Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Wednesday, February 16, 2011

kenapa perlu mencintai Rasulullah SAW?

  • Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman
Sabda baginda, "Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasa kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua mencintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Manifestasi cinta kepada Allah
Sabda baginda,
"Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku." (Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

  • Melahirkan syukur dan terima kasih
Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadaNya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan belas dan kasih sayangnya kepada orang-orang beriman." (at-Taubah: 128)

Telah dijanjikan keistimewaan kepada umatnya yang tidak pernah melihatnya tetapi merindui dan beriman sungguh-sungguh dengannya. Itulah kita umat akhir zaman. Telah ditinggalkan kepada kita petunjuk untuk selamat di dunia ini dan selamat dalam perjalanan menuju akhirat. Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

  • Untuk mengharapkan syafaat Nabi
Pada hari kiamat, ketika semua manusia dihimpunkan dalam hiruk-pikuk di Padang Mahsyar, setiap orang mengharapkan syafaat atau pertolongan. Dan umat Nabi Muhammad SAW - umat yang mencintai baginda dan memperjuangkan sunnah baginda mendapat keutamaan untuk mendapat syafaat baginda.

  • Untuk bersama dengan Nabi di syurga nanti
Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk bersama baginda di syurga kelak, cinta kepada baginda menjadi prasyarat utama. Apabila kita benar-benar mencintai Nabi, kita akan mengikut sunnah atau perjalanan hidup baginda, malah akan memperjuangkannya. Seluruh hidup kita diusahakan agar selari dengan perjalanan hidup baginda. Itulah jalan untuk bersama baginda di syurga kelak.

  • Untuk mengelakkan kemurkaan Allah
Firman Allah SWT,
"Katakanlah! Sekiranya ayah-ayah, anak-anak, adik-beradik, para isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (at-Taubah: 24)

Jangan sampai Allah murka dan Allah membiarkan kita tanpa mendapat petunjuk. Wal'iyazubillah.

Salam Maulidur Rasul 1432H.
Jom amalkan sunnah-sunnah baginda. Kalo bukan kita sebagai umat baginda, siapa lagi kan?

sumber : majalah ANIS bilangan 162

2 buah fikiran:

RinG said... [Reply to comment]

post la guano nk mencintai nabi plop

anNaqia said... [Reply to comment]

owh, insyaAllah.
kena baca dlu, baru blh post.
nanti da ckup baca, ambo post. :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...