you love. (243)


Jangan putus asa, mari berusaha mendapatkan cintaNya. :)

Lepas tu bukak page gambar-gambar orang kahwin. Warna-warni. Grand. Cantik. Perfect. Aiyok, mesti guna banyak duit. Guna photographer professional memanglah cantik. Tapi, pernah jugak tengok gambar kahwin yang tak cantik. Hm, cantik tak bahagia takde makna jugak kan? Tapi kalo boleh nak jugak cantik, nak jugak bahagia. Haha.

Saye suke berangan-angan lalu mencipta impian. Impian menjadikan saya berusaha untuk mendapatkannya. :)

0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...