Haritu penah janji nak review pasal novel House Rules by Jodi Picoult bila da abis bace. Baru petang tadi selesai bace. Overall, penceritaan yang menarik. Jodi Picoult ni author of My Sister's Keeper. Suka teknik penceritaan dia. Dia cerita mengikut perspektif semua karakter yang utama. Maknanya, perasaan semua karakter dapat dirasai pembaca.
Ceritanya mengisahkan kesusahan seorang ibu tunggal, Emma menjaga dua orang anak, Jacob and Theo. Jacob ni ada penyakit, Asperger's Syndrome (AS) namanya.
Orang yang ada AS seperti Jacob ni akan stick to the rule. Bajunya akan disusun mengikut kaler pelangi, nak makan pun kena ikut warna hari. Warna makanan kena ikut kaler tema pada hari tu. Contohnya, hari jumaat, kaler tema biru, jadi makanan pun semua kena kaler biru. Hari Rabu tema kaler kuning, jadi makanan pun semua kaler kuning. Jacob ni tak pandai baca reaksi orang. Penyakit tu sudah jadi beban pada Emma.
Dulu penah jugaklah susun baju ikut warna, tapi sekarang, hentam saja.
Bebanan Emma bertambah bila, Jacob dituduh membunuh Jess Ogilvy, his social skills tutor. Cerita ni banyak jugak memberikan term-term mahkamah. Banyak betul prosedur mahkamah ni.
Cerita berlanjutan dengan perbicaraan Jacob. Bukti semua menunjukkan dia yang bunuh Jess Ogilvy. Soal jawab berjalan tanpa henti. Sampailah masa juri-juri buat keputusan. Akhir sekali, Jodi Picoult tak memberikan kesimpulan. Pembaca diberi peluang untuk simpul sendiri cerita ni, sama ada betul Jacob bersalah atau tak.
Cerita ni bestlah untuk first timer baca novel Jodi Picoult cam aku ni. Memang akan nak beli lagi buku Jodi Picoult. Worth reading it. :)
Novel seterusnya, The Last Song by Nicholas Sparks. InsyaAllah, ade kesempatan akan bace dan wat review.
Yang menarik,
- Jacob akan quote lagu, dialog dalam movie, kalo dia tak tau nak jawab soalan orang atau pun dia rasa distracted. (suke jugak quote menquote ni. Yang mana best, meaningful, relate to my life, memang akan diambil, pastu wat status kat facebook. heh~)
- Jacob ni disebabkan penyakit AS tu, dia menjadi orang yang sangat precise. Kalo orang janji ngan dia untuk jumpa dalam masa 21 minit, memang betul-betul dia akan tunggu 21 minit. Kalo lambat skit, dia akan tak keruan, ni kesan daripada AS ni.
Banyak lagi yang menarik. Bacelah, tak rugi. Banyak ilmu dapat. Ilmu penyakit AS ni, ilmu dalam mahkamah, fakta-fakta lain pun ada.
Novel omputih kedua yang sempat habiskan, yang lain karam di lautan. hehe.
0 buah fikiran:
Post a Comment
wanna share something with me? just say it! ^^