Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Sunday, January 2, 2011

dop rok.

assalamualaikum!^^

sumber: gugel image

Motif gambar ini, nak tunjukkan gambar rokok.
Bukan nak kupas pasal elemen-elemen penyumbang dalam pembentukan rokok tu.

Dulu masa kecik-kecik, musim cuti sekolah je mesti duk kat rumah nenek.
Nenekku ada kedai runcit.
Kalo kat kampung, rokok boleh dijual sebatang dua batang singgit dua ringgit.
Kalo dulu rokok D 3o sen sebatang, tapi sekarang 60 sen sebatang.
Kalo dulu rm3 lebih je rokok sekotak, tapi sekarang dah nak hampir rm20.
Kayo betul la perokok tegar ni.

Dan kalo nak tahu, aku ni alergik dengan asap rokok.
Sebab tulah, aku tak suka sangat orang merokok.
Pernah aku demam sebab lama sangat hidu asap rokok.
Kalo tak demam pun, aku senang rasa lemas.
Rosak bau persekitaran.

Aku ni jenis selebet, ini yang mak aku kate.
Selebet tu tak pandai nak bergaya.
Aku akan pakai tudung yang sama time nak beli makanan kat cafe.
Pakai t-shirt besar dan gelebeh time nak keluar meronggeng.
Pakai seluar jeans yang londeh, sebab selalunya kalo muat-muat pasti rasa ketat sangat.
Dan akan ulang-ulang pakai baju yang sama setiap hari kalo dah malas nak bergaya tu.
Bila keluar makan kat kedai, duk pulak dengan perokok, habislah bau minyak wangi yang aku pakai ni.
Kan da kena tukar baju tu.
Tudung pun kena tukar sekali.
Tak suke tau.
Asap rokok tu bau kuat sangat!
Melekat-lekat kat baju dan tudung dan seluar jeans (uniform) aku.
Kalo tak tukar pun, pasti akan sembur minyak wangi mahal tu banyak-banyak kat uniform.
Kan dah membazir tu.

Merokok ni, buat bibir merah jambu jadi hitam.
Ish, dah tak hensem dah tu.
Kamon, jangan cemari kehenseman dengan rokok.
Tanpa rokok, kehenseman bertambah berkali-kali ganda.
Ini serius.

No offense eh perokok.
Ini cerita benar.
Tak suke, takpe.
Sebab masing-masing ada prinsip hidup masing-masing kan.
Tepuk dada tanya hati.


2 buah fikiran:

mohd khalis farouk Agil said... [Reply to comment]

InsyaAllah..nanti perokok2 akn berhenti jgk..tgu je masa y sesuai..hehe

anNaqia said... [Reply to comment]

@mohd khalis farouk Agil: ehe. insyaAllah. moga dpmudahkan! :)

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...