Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Monday, March 28, 2011

FOMJ


Caution! Meche Julyo6 is in the house.

FOMJ - Family Outing Mechy Julyo6
Date : 26th March 2011
Venue : Teluk Batek, Lumut, Perak
Bilangan kereta - 27 cars approximately

FOMJ ni adalah acara untuk mencipta kenangan terindah antara coursemate memandangkan 2011 adalah tahun terakhir bersama insyaAllah.

Family outing Mechy July06 (FOMJ) ni membuatkan aku teringat time kat sekolah dulu. Setiap kali ade perkhemahan mesti kat kawasan pantai. Kena bersusah payah tukar baju dengan pasir-pasir melekat kat baju. Ada main-main kat pantai.

Dalam FOMJ ni, kami dibahagi kepada 10 kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan diberi kain, dan setiap ahli kumpulan kena pakai kain tu mengikut kreativiti sendiri. Aku dapat warna hijau muda.

Acara dimulakan dengan permainan. Permainan baby-baby je bak kata mak. Tapi best. Antaranya:
  • sand castle - sand castle yang paling tinggi
  • dodgeball - bola beracun dalam bahasa melayu
  • water pp - isi air dalam botol
  • body - sambungan kain yang paling panjang
  • belon beracun - baling dan sambut belon yang diisi air
  • hunter - berenang masuk dalam air ambil plastik yang dilekat pada tali rafia
Bagi aku game yang paling best body. Game ni boleh tengok orang sanggup koyakkan kain benang demi benang semata-mata nak pastikan sambungan panjang. Ada yang sampai guna tali seluar sendiri. Semua memang hebatlah daripada segi berkorban demi kemenangan kumpulan sendiri. Lagi satu, game ni, syaratnye asyik berubah-ubah, sebabnya semua pemain kreatif dalam membuat sambungan terpanjang, pengadil terpaksa bagi syarat yang ketat.

Dah nama pun Teluk Batik, mestilah ada pantai. Dah lama tak mandi laut meyh, semalam tengah-tengah panas pun sanggup terjun mandi. Sampai kehitaman. haha. Aku baru pasan, lagi senang nak belajar mengapungkan badan dalam air laut, berbanding air sungai. Air garam lebih berat daripada air dalam body kite. Konsep keapungan. Ada masuk Prinsip Archimedes ke? (Eh, betul ke?)

Lagi satu, aku selalu fikir, air laut waktu siang hari panas, dan selalu aku terfikir macam mana orang boleh mandi walaupun dalam keadaan panas. Rupa-rupanya adik-adik, air laut waktu siang hari sejuk, air laut waktu malam suam. Ini mungkin berkaitan dengan bayu laut ngan bayu darat. Yang ni tak sure. Mungkin boleh gugel nanti. :)

Malamnya pulak, ada barbecue atau bahasa mudahnya bbq diselangi dengan pertandingan karaoke. Memandangkan aku tak reti menyanyi dan tak nak menyanyi, aku join geng tegar membakar ayam dengan bantuan lampu sebesar tapak tangan aku. Lagi dapat belajar, kena 'renjis-renjis' seasoning kat ayam yang berisi banyak dan kering apabila ayam tu dah diterbalikkan. Kentang pulak elok dibakar di bawah arang. Banyak ujikaji telah dilakukan ke atas kentang, memandangkan equipment tidak mencukupi. Hasilnya, hitam di luar, namun sedap di dalam, bak kata cikguku. haha.

Acara selesai apabila, semua makanan sudah ditapau untuk dibawa pulang, dan suara semua orang dah serak-serak basah ala-ala Ella.

Kesimpulannya, family outing ni berjaya dengan sokongan daripada semua pihak. Daripada yang bagi idea, yang menggerakkan idea, yang membeli barang makanan, yang tak pandai siang ayam, yang bersemangat semasa main games, yang semangat main bola dalam air, yang membakar ayam yang tak abis-abis walaupun dah banyak bakar, sehinggalah ucapan penutup di gmail. Semua ada sumbangannya.

Alhamdulillah. Thank you Allah. Terima kasih atas kenangan yang diberi. Maaf atas kekurangan diri kerna diripun bukannya sempurna, tapi akan berusaha untuk baiki mana yang lompong-lompong.

2 buah fikiran:

Syamil Johan said... [Reply to comment]

FO..mmg best!!!

anNaqia said... [Reply to comment]

setuju!
rasa macam budak-budak balik. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...