Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, February 13, 2011

macam ranting kayu.

"macam ranting kayu"- kata housmates

Dah lama tak wat gathering housemates.
Hari senin lepas, kitorang terus wat rancangan nak berpiknik.
Masak-masak da fikir.
Duit pun da kutip.
Lokasi pulak yang tak jumpa lagi.
Survey punye survey, last-last decide nak gi Lata Ulu Chepor.
Kali kedua ke Ulu Chepor.

Perjalanan dimulakan pada pukul lebih kurang pukul 9.
Sampai di Lata Ulu Chepor dalam pukul 10.
Bergerak mencari spot mandi yang best.
End up, letakkan makanan-makanan di atas batu besar yang kering.
Breakfast sebagai pembuka cerita di Ulu Chepor.

Airnya sejuk gila ye.
Nak masuk dalam air pun kena takes time.
Slow motion je.
Amek momentum nak berkubang dalam 5 minit.
Bila dah terendam dalam air tu, memang da tak ingat nak naik dah.

Belajar terapung buat kali ke ratusan tak terkira banyaknya.
Akhirnya, dapat terapung dengan jayanya.
Lama gila nak dapat keyakinan terapung tu.
Dah bertahun-tahun lamanya seingat aku.
Bila da dapat terapung tu, memang terapung je la setiap masa.
Walaupun sakit bila air masuk dalam hidung.
Terapung tu rasa macam tidur atas katil.
Telinga kena tenggelam terus dalam air.
Bila da okey terapung, berenang pun da semakin dapat feelnya.
Fobia air pun da kurang satu degree. hehe.
Kejayaan terbesar dalam sejarah picnic.
Best banget!

Sampai terketar-ketar seluruh badan.
Dan bila dah dipaksa housemates untuk naik.
Barulah naik semuanya.
Puaslah berpicnic kali ni.
Puas dapat mencipta sejarah dapat terapung buat kali pertama.
Harap-harap untuk kali keduanya, tak takut baliklah. hoho~
"Terapung dengan pertolongan dua pelampung"-housemates. :)

Sebab apa nak sangat pandai berenang?

Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”

[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Sebab yang di atas ni lah. Saranan baginda, kalau bukan kita, siapa lagi kan?
:)


2 buah fikiran:

mohd khalis farouk Agil said... [Reply to comment]

cml je

anNaqia said... [Reply to comment]

@mohd khalis farouk Agil: tikiu2. :P

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...