Aku rasa, aku cerita. Aku baca, aku cerita.

Thursday, December 30, 2010

checklist

assalamualaikum!^^

Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010.
(Fakta : Baru je tahu pasal Piala Suzuki AFF 2010 ni. haha)

okey, back to the point.

Pejam celik, siang malam, bulan bintang kita sekarang sudah menghampiri penghujung tahun 2010. Pasukan bola Malaysia sudah melakukan anjakan paradigma, dan mungkin sudah mencapai targetnya dengan menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Bagaimana pula dengan kita ye?

Target sudah tercapaikah?
Impian dah terlaksanakah?
Mimpi sudah jadi kenyataankah?
Tepuk dada, tanya hati.
sumber: gugel image

Secara peribadi, aku merasakan pembelajaran di universiti amat susah nak diletakkan target jangka masa panjang. Lainlah, masa tingkatan lima dulu, target jangka masa panjang mahukan 10A dalam SPM. Kebanyakannya, dalam kehidupan beruniversiti target jangka masa pendek diletakkan. Contohnya, mahu skor A dalam test, mahu siapkan assignment, report dan lab report on time. Maka, aku melihatnya, usaha maksimum hanya dalam jangka masa pendek. Bila dah sampai ke final exam, time study week la baru nak pulun bagai. Hm, nampak tak apa kekurangan di situ? Budaya last minit. Tiap-tiap semester ada target untuk ganyang budaya last minit ni, tapi tiap-tiap semester jugaklah cemerlang dalam pembudayaan last minit ni. huhu.

Sepatutnya entry ini dibuat masa awal Muharam dulu, namun sad to say, aku dah terlepas pandang. Reminder untuk diri sendiri jugak, apa salahnya, kita seiringkan tarikh hijrah dengan tarikh masihi, at least, kita alert dengan tarikh-tarikh yang penting dalam Islam.

Perubahan hidup pasti berlaku. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Dan yang pastinya, penyesuaian pada setiap perubahan perlu dilakukan. Bab penyesuaian ni lah kadang-kadang aku terlepas pandang. Bagi aku. belajar time sekolah menengah dulu lain, belajar time universiti sekarang ni lain. Jika dulu, we need to study hard but now, bukan sekadar study hard aje, study smart pun perlu. Lama jugaklah tempoh penyesuaian diambil untuk membetulkan balik cara study.

Bila dah bertambah tahun, maka bertambah jugak kematangan kita. Ye tak? Bila dah agak-agak matang, maka tanggungjawab pun menyusul sekalilah. Jika dulu macam belajar tu, semata-mata nak dapatkan nombor satu dalam kelas, tapi sekarang, niat tu dah dibetulkan sedikit demi sedikit walaupun kadang-kadang tersasar jugak. Belajar betul-betul, dapat pointer tinggi, bergraduasi dengan penuh kesyukuran, berkerja mencari rezeki yang halal, tambah last skali, menjadi mukmin berjaya menolong agama Allah. Yang part last tu la memang kadang-kadang selalu je tersasar kalo akulah. Mungkin boleh diletakkan dalam checklist sendiri dan masing-masing.

Itu baru cerita bab belajar, tapi sama saja kalo diadaptasikan dalam kehidupan semasa. Perubahan dan penyesuaian. Nak melakukan perubahan, perlu ada target, nak ada target kena lakukan bedah siasat diri dulu, yang mana nak diubah. Target pun perlu seiring dengan keadaan sendiri jugak. Takkan belajar pasal engineering, tiba-tiba target nanti nak kerja jadi pakar sakit puan. Macam jauh sangat tu, walaupun itu possible je untuk Allah jadikan.

sumber : gugel image

Bedah pun dah, target pun dah ada. Maka tiba masa untuk laksanakan. Kadang-kadang kita terlupa dengan target ni, begitu juga dengan aku. Bagi aku, sebab itulah kita kena ada checklist atau diari untuk catatkan target kita. Diari bukan hanya perlu tulis pasal peristiwa manis semata-mata, dalam tu perlu ade list target kita. Tapi, it depends, setiap orang ada cara masing-masing, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, (eh, macam takde kaitan pun. hehe.)

Kesimpulannya, jom buat checklist transformasi diri. Tahun ini, target ada yang tercapai, ada yang masih kabur-kabur. Mungkin boleh diubahsuai untuk tahun hadapan.

orang yang beruntung, ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam - sabda Rasulullah SAW

0 buah fikiran:

Post a Comment

wanna share something with me? just say it! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...