Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Friday, December 31, 2010

SMART

assalamualaikum!^^

Aku masih lagi bersemangat nak cerita pasal target. Hehe. Pernah dengar tak, target ni perlu SMART. Ada iklan kanak-kanak cakap pasal target SMART ni. Channel berape dah lupa.

Jadi ape benda SMART ni?
Meh-meh baca kat bawah ni.
  • Specific - khusus
Clear. Nak target sesuatu, perlu betul-betul clear apa yang kita nak. Contohnya, tahun 2011 aku mahu berjaya. Berjaya tu kan tak clear, cuba khususkan lagi kepada tahun 2011 aku mahu dapat 5A dalam UPSR. Kan terang lagi bersuluh tu.
  • Measurable - boleh diukur
Target yang boleh diukur. Makna katanya, kita tahu bila kita nak target tu tercapai. Contohnya, nak dapatkan kerja yang baek-baek. Kita dah boleh target awal-awal bila nak pulun cari kerja, apabila kita dah tahu bila kita habis belajar kat universiti. Kita habis belajar tahun 2012, takkan tiba-tiba kita setkan target nak sungguh-sungguh cari kerja tahun 2011. Tak logik kan?
  • Achievable - boleh dicapai
Target yang boleh dicapai. Janganlah target nak dapatkan pingat emas dalam acara renang di Sukan Olimpik, sedangkan tak pernah pun berenang kat swimming pool UTP tu. (akulah tu. haha) Setkan target yang boleh dicapai akan mengurangkan rasa stress sebab apabila kita meletakkan achievable target, makanya kita letak target berdasarkan keupayaan kita.
  • Relevant/realistic - nyata, praktikal
Tahun 2011, tiba-tiba kita letak target macam ni, I want so-and-so to go out with me is not realistic if so-and-so doesn't feel the same way about you. (sumber : SMART Goal Setting) Letakkan target yang realistik la. Aish, yang macam tu tak perlu target rasanya, letakkan semua padaNya, sebab itu rahsiaNya. Target yang mana praktikal dengan kehidupan sendiri.
  • Time-bound - dalam tempoh masa yang tertentu
Macam projek kat universiti jugak, target pun perlu ade deadline. Kalaulah, projek yang diberi tu takde deadline, alangkah bahagianya hidup. Pasti kita akan melaksanakan projek tu sambil lewa kan? Macam target jugak, perlu ada deadline, sampai masanya, target sudah tercapai. Kan senang tu.

Hehe. Semua yang kat atas ni hasil bacaan dari internet jugak. Mungkin ada kekeliruan, bolehlah teruskan menggugel, kerana teknologi tidak jahat. Banyak baiknya, kalau kita mencari yang baik. Jadi, jom SMARTkan target.

“Faith wears out in the heart of any one of you just as clothes wear out, so ask Allaah to renew the faith in your hearts.” - Rasulullah SAW

ps: tulis sekadar berkongsi.

0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...