Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, December 31, 2010

warna-warni 2010

assalamualaikum!^^

Hari ini sudah 31 Disember 2010, hari terakhir pada tahun ini 2010. Esok hari pertama pada tahun 2011.

Nak jugaklah buat flashback tahun 2010 ni. Tahun nombor yang comel. Sambil-sambil menonton sambutan tahun baru kat Dataran Merdeka.

  • 2010 tahun internship aku. Pengalaman memakai baju teletubbies kuning memang la sangat best! Daki tangga boiler yang boleh dikatakan tinggi jugaklah. Bawak basikal sambil memakai kasut berat 3 kilogram, okey, hiperbola sahaja. (safety shoes) Time internshiplah rasanya bebas daripada test, quiz, assignments dan exam. Tapi, banyak report kena buat.
  • 2010 tahun aku menjadi pelajar tahun akhir. Kelas pun da semakin kurang, bayangkanlah, kasut tahun 2010 masih boleh digunakan lagi untuk semester depan tahun 2011. Kalau tak, dulu, masuk sem baru je mesti beli kasut baru. Dah masuk tahun akhir ni kurang kelas, kuranglah berjalan, kurang hauslah tapak kasut.
  • tahun 2o10 jugaklah, pergi kelas tanpa berteman. Kalau dulu selalu ade gefren skali, sekarang semua kena sendiri-sendiri. FYP pun kena sendiri-sendiri.
  • tahun 2010, jumpa secret admire balik. haha. Nak jugak masukkan yang ni. Tapi, rasanya, best time kecik-kecik dulu kalo nak ada secret admire ni, sebab kalo da besar-besar camni, banyak sangat fikir. Pengajaran, tinggalkan kenangan manis bersecret admire time kecik dulu kemas-kemas dalam diari, tanpa perlu diulang balik. Time besar-besar ni kita cipta secret admire yang lain pulak. (pandai-pandai aje) To Mr secret admire (aih, bajet macam dia nak baca aje) takpelah, janji tulis, (jiwang jap) you're the best secret admire that i've ever had. Love to know you, love to like you before. Moga jumpa perempuan yang baek-baek ya (kalo kite ade jodoh kan bagus. haha) Moga Allah merahmati setiap langkah dalam kehidupanmu. Semoga berjumpa lagi dalam keadaan neutral mode jika kita tiada jodoh. Baik-baik sayang. (aicewah~ ps: masih letak harapan, tapi dengan berdoa saja. May Allah make time heal everything.)
  • Tahun 2010 jugak serasa aku pelajaran meningkat. Syukur.
  • Oh ya, tahun 2010, tahun terakhir menyertai koir. haha. Sekali ingat balik, senyum sorang-sorang lah. Pengalaman koirlah pengalaman yang pasti akan sentiasa tersemat kemas dan istimewa di hati. :)
  • Yang lain biarlah jadi catatan di hati saje.
Setakat itu sahajalah kenangan 2010. Selamat datang 2011. Tahun bertambah, umur pun meningkat. 22 tahun. Nombor yang comel. Mengharapkan dua kosong satu satu sentiasa diberkatiNya.



1 buah fikiran:

anNaqia said... [Reply to comment]

senyum aje abir? hehe. :))

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...